Bahagian 1

313 3 0
                                    

Aku ARYAN, aku mempunyai kelainan daripada manusia biasa... Ibu pernah berkata yang aku ini dikurniakan anugerah daripada Sang Pencipta... Ayah aku telah lama pergi sewaktu ibu masih mengandungkan aku. Ibu Ku menghembuskan nafas terakhirnya ketika aku berusia 19 tahun. Kini umur Ku sudah 25 tahun. Telah 7 tahun ibu meninggalkan aku. Korang mesti berfikir yang aku ni kerja di syarikat koperat kata. Maaf, sangkaan anda semua meleset.

Aku hidup dengan harta yang ditinggalkan oleh kedua orang tua Ku. Aku tinggal di rumah banglo jauh di pinggir kota. Aku tidak mempunyai bibik, tetapi aku mempunyai banyak Bodyguard. Mereka semua yang akan menguruskan rumah aku. Aku lebih gemar keluar pada waktu malam berbanding siang... Aku banyak menghabiskan masa di bilik tidur di saat matahari mula menyinari. Aku anak tunggal. Kadang kala perasan sunyi datang mengetuk hati. Tetapi apakan daya untuk aku membuka pintu hati. Aku tidak mempunyai sahabat ataupun kawan. Ibu pernah berpesan untuk tidak mudah menerima orang dalam hidupku. Aku mungkin boleh menerima dia, tetapi dia belum tentu menerima aku sendanya.

Aku selalu terlihat seorang gadis bertudung Ayu berjalan di hadapan pagar rumah Ku. Aku dapat merasakan bahawa wanita itu berkelebihan upaya. Aku hanya mampu melihat daripada kejauhan rupanya yang kuning langsat, bibir Pink bak delima... Dan bentuk tubuh badan yang agak sihat seperti bentuk buah pear. Apa yang aku perasan mengenai gadis itu, dia sering menggunakan pakaian berwarna merah, maroon & Pink. Cuma sejak kebelakangan ini kelibat wanita itu tidak aku terlihat lagi. Adakah dia mengetahui yang dirinya selalu diperhatikan. Sebelum aku terlupa, Ku mempunyai sepasang mata berwarna merah darah... Ibu selalu menasihati aku agar memakai kaca mata hitam bagi masyarakat menerima kehadiran Ku.

Mata LainWhere stories live. Discover now