"Aku cintakan kau Hanna. Berikan aku peluang Hanna.."
Mark memegang tangan Hanna. Benteng ego diri yang dibina sejak sekian dulu cuma diruntuhkan sedikit buat insan bernama Hanna.
Hanna memandang wajah Mark dalam. Hanna cuba untuk mencari kejujuran daripada percakapan Mark.
Perlu ke dia mempercayai kata-kata Mark. Hanna masih rasa takut. Takut Mark hanya berpura-pura disebalik kata-kata.
"Apa aku nak buat ni Fina? Terima atau tidak?"
Hanna membetulkan posisi duduknya disebelah Fina.
Fina memandang Hanna sambil tangannya mengangkat secawan kopi yang hendak disuakan ke bibirnya.
"Ikut kata hati kau Hanna. Dalam masa yang sama, fikir soal masa depan baby kau."
Hanna memegang perutnya.
"Tetapi aku boleh membesarkan baby aku sendirian."
"Hanna.. membesarkan seorang dengan membesarkan dua orang berbeza. Kau lupa macam mana hidup aku membesar tanpa seorang bapa? Perasaan itu tidak sama Hanna."
Perlahan-lahan Fina menghirup kopi panas yang dicampurkan dengan sedikit madu itu.
Sungguh nyaman rasanya bila masa kopi tersebut lalu ditekak Fina. Tidak sia-sia dia merayu Luqman, teman sepejabatnya untuk membelikan kopi ini di Perancis sewaktu Luqman bercuti ke sana tempoh hari.
"Aku faham apa perasaan itu Fina. Tetapi aku takut untuk buka buku baru. Dia tu punya segalanya sedangkan aku, tidak."
"Aku tidak tahu mahu bagi idea apa lagi Hanna. Soal kandungan kau ni, mama dan papa kau sudah tahu ke?"
Hanna menelan liurnya. Hanna memandang Fina menginginkan kekuatan. Bagaimana untuknya berhadapan dengan papanya, sedangkan dia tahu berita kandungan ini akan membuat malu seluruh nama baik keluarga Andersson.
"Hanna... Mereka berhak tahu. Tidak ke lebih kecewa hati mereka jika tahu perkhabaran ini dari mulut orang lain?"
Fina kenal sangat dengan keluarga Andersson. Keluarga yang sangat mementingkan imej baik.
"Aku hanya anak angkat Fina. Kau tak tahu ke Sophea tak suka aku."
"Itu Sophea, kakak kau. Bukan mama papa kau. Mereka tu sayangkan kau."
"Peningnya aku rasa. Kenapa semuanya kacau begini Fina?"
Beban Mark Ayden tidak lepas lagi. Kini dia dibebani soal keluarga angkatnya pula.
Apalah nasib malang kau ni Hanna? Getus Hanna menyumpah dirinya.
"Sabar Hanna. Jangan disalahkan takdir baby ini. Ini rezeki dari Tuhan."
Hanna memegang lembut perutnya.
'Maafkan mama, sayang'
"Hanna... Ini aku ada bawa kan kek coklat."
Hanna memandang gerangan suara tadi.
Hanna memerhatikan mata-mata lain di ruangan itu.
"Hanna... Jangan layan aku macam orang asing please. Kau tahu tak aku cukup terseksa selama tiga bulan ini."
"Kenapa rasa terseksa? Bukan ke tiada cinta dihati awak sewaktu itu?"
Mata Hanna masih ligat memerhatikan kru-krunya melaksanakan kerja di bilik 'Sound System' Dewan Royalty ini.
YOU ARE READING
TUAN MARK AYDEN
RomanceHari pertama menjejakkan kaki ke Korea Selatan melakar banyak peristiwa hitam buat Hanna. "Sudahlah kekasih aku kantoi curang, aku diperkosa oleh lelaki yang aku tidak kenal. Kenapa malang sangat hidup kau Hanna Andersson?!" "Sumpah aku tidak sengaj...