Ice Cream

5.3K 399 31
                                    

" Aaaaaummm. Hehehe~ Sedap. "

Mata Ahreum tertutup ketika menikmat ais krim buatan suaminya. Sangat sedap. Walaupun ini kali pertama Hoseok membuat ais krim. " Nanti awak buat perisa mint pulak tau! " Ahreum sengih.

" Iyaa sayang. Awak ni lain macam lah saya tengok sejak beberapa hari. Awak okay? " Hoseok mengusap lembut rambut isterinya. Ahreum mengangguk comel. " Awak nampak saya lain macam mana? "

Hoseok mengecilkan matanya sambil mendekatkan wajahnya dengan wajah Ahreum. " Muka awak berkedut. Nampak tua sangat. " usiknya.

" Eee! Kita muda lagi tau! " Ahreum mencebik. Ais krim di tangannya di letakkan di atas meja. Merajuk. Mulutnya memuncung.

" Hahaha~ "

" Tak lawak lah! "

" Hahahahaha~ Orang tua² kata kalau suka marah² nanti muka berkedut. "

" Orang tua kata macam tu sebab dia cemburu kulit dia tak licin! "

" Hahahaa~ "

" Tapi... betul ke? " Ahreum menyentuh wajahnya dengan mata membesar. " Xdalah sayang~ Bukan tu maksud saya. Pipi isterinya dikucup. " Abestu? "

" Xda apalah ~ Heyy abiskan lah ais krim tu. Penat saya buatkan untuk isteri kesayangan saya ni~ " hidung Ahreum dicuit lembut. " Okay! Tapi awak... " wajah Ahreum berubah risau. " Awak tetap sayang saya kan? Walaupun saya dah tua? "

" Mestilah~ Awak kan isteri kesayangan saya? " sekali lagi pipi Ahreum dikucup. Ahreum lega mendengar jawapan dari Hoseok.

-

Lebih 10 kali Ahreum keluar masuk tandas. Muntah. Tekaknya terasa amat mual. Kepalanya pening. " Awak okay tak ni? Saya nak bawa awak pergi klinik awak taknak. Awak muntah² ni sebab makan ais krim saya buat semalam ke? Awak keracunan ke? Saya ikut bahan tu elok². Hiiii saya risau lahh~ Jomlah kita pergi klinik. " Hoseok mundar mandir di hadapan Ahreum. Risau.

" Jangan lah risau. Biasa la muntah² sikit. Xyah pergi klinik. Xmungkin sebab ais krim awak semalam. Dah duduk sebelah saya meh. " Ahreum menepuk² tempat duduk di sebelahnya. Hoseok memandang Ahreum. Lama.

" Saya tak peduli. Awak kena pergi klinik jugak. " Hoseok mengendong Ahreum dan terus pergi ke kereta. Ahreum mengeluh kecil. " Degil. "

-

Hoseok menyandar pada dinding. Risau sangat. Takut kalau ada sesuatu yang buruk berlaku pada isterinya. Tidak lama kemudian, Ahreum keluar dari bilik rawatan. Dia terus meluru pergi ke farmasi mengambil vitamin tanpa mengendahkan Hoseok.

" Jom kita balik. " kata Ahreum perlahan. Wajahnya nampak sedih. Tangan Hoseok ditarik tetapi di tahan. " Kenapa ni? Doktor cakap apa? " Hoseok membongkokan badan sedikit dan menenung mata Ahreum. Kedua² belah tangan Ahreum dipegang erat. " Kita pergi kat kereta dulu. Nanti saya cerita. Sini ramai orang. " sayu sahaja suara Ahreum.

Hoseok hanya mengangguk. Tangan isterinya dipimpin hingga ke tempat letak kereta. Sini lebih selamat dan tenang untuk Ahreum ceritakan apa yang telah terjadi. Ahreum pantas memeluk tubuh suaminya. Hoseok bertambah risau. Di balas pelukan isterinya. " Kenapa ni? "

" Saya mengandung. Sebulan usia kandungan saya~ Hehe~ " Ahreum meleraikan pelukan sambil tersenyum bahagia. Hoseok kaku. Keras. Tidak bergerak langsung. " Awak tak suka ke? "

" A..a..awak mengandung? Se..sebulan? "

" Ya sayang~ Awak kenapa? "

Air mata kebahagian jatuh berguguran menyentuh pipi Hoseok. " YEAY SAYA DAH JADI PAPA!!!!! " Hoseok menjerit kuat lantas memeluk isterinya. Ini lah masa yang Hoseok nantikan sepanjang perkahwinan mereka. Penambah seri dalam keluarganya.

-

" Pandaikan awak berlakon tadi. Risau tau saya. Saya ingatkan apa lah~ " pipi Ahreum di cubit manja. Pelukan Hoseok semakin erat. Pipi isterinya turut di cium berkali² . " Saya berharap sangat baby ni nanti baby boy~ " Ahreum berangan sambil tersenyum.

" Takboleh! Saya nak baby girl. "

" Baby boy lah~ "

" Baby girl~ Nanti mesti dia cantik. "

" Ee! Saya nak baby boy lah!! "

Pelukan mereka dileraikan. Hoseok duduk sambil menyilang tangan " Saya nak baby girl jugak. ". Ahreum menjeling. " No! Baby boy! "

" Girl! "

" Boy lahhh!! "

End

[C: MALAY FF] My Beloved Wife » Jung Hoseok «Where stories live. Discover now