Zafriel memberi flying kiss kepada Nadia membuat semua orang yang berada dekat situ bersorak. Merah merona muka Nadia malu.
Cia!
Zafriel menyambung semula bermain. Tasya ketawa melihat muka Nadia masih merah. Aduii gini lah hidup orang single mampu tengok orang lain bahagia dengan pasangan yang halal.
"Tasya!" Laung seorang lelaki yang dari mana entah datang tetiba tarik tangan Tasya bangun dari duduknya.
"Apa kau kau buat kat sini Harraz?" Tanya Tasya terkejut melihat kedatangan teman lelakinya.
"Aku yang patut tanya kat kau buat apa kat sini, kau tahu kan sini ramai lelaki dah lah keluar tak beritahu aku!" Tasya yang mendengarkan itu hanya diam ia menjeling sekilas.
"Kau sape nak kongkong aku!?" Bentak Tasya mula naik angin. Dia dah tak tahan dengan sifat Harraz yang suka kongkong dan jenis cepat cemburu dia baru jadi boyfriend dah camtu belum jadi suami lagi ni.
Mengeras rahang Harraz amarahnya semaki meledak. Tangannya memegang kasar lengan Tasya.
Tasya mengaduh kesakitan.
Tanpa basa basi Nadia bangun ingin menolong Tasya tapi malangnya Harraz menolaknya sehingga kening Nadia berdarah terkena bucu bangku.
Nadia yang masih dalam sedar terkejut melihat Zafriel tiba-tiba datang meninju muka Harraz.
"Zafriel!" Panggil Nadia apabila melihat Zafriel meninju berkali-kali Harraz yang hampir tak sedar diri.
"Cukup!" Nadia memeluk Zafriel dari belakang.
Semakin ramai orang bekerumung. Hanif dan yang lain cuba menghentikan Zafriel yang sedang mengila.
"Woi! Mati anak orang nanti!" Hanif menolak badan Zafriel menjau dari Harraz.
Tasya menutup mulut terkejut melihat muka Harraz penuh dengan darah dan kesan lebam.
Tak kata apa-apa Zafriel membawa Nadia pergi dari court futsal.
🪐
"Aduh" Nadia mengaduh sakit apabila lukanya diubati dengan minyak Iodine.
"Kena apa sampai jadi macam ni?" Tanya nurse yang berada di situ.
"Terkena bucu hehe" Jawab Nadia.
"Teruk sangat ke luka dia?" Soal Zafriel berhati-hati.
"Dalam juga ni kena jahit" Jawab nurse itu dengan muka serius.
Melihat muka cuak Nadia dan Zafriel pecah tawanya. Gurau je.
"Tak lah gurau je tadi" Kata nurse sambil ketawa tangannya menepuk-nepuk kati disebelahnya. Lawak sangat ke?
Krik...krik...krik...
Nadia dan Zafriel saling berpandangan.
"Ekhem luka awak tak teruk pun kena letak ubat iodine lepastu kena tempel dengan hansaplast" Terang nurse itu.
Nadia menghela nafas lega. Nasib baik tak teruk sampai kena jahit.
🪐
"Kening kau kenapa Nadia?" Soal Isya yang baru sedar.
"Oh, ni aku kena bucu meja" Dusta Nadia.
"Kena bucu meja ke kena dera dengan laki?" Tanya Eryn matanya tak kalah sinis.
Terdiam Nadia.
Eryn tahu ke?
"Kau tahu ke?" Soal Nadia.
"Kalau aku tahu kau nak buat apa?" Tanya balik Eryn. Terkelu lidah Nadia.
"Aku merayu sangat dekat kau tolong jangan beritahu dekat siapa-siapa pun pasal ni" Rayu Nadia ia takut akan terjadi sesuatu jika orang ramai mengetahui tentang ni.
Eryn mengukir senyuman jahat.
"Kau tak ingat ke aku pernah kata kat kau yang aku suka kat Zafriel!?" Nadia memegang tangan Eryn. Pernah Eryn kata padanya tapi itu dulu. Eryn kata yang dia dah move on dari Zafriel.
"Tapi...kau kata kau dah move on?" Soal lagi Nadia.
"Mulut aku memang cakap lain tapi hati aku kata lain" Isya yang berada disitu hanya diam tidak berpihak kepada sesiapa.
"Aku minta maaf Eryn" Eryn menepis tangan Nadia.
"Kau memang kawan tak guna!" Eryn terus pergi dari pandangan Nadia.
Nadia memandang sayu. Apa yang aku dah buat ni?
🪐
"Sayang..." Zafriel menghampiri Nadia ia memeluk erat Nadia.
"Hm" Balas Nadia takde mood.
"Hari ni hari apa eh?" Tanya Zafriel buat-buat tak tahu supaya Nadia ingat hari jadinya.
"Isnin. Pergi mandi lah Nadia nak masak ni" Halau Nadia. Zafriel menunduk sedih. Isteri sendiri pun tak tahu yang harini hari special buatnya.
Nadia memandang kelibat Zafriel yang menghilang ia terus menelefon kawan-kawan Zafriel untuk datang segera kerumahnya. Nak buat suprise untuk Zafriel.
Spaghetti, kek dan makanan yang lain turut dihidangkan diatas meja. Kawannya yang lain menyorok dimana-mana tempat.
Lampu ditutup.
Bunyi tapak kaki Zafriel menurun dari tangga.
"Sayang?" Panggil Zafriel pelik dengan lampunya tak buka.
"Nadia" Panggil lagi Zafriel ia melangkah ke sius lampu.
"SUPRISE!" Terkejut Zafriel sebaik saja lampu dibuka ia melihat Nadia, Isya, Hannna dan kawan-kawannya berada dirumahnya.
Lilin dinyala.
"Happy birthday to you" Lagu birthday dinyanyikan. Reza yang paling semangat menyanyi macam birthday dia pulak.
Lilin ditiup.
"Thank you sayang" Zafriel memeluk erat Nadia didepan orang-orang single.
"EKHEMM!" Sengaja Danial batuk nak bagi perasan sikit yang diorang masih ada kat situ.
"Eh, sorry lupa ada orang" Ejek Zafriel.
Tbc
Ada yang rindu dengan Nadia and Zafriel?
Sorry lama tak update huhu T T
YOU ARE READING
SENIOR TU, SUAMI AKU!
Romance𝙺𝚊𝚛𝚢𝚊 𝚙𝚎𝚛𝚝𝚊𝚖𝚊 𝚊𝚟𝚎𝚎𝚍𝚢𝚜 Nadia Alyana x Zafriel Akasyah Memang gila! Nadia Alyanna dijodohkan dengan Zafriel Aksyah abang senior sekaligus abe pengawas yang hot dekat sekolah. Macam mana lah perjalanan hidup Nadia Alyanna bersama Zaf...