Jung Hoseok merebahkan punggungnya di atas sofa. Tali lehernya di longgarkan sedikit. Perasaan marah mulai membakar hatinya. Hoseok mengharap apa yang dia lihat tengah hari tadi hanyalah khayalan.
" Awak dah balik? Kenapa tak panggil saya? Saya kat dapur tadi. Tak dengar awak balik. " Ahreum duduk di sebelah Hoseok sambil memegang tangan suaminya. " Awak pergi mandi dulu, lepas tu kita minum petang sama². Okay? " Ahreum mencuit hidung suaminya. Lembut, manja.
Hoseok memandang tepat ke dalam anak mata Ahreum. " Tengah hari tadi awak pergi mana? Dengan siapa? " kali ini Hoseok tidak lagi bergurau. Perasaan cemburunya selama ini dipendam lama. Sakit. Tak tertanggung.
Ahreum tersenyum. " Saya pergi kedai kek Hana tadi. Kan pagi awak kata nak makan kek red velvet? Jadi saya belikan. " jawab Ahreum mesra. Senyuman manis di bibirnya tidak pernah lekang.
" Pergi beli kek ataupun menggatal dengan Jungkook? " Hoseok memandang ke arah lain. " Saya nampak dengan mata kepala saya sendiri. Main lap² mulut bagai. " Hoseok memuncungkan mulutnya.
Ahreum ketawa kecil. Pipi suaminya dicium lembut. " Cemburu? " dia mendekatkan lagi mukanya dengan muka Hoseok.
" Taklah. Saya SUKA sangat!. " geram. Hoseok menjeling isterinya. Sakit hati dengan soalan yang diberikan oleh isterinya.
" Suka? Oh baguslah! Tapi kenapa muncung je mulut tu macam orang cemburu? " Ahreum tergelak kecil. Sengaja dia memperlakukan sebegitu kepada suaminya. Senyuman nakal mulai terukir dibibirnya yang munggil itu.
Dahi Hoseok berkerut. Menyampah. Sakit hati. " Kenapa susah sangat nak faham? " kata Hoseok perlahan. " Susah sangat ke? " Hoseok tunduk. Badan isterinya ditolak perlahan. Beg kerjanya di ambil. Hoseok mulai mengatur langkah menaiki tangga.
" JANGAN LUPA TURUN TAU! "
Hoseok hanya mengangguk.
-
Hoseok hanya betuala menutup sebahagian daripada tubuhnya. Telefon bimbit di atas meja di ambil dan Hoseok menghantar pesanan kepada isterinya. Dia malas. Malas untuk turun. Merajuk. Manja. Dia duduk di sofa yang terletak di dalam biliknya sambil menonton drama.
-
' Saya malas nak turun. Penat. Awak makan je lah kek tu. '
Ahreum tertawa kecil. Dia sudah mengerti dengan kelakuan suaminya. Manja, kuat merajuk, kuat cemburu. Tapi itulah kebahagian mereka. Walaupun mereka berkahwin di atas desakan keluarga. Namun kini, mereka bahagia.
-
" Sayang~ Ni saya bawakan kek red velvet awak ni. Jom kita makan. " sapa Ahreum mesra. Dulang berisikan kek red velvet dan air kosong diletakkan di atas meja. Dahi Ahreum berkerut melihat Hoseok. " Tak pakai baju lagi? "
Hoseok menjeling. Dia masih duduk di situ dengan hanya bertuala. Ahreum menarik tangan suaminya. Hoseok berdiri dan memandang kosong wajah Ahreum . " Pergi pakai seluar dengan baju . " arah Ahreum.
" Taknak. "
" Kenapa taknak? Macam² budak² lah dia ni. " Ahreum mengambil sehelai baju dan sehelai seluar dan diberikan kepada Hoseok. " Pakai ni. "
" Saya pakai seluar, awak pakaikan saya baju. "
" Iya. Dah cepat pakai seluar tu. Buat malu je. "
Hoseok di tolak hingga masuk ke bilik air . Tidak lama kemudian Hoseok keluar dengan berseluar. Kini, giliran Ahreum memakaikannya baju. Setelah selesai, tangan Hoseok mulai melingkari di pinggang isterinya. Erat.
" Saya cemburu. " kepalanya dibenamkan di leher Ahreum. Kedengaran sayu sekali suaranya. " Kenapa susah sangat untuk awak faham? " pelukan Hoseok semakin erat.
Ahreum membalas pelukan suaminya. " Saya tahu. " tangan Ahreum mengusap lembut rambut Hoseok. " Apa yang awak nampak tadi, bukan seperti yang awak sangkakan. Jungkook tu hanya kawan rapat saya. Dan awak sendiri tahu yang saya tak pandang lelaki lain selain awak. Jadi kenapa awak masih ragu²? " lembut sahaja Ahreum memujuk suaminya.
" Tapi dulu awak pernah kata yang awak sukakan dia. "
" Dulu dan sekarang dah tak sama. Sekarang saya sayang kan awak. "
" Sayang je ? "
" Saranghae~ "
Dahi Ahreum dikucup lembut. Senyuman dibibir Hoseok terukir bahagia. Sekali lagi tubuh Ahreum di peluk erat. Tidak mahu dilepaskan.
" Saya takkan pernah lepaskan awak pada orang lain. Ingat tu. "
End
YOU ARE READING
[C: MALAY FF] My Beloved Wife » Jung Hoseok «
Fiksi Penggemar[ MALAY FANFIC : YUP I USED ENGLISH FOR THE TITLE^^ PEACE! ] " I love you. " " I love you more. " ㅡㅡㅡ Started :- May 3, 2015 Ended :- October 2, 2015 #Elmeow Fact that yall didnt read the description before reading :)