STSA 17

42K 1.7K 174
                                    

"Hari rabu minggu depan sesiapa yang nak menyertai Perkhemahan Unit Beruniform di Hutan Lipur Sg Tua selama 3 hari 2 malam boleh daftar ke cikgu bimbingan masing-masing dengan bayaran RM 50 sahaja" Semua mata pelajar tertuju ke cikgu Abidin selaku guru penolong kanan kokurikulum.

"Penyertaan akan ditutup dua hari sebelum hari perkhemahan" Sambung cikgu Abidin.

"Kau nak join tak?" Tanya Isya.

"Of course lah aku nak masuk sebab nak kumpul sijil" Jawab Hanna sambil menunduk kerana cahaya matahari menyilau matanya.

"Kalau kau?" Mereka berpaling kearah Nadia.

"Tak tahu lah, aku kena minta izin dekat Zafriel dulu" Jawab Nadia perlahan taknak bagi orang dengar selain Isya dan Hanna.

"Wahai suamiku tercinta izinkan isterimu yang cantik nan comel ini join perkhemahan minggu depan ni" Nadia membuat muka comel. Matanya berkelip-kelip.

Zafriel memandang sejenak Nadia.

"Boleh wahai tuan puteriku" Jawab Zafriel.

"Tapi abang kena ikut sekali sebab kena jaga sayang" Ujar lagi Zafriel.

🪐

"Anggota bomba kita yang join perkhemahan ni seramai dua belas orang sahaja" Nadia fokus kehadapan mendengar taklimat yang diberi oleh cikgu Anuar.

Tak sengaja Nadia memandang unit kadet polis yang tak jauh berkumpul di unit bomba. Dia memandang Zafriel yang termenung duduk barisan paling belakang. Mata Zafriel menuju kearah hadapannya. Arissa.

Nadia yang melihat itu tidak berfikir apa-apa dia sambung mendengar taklimat.

"Awak masuk juga ke perkhemahan?" Arissa menyoal lembut.

"Hm"

Arissa tersenyum pahit dengan layanan Zafriel.

🪐

"Beratur mengikut unit masing-masing sebelum naik bas" Nadia dan yang lain bergegas beratur di unitnya.

"Lelaki dan perempuan bas berasing"

"Aku baru nak duduk tepi Zafriel" Kata Arissa dapat didengar oleh Nadia. Namun Nadia hanya membuat bodoh.

Mata Nadia mencari keberadaan Zafriel.
Zafriel berada di barisan tepinya hujung sekali. Nadia melambai kearah Zafriel.

Zafriel hanya tersenyum.

Sebelum bergerak masuk kedalam bas Zafriel sempat menahan Nadia.

"Dalam bas kalau terjadi apa-apa mesej aku" Pesan Zafriel takut Arissa buat sesuatu kepada Nadia masa dia tiada. Nadia mengangguk laju walaupun dia tak faham.

🪐

Sejam setengah berlalu akhirnya sampai di destinasi yang dituju. Hutan Lipur Sg Tua. Nadia melihat suasana yang sejuk memandang penuh dengan kehijauan.

"Datang sini tolong jaga kebersihan dan tolong jaga mulut jangan cakap yang benda bukan-bukan dalam hutan ni. Kalau terjadi sesuatu dekat awak semua yang akan kena cikgu-cikgu awak dan abang-abang rela yang menjaga disini jadi tolong dengar arahan" Ujar cikgu Abidin.

"Faham semua!?" Tegas suara cikgu Abidin.

"Faham!" Serentak pelajar menjawab.

Sesudah taklimat yang diberi semua orang pergi memasang khemah mengikut unit masing-masing. Setiap khemah hanya empat atau lima orang dibenarkan.

"Susahlah menda ni" Nadia merungut kesal. Padahal sebelum hari perkhemahan dia sudah berlatih pasang khemah.

"Meh saya tolong" Seorang rela datang menawarkan pertolongan.

Rela itu menunjuk cara memasang dengan betul dan kemas. Dengan fokus Nadia mendengar bersama kawannya yang satu khemah dengan dia.

"Terima kasih" Ucap Nadia.

"Kasih diterima" Balas abang rela.

Arissa yang melihat khemah Nadia sudah dipasang cantik memuncungkan mulutnya kesal kerana khemah dia tak jadi nak harapkan kawan dia pun tak boleh sibuk ambil gambar sana sini.

"Zafriel tolong saya pasang khemah ni" Zafriel yang sudah siap memasang khemah menghampiri Arissa.

Tanpa berkata apa-apa Zafriel mulakan pasang khemah dengan reaksi dingin.
Arissa tersenyum kemenangan terasa ada peluang untuk dia dekat dengan Zafriel.

"Thank you" Ucap Arissa. Senyuman tak pernah hilang.

"Hm"

🪐

"Bersiap semua lepas makan dan solat zohor kita akan hiking" Semua orang disitu mengambil pinggan dan makanan sendiri untuk makan tengah hari.

Nadia duduk beralaskan tikar bersama kawan-kawannya membuat satu bulatan. Dia mencari kelibat Zafriel ingin mengajak makan bersama. Dia menatap kosong melihat Zafriel dan Arissa makan berdua. Si Arissa asyik berkepit dengan Zafriel je. Zafriel pula tak buat apa-apa tindakan.

Isya yang melihat itu berasa marah ingin menghampiri dua orang tak guna tu tapi ditahan oleh Nadia.

"Kau nak biar je ke laki kau tu rapat dengan betina tak sedar diri tu?" Kata Isya sambil manahan amarahnya.

"Apa maksud kau?" Soal Nadia dia tak faham kenapa panggil betina tak sedar diri?

"Ada benda yang kau tak tahu pasal diorang" Balas Isya mendatar.

"Benda apa? Aku tak faham lah cuba kau explain" Bingung Nadia.

"Ada masa nanti aku explain kat kau. Kita makan dulu"

Sepanjang mereka mendaki Nadia hanya diam tak cakap langsung dengan orang fikirannya kusut sibuk memikirkan hal tadi.

"Penatnya ya Allah" Hanna mengeluh.

"Nampaknya ramai yang dah penat ada jugak yang nak pengsan kat belakang tu jadi kita rest dulu" Kata cikgu Abidin.

Nadia bersandar pada batu besar. Tudung yang dipakai dikibas-kibas rasa panas dan berpeluh. Badannya juga terasa lemah akibat cuaca yang sedikit panas.

"Awak okay?" Tegur abang rela yang menolong dia tadi.

Nadia mengangguk lemah. Matanya tak sengaja melihat kearah name tag. Khairiz.

"Ambil kipas dan air sejuk ni" Barang yang dihulur Khairiz disambut oleh Nadia.

"Terima kasih" Ucap Nadia.

Zafriel yang melihat itu dari jauh menjeling sekilas rasa cemburu mula terbakar di hatinya tapi ditepis dia lebih melayan Arissa berbanding isterinya. Nadia.

Tbc





SENIOR TU, SUAMI AKU!Where stories live. Discover now