"Kau okay tak?" Soal Hanna simpati melihat sahabatnya yang murung sepanjang masa.
"Okay je" Jawab Nadia dia tersenyum.
"Zafriel macam mana sekarang? Masih marah kat kau ke?" Giliran Isya pula tanya.
"Hm macam tu lah" Nadia menunduk.
Akhir-akhir ni Zafriel selalu tak ada dekat rumah. Nak tengok muka Nadia pun tak nak apatah lagi nak bercakap. Zafriel dah berubah.
"Dia berubah" Dua perkataan yang mampu membuat Hanna dan Isya terdiam.
"S-semua ni salah aku" Berkaca mata Nadia seketika dadanya terasa sakit menaha tangisan.
Hanna memeluk Nadia dan menggosok lembut belakang Nadia.
"Bukan salah kau Nadia. Kalah betul kau nak bunuh Arissa mesti kau dah tinggal dia biar dia lemas" Isya bersuara dia betul-betul tak boleh tengok sahabat dia menangis hanya sebab manusia sampah tu!
"T-tapi kenapa Zafriel tak percaya dekat aku" Bergetar bibir Nadia menahan air matanya.
"Jantan yang jenis macam tu kau patut tinggalkan je" Dingin saja Isya berkata. Dia dah lama bersabar dengan si Zafriel tu.
Hanna memberi isyarat kepada Isya bahawa Nadia sudah menangis.
"Taknak" Deras air mata berlian Nadia membasahi pipi.
"Aku masih cintakan Zafriel" Perlahan saja Nadia berkata.
"Seriously? Kau still cintakan jantan macam tu?" Terkejut Hanna apabila Isya menghentak kuat meja.
"Kalau aku jadi kau lama dah aku angkat kaki" Ujar lagi Isya lalu pergi dari situ.
🪐
"Awak" Zafriel menoleh kearah orang memanggilnya.
"Hm?" Dingin saja Zafriel membalas. Dia harus mencari Nadia segera ada benda yang dia ingin bicarakan.
"Awak nak pergi mana?" Lembut suara Arissa berkata.
"Cari Nadia" Balas Zafriel lalu pergi begitu saja.
Berubah raut wajah Arissa bila dengar nama Nadia. Anti betul dia dengan namanya Nadia!
🪐
Puas satu sekolah dia mencari Nadia tapi tetap tak jumpa. Bila balik rumah Nadia pun tak ada, nak kata belum pulang tapi waktu persekolahan dah habis sejam tadi.
Zafriel bersandar disofa kepalanya mengangkat keatas lalu menutup mata banyak sungguh dugaan yang dia hadapi.
FLASHBACK
"Zafriel" Zafriel menoleh melihat Eryn disebelahnya.
"Boleh aku nak cakap sekejap tapi hanya kita berdua je" Zafriel terdiam sejanak lalu bersetuju.
Mereka mengambil tempat duduk yang jauh daripada orang dan jarang orang lalu. Sebaik saja mereka melabuhkan punggung kebangku Eryn berdehem sebelum mula berbicara.
"Kau nak cakap pasal apa? Aku tak ada banyak masa nak layan kau ni" Eryn menjeling sekilas.
"Pasal Nadia" Serius muka Zafriel mendengar nama isterinya. Asal dengan Nadia?
"Perkhemahan di tempoh hari itu, bukan Nadia yang tolak Arissa, tapi Arissa sendiri yang tolak menyebabkan diorang terjatuh sekali" Berkerut dahi Zafriel.
Zafriel tergelak.
"Kau ingat aku percaya ke dengan orang macam kau?" Zafriel menyoal tersenyum sinis.
"Kalau betul lah Arissa yang tolak Nadia kenapa Arissa yang lemas bukan Nadia?" Eryn menghela nafas berat. Benak betul jantan ni.
"Aku nak bukti kalau tak ada bukti aku cau dulu. Buang masa aku je" Kata Zafriel ingin bangun dari duduknya.
"Kau lebih percaya dekat perempuan lain berbanding isteri kau sendiri" Belum sempat Zafriel pergi dia menghentikan langkahnya.
"Kau lebih percaya dekat perempuan lain berbanding isteri kau sendiri. Mana tanggungjawab kau sebagai seorang suami? Suami jenis apa kau ni?" Ujar Eryn.
Zafriel berpaling kearah Eryn.
"Kau kata kau nak bukti?" Soal Eryn sinis kedengaran.
Eryn membuka telefonnya dan kuatkan volume dimana rakamam yang ia rakam pada malam kejadian itu.
Zafriel merampas telefon ditangan Eryn dia perlu mendengar dengan jelas.
Eryn hanya tersenyum jahat. Menyesal lah kau Zafriel!
"Terserah kau lah kau nak percaya ke tak nak tapi yang peting aku dah buktikan yang Nadia tak salah, yang salah Arissa syaitan bertopengkan manusia!" Ujar Eryn sebaik saja merampas kembali telefonnya dari tangan Zafriel.
"Fikir-fikirkan lah ya" Eryn berlalu pergi.
Zafriel yang masih disitu hanya terdiam dengan perasaan bercampur aduk antara marah, kecewa, dan sedih. Marah kerana Arissa telah menipunya. Kecewa kerana sikapnya sendiri yang lebih percaya dekat perempuan lain berbanding isteri sendiri. Sedih pula kerana dia tahu pasti Nadia takkan memaafkan dirinya.
FLASHBACK END
"Apa aku buat ni ya Allah" Zafriel menutup rapat matanya sekejap. Hatinya penuh dengan rasa bersalah dia sepatutnya dengar perjelasan Nadia terlebih dahulu.
Nadia memandang kosong. Sekarang ini dia berada di rumah Hanna saja tak nak balik lagi, kalau dia balik pun bukannya Zafriel nak layan dia.
Drtt...
Drtt...
Drttt..Bunyi deringan telefon Nadia. Memaparkan nama Zafriel dengan emoji love. Nadia hanya tengok malas nak angkat.
"Oi, asal tak angkat?" Tanya Hanna dari belakang sambil membawa minuman.
"Malas" Nadia meleret tombol merah.
Tbc
Ha, siapa kata Eryn jahat minta maaf sekarang!
Jumpa di chapter seterusnya. Bye!
YOU ARE READING
SENIOR TU, SUAMI AKU!
Romance𝙺𝚊𝚛𝚢𝚊 𝚙𝚎𝚛𝚝𝚊𝚖𝚊 𝚊𝚟𝚎𝚎𝚍𝚢𝚜 Nadia Alyana x Zafriel Akasyah Memang gila! Nadia Alyanna dijodohkan dengan Zafriel Aksyah abang senior sekaligus abe pengawas yang hot dekat sekolah. Macam mana lah perjalanan hidup Nadia Alyanna bersama Zaf...