Mata perlahan dicelik sinaran matahari yang menyilaukan mengangguk tidurnya. Nadia terpaksa bangun badannya terasa letih dan sakit kerana 'aktiviti' semalam.Ingin bangun tapi ada sepasang tangan kekar melilit pinggangnya. Dia melihat ke samping, Zafriel masih tertidur. Wajah mereka sangat dekat sehingga Nadia dapat merasakan deruan nafas Zafriel.
Handsome betul laki aku ni.
Tak nak buang masa Nadia terpaksa bangun untuk mandi wajib dan menunaikan solat subuh.
"Nak bangun macam mana ni" Nadia berusaha mengalih tangan Zafriel yang melingkar pada pinggangnya.
Perlahan-lahan turun dari katil supaya Zafriel yang terlena tidak terjaga.
Rasa kosong di tepi Zafriel meraba susuk tubuh Nadia disebelahnya tiada. Mata dicelik sebelum meregangkan otot-otot selepa baring lama.
"Abang dah bangun, pergilah mandi lepastu kita solat subuh sama-sama" Zafriel terduduk di birai dia melihat Nadia baru keluar dari bilik air dengan hanya dibaluti tuala.
Air liur diteguk kasar. Tetiba teringat pasal 'semalam'.
"Abang! Dengar tak orang cakap ni?" Zafriel dikejutkan.
"Dengar dengar nak mandilah ni" Tuala dicapai laju. Nadia menggeleng kepala melihat gelagat Zafriel.
🪐
"Kita nak pergi mana hari ni?" Soal Zafriel kepada Nadia.
"Jom pergi shopping sebelum kita balik besok" Jawab Nadia.
"Anything for my princess"
Sekitar berapa minit mereka telah tiba disebuah pasar besar Bali. Ramai orang berkunjung disana jadi sedikit sesak. Nadia dan Zafriel saling berpegangan tangan.
"Sayang tengok ni"
"Batik?"
"Mesti cantik kalau sayang pakai"
"Taknak lah macam orang tu aje pakai kain batik"
"Siapa cakap?"
"Sayang cakap"
Zafriel merenung muka Nadia. Nadia hanya tersenyum lebar. Erk.
"Pakai untuk suami tak apa" Kata Zafriel penuh makna.
"Maksud?"
Zafriel mendekati Nadia lalu bisikan sesuatu kepada Nadia.
"Pervert!" Zafriel tergelak melihat muka Nadia yang sudah merona kemerahan.
"Dapat pahala tau" Balas Zafriel.
Zafriel dijeling tajam.
"Eee...sejak bilalah jadi gatal macam ni" Kata Nadia sambil melihat kain batik yang lain.
"Sejak jadi suami orang ni lah" Jawab Zafriel selamba.
"Ambik tiga lah untuk ummi satu" Nadia memberi isyarat kepada penjual yang ia ingin membeli.
"Ha, sayang nak apa lagi?"
"Hmm..." Nadia berfikir sejenak sudah banyak dia beli oleh-oleh untuk ummi dan abahnya tak lupa juga untuk mentuanya.
Tiba-tiba teringat akan tiga ekor tu! Hampir lupa kawan-kawan yang tersayang. Kalau tak beli merajuk karang.
YOU ARE READING
SENIOR TU, SUAMI AKU!
Romance𝙺𝚊𝚛𝚢𝚊 𝚙𝚎𝚛𝚝𝚊𝚖𝚊 𝚊𝚟𝚎𝚎𝚍𝚢𝚜 Nadia Alyana x Zafriel Akasyah Memang gila! Nadia Alyanna dijodohkan dengan Zafriel Aksyah abang senior sekaligus abe pengawas yang hot dekat sekolah. Macam mana lah perjalanan hidup Nadia Alyanna bersama Zaf...