Lost

3.5K 283 18
                                    

  " Awak nak ke mana? " soal Ahreum pada suaminya. Tangan suaminya lantas di capai. Hoseok tersenyum. Rambut isterinya diusap lembut. " Saya nak pergi jumpa kawan-kawan saya sekejap. " jawab Hoseok lembut. " Nak ikut! Nak ikut! " kata Ahreum sambil menggoncangkan tangan Hoseok.

  " Tak boleh lah sayang. "

  " Alaaa... Kenapa? "

  " Kawan-kawan saya semua lelaki. "

  " Tapi-- "

  " Tak boleh sayang. Nanti saya balik saya belikan gula-gula kapas. Okay? "

  " Yeayyy! Okay! " ucap Ahreum kegirangan. Gula-gula kapas ialah gula-gula kegemaran Ahreum. Sudah tentu dia tidak akan menolak. " Ahahaha. Comelnya dia ni. " kata Hoseok lalu mencubit kedua-dua belah pipi Ahreum. " Saya pergi dulu. Jaga diri. Jangan hyper sangat dalam rumah. Okay? " nasihat Hoseok pada Ahreum. " Okay awak! " Ahreum mencium tangan suaminya

-

  Bangtan sedang duduk di cafe sambil berborak kosong. Gelak tawa mereka memecahkan suasana yang tidak beberapa sunyi itu.

  " Hope, bahagia tak hidup kau? " soal Suga pada Hoseok. " Gila kau tak bahagia? Dulu masa kita datang rumah dia bukan main sero-- " kata-kata Jimin terhenti kerana Taehyung memotong kata-katanya. " Kau diamlah becok! Suga hyung tanya Hobie hyung! Bukan tanya kau! " kata Taehyung pada Jimin.

  " Ee! Biarlah aku nak cakap! Lagipun Suga dan Hobie hyung tak marah pun! Kau pulak yang lebih! "

  " Aku tak suka dengar suara kau yang macam ayam tu! Daripada tadi pot pet pot pet. "

  " Eyy aku sepak juga butt kau tu nanti! "

  " Meh lah! "

  PAK! PAK!

  " Budak bertuah dua orang ni. Diam sikit lah. Cuba diam sikit. Tengok Jungkook, tak macam korang pun. " kata Jin selepas dia mengetuk kepala Taehyung dan Jimin. " Sikit-sikit Jungkook. Tahu lah dia tu adik kesayangan hyung! " kata Taehyung da Jimin serentak sambil menjeling. Jungkook hanya tersengih.

  " Vv kan ada Hobie hyung~ " kata Hoseok pada Taehyung. " Awhhh~~ " Taehyung lantas memeluk Hoseok. " Jimin ada Suga hyung! " kata Jimin lalu memeluk Suga. " Kan kan kan. Hahahaha! Ish dah blah sana. Aku rimas. " ucap Suga lalu menolak Jimin.

  " Guys. Please. Aku geli lah ngan korang ni. " kat Namjoon lalu membuat muka geli. Lalu mereka semua tertawa dengan girang. Saat mereka sedang asyik tertawa, Hoseok tertepis secawan kopi miliknya. Cawan itu terjatuh dah pecah. Mereka semua terdiam. Perasaan Hoseok mula berubah.

  " Wey aku blik dulu. Aku risaukan Ahreum kat rumah. "

-

  Ahreum baru keluar dari dapur dengan secawan susu. Ketika dia berjalan menuju ke ruang tamu, susu itu tertumpah sedikit. " Alamak... Aihh. Ambik tuala sekejap lah. " Ahreum bermonolog. Dia meletakkan secawan susu itu di atas meja yang terdapat di ruang tamu itu sebelum dia berpatah balik ke dapur untuk mengambil tuala.

  BUKK!!

  Secara tidak sengaja Ahreum tergelincir dek kerana terpijak air susu yang tumpah itu. Satu hentakkan kuat telah berlaku ketika dia terjatuh. Satu jeritan yang kuat terkeluar dari bibir Ahreum.

  Hoseok yang baru tiba dirumah terdengar jeritan Ahreum. Dia lantas masuk ke rumah dan terlihat Ahreum sudah terbaring di lantai. Darah dari celah kaki Ahreum keluar dengan banyak sekali. Hoseok dengan pantas mengangkat Ahreum masuk kedalam kereta untuk di bawa ke hospital.

-

  Hampir satu jam Hoseok menunggu Ahreum hadapan bilik kecemasan. Hoseok bermundar-mandir di hadapan bilik kecemasan itu. Risau. Takut jikalau sesuatu terjadi pada isterinya dan pada bakal anaknya.

  Tak lama kemudian, seorang doktor keluar dari bilik kecemasan itu. " Doktor. " Hoseok memanggil doktor itu. " Ya, saya? " jawab Doktor itu menjawab. " I-isteri saya. Jung Ahreum. Ma...macam mana dengan dia? " kata Hoseok tergagap kerana gelabah.

  " Oh... Saya minta maaf. Isteri tuan mengalami keguguran. " kata Doktor itu. " Ke..ke..guguran? " soal Hoseok yang masih tidak percaya. " Ya. Saya harap tuan dapat bersabar. " jawab Doktor itu lalu menepuk bahu Hoseok. Hoseok terdiam. Dia menyesal. Menyesal kerana meninggalkan isterinya berseorangan di rumah.

  " Dan satu lagi. Isteri tuan di kehendaki tinggal di sini untuk beberapa hari. " sambung Doktor itu lagi lalu meninggalkan Hoseok. Hoseok hanya mengangguk lemah.

-

  Hoseok melangkah perlahan memasuki ruang wad itu. Dia takut untuk berjumpa dengan isterinya. Takut jikalau isterinya membencikan dirinya. Dia mengaku yang ini semua salahnya. Dia tak patut tinggalkan Ahreum.

  " Awak. Kenapa berdiri je depan pintu? " soal Ahreum pada suaminya. Hoseok tersentak. Dia hanya tersenyum lemah. " Mari lah sini. " kata Ahreum dengan lembut. Hoseok berjalan perlahan ke arah Ahreum. Tangan Ahreum disambar Hoseok. Kepalanya tertunduk. Apa yang Ahreum dapat lihat hanyalah rambut Hoseok yang menutupi separuh daripada wajah Hoseok. Suara tangisan kedengaran.

  " Awak... S-saya min..mintak maaf. Tsk tsk. Saya tak patut tinggalkan awak tadi. Kalau saya bawa awak ikut saya, semua ni mesti tak akan berlaku. Sa-saya gagal untuk jadi suami dan ayah yang baik.. Saya penyebab kita kehilangan bakal anak kita... Saya minta maaf. " ucap Hoseok sambil airmatanya deras mengalir.

  Ahreum bangun untuk duduk. Tangannya yang dipegang oleh Hoseok ditarik perlahan lalu diletakkannya pada pipi Hoseok. Ahreum mengesat airmata suaminya. " Duduk sini. " arah Ahreum pada suaminya. Hoseok duduk disebelah Ahreum dalam keadaan yang masih tertunduk dan menangis. Rambut yang menutupi sebahagian wajah Hoseok, Ahreum ketepikan.

  " Awak, pandang saya. " kata Ahreum. Hoseok menggeleng. Perasaan bersalah terhadap Ahreum masih tinggi. " Tamo lah macam ni. Pandang saya. " Ahreum mengangkat perlahan wajah Hoseok. Matanya bertentang dengan mata Hoseok.

  " Dengar sini. Kenapa perlu minta maaf? Semua ni berlaku bukan sebab awak. Bukan salah awak. Ni semua takdir. Lagipun, saya redha yang saya dah kehilangan bakal anak kita. Kita boleh usaha lagi selepas ni, kan? Saya tak suka lah awak asyik salah kan diri awak. Perkara sudah berlaku. Awak salahkan diri awak macam mana pun benda tu semua tak akan kembali pulih. " ucap Ahreum lalu mengucup pipi kanan suaminya.

  " Awak tak marahkan saya? " soal Hoseok yang masih tersedu-sedu. " Perlu ke saya marahkan awak? Tak, kan? Dah tamo nangis lagi. Awak nampak buruk. Ehehe.. " jawab Ahreum lalu memeluk suaminya erat. Sangat erat.

  " Thank you. I'm sorry. I love you. "

END.

[C: MALAY FF] My Beloved Wife » Jung Hoseok «Where stories live. Discover now