"Nadia kau okay tak asal diam je?"
Nadia memandang kearah kawan-kawannya yang sedang menatap dirinya sekarang ini. Dia baru saja habis bergaduh dengan Zafriel.
"Err...aku okay je"
Tipu. Dia sekarang ni sedang tidak okay.
Matanya tak sengaja melihat kearah Arissa yang sedang berdiri dikoridor. Dia perasan yang Arissa tersenyum sinis kepadanya.
Nafas kasar dihembus. Dia mengalih pandangannya. Malas nak layan betina sundal tu.
"Kalau kau ada problem ceritalah, apa gunanya aku sebagai kawan kau?" Pertanyaan dari Isya kepada Nadia.
Dia bukan taknak cerita cuma dia tak tahu nak cerita macam mana dan satu lagi dia taknak lah dikatakan 'attention seeker' .Selama ni apa yang dia rasa dia pendam sorang-sorang je.
"Dengar tu Nadia aku ni rasa sedih tau bila tengok kau macam ni" Hanna bersuara.
Nadia tersengih sekejap.
"Aku bersyukur sangat kepada Allah telah hantar kawan macam kau berdua ni untuk aku"
Terharu pula Isya dan Hanna.
"Aku bersyukur juga dapat kawan macam kau yang kuat hadap semua benda ni. Memang respect gilalah!"
Mereka bergelak bersama.
🪐
Larut malam Nadia masih tidak boleh menutup matanya fikirannya melayang entah kemana. Kini dia menatap kosong syiling rumahnya dengan selimut tutup paras dada.
Mengimbas kembali memorinya bersama Zafriel. Sangat bahagia. Tapi setelah makhluk bernama Arissa muncul menjadi orang ketiga hubungannya menjadi huru-hara!
Sampai bila dia terus begini? Sampai bila dia nak rumah tangganya rentak sebegini? Nadia tertanya-tanya didalam fikirannya.
Telefon dibuka. Wajahnya kelihatan dalam bilik gelap kerana brightness terang.
Video yang dirakamkan diputar. Terpapar pada skrin video semasa mereka duduk ditepi pantai sambil bermain pasir.
Haih...rindunya dekat mamat batu tu.
Tangan Nadia mengambil bantal peluk lalu dipeluk sebelum mata dipejam.
Pada sisi lain Zafriel yang sedang berbaring menatap layar skrin. Terpancar gambar-gambar Nadia yang diambil sewaktu mereka bersama.
Sejak Nadia pergi. Melihat gambar-gambar Nadia sudah menjadi rutin setiap malam sebelum tidur. Baginya tak lengkap kalau tiada Nadia disampingnya.
🪐
"Terima kasih. Nadia masuk sekolah dulu"
Adam mengangguk stelah kunci pintu dibuka. Dia tersengih melihat Nadia berlalu keluar. Rasa macam hantar bini pergi sekolah aje.
Seperti biasa pada minggu ini Zafriel bertugas dia akan berdiri di dalam pintu pagar sekolah untuk mencatat nama-nama pelajar yang lambat datang sekolah.
"Eh...Nadia tunggu awak kena tulis nama dulu" Zara pengawas yang ditugaskan juga pada minggu ini menahan lengan Nadia.
"Ohh, sorry..." Nadia sudah terlajak jalan pun berundur mendekati Zara. Habislah kau kena kutip sampah nanti.
YOU ARE READING
SENIOR TU, SUAMI AKU!
Romantizm𝙺𝚊𝚛𝚢𝚊 𝚙𝚎𝚛𝚝𝚊𝚖𝚊 𝚊𝚟𝚎𝚎𝚍𝚢𝚜 Nadia Alyana x Zafriel Akasyah Memang gila! Nadia Alyanna dijodohkan dengan Zafriel Aksyah abang senior sekaligus abe pengawas yang hot dekat sekolah. Macam mana lah perjalanan hidup Nadia Alyanna bersama Zaf...