unjust

3 0 0
                                    

"buat kerja dengan cepatnya"

"H**** menunggu sampai ke bulan dah," lab tech menegur aku.

"Baru seminggu dah boleh buat kerja dengan pantas sekali," sambung lab tech seorang lagi mengomplimen kawan se-intern aku.

Aku dibandingkan dengan rakan se-intern aku. Perbandingan yang tidak adil bagi ku kerna rakan se-intern aku sudah berkali-kali buat kerja itu. Sedangkan aku baru sahaja kali kedua dapat peluang untuk melakukan kerja itu.

Sejujurnya aku terkilan. Mereka melebihkan dia daripada aku. Apa-apa kerja pasti mereka akan mengarahkan dia untuk melakukannya.

"Bukan aku tak percaya kau," itulah alasan yang sering disajikan kepada ku.

SecretWhere stories live. Discover now