Chapter 1

917 78 48
                                    

Sudah 2 minggu berlalu sejak pertarungan Boboiboy dan Retakka.

Berita tentang kekalahan Retakka sudah tersebar luas di seluruh galaksi.

Boboiboy sebagai superhero bumi dipandang tinggi oleh semua orang.

Disebalik kebahagiaan yang disambut bersama kawannya ada satu kuasa yang tersenyum melihat Boboiboy berseronok dengan yang lain.

"Kau memang tuan yang hebat."

Di kantin...

Boboiboy dan kawan-kawannya sedang makan sarapan bersama.

"Jadi Boboiboy...semua elemental kau dalam keadaan baik?",tanya Yaya.

Anggukan diberi sambil tersenyum.

"Best lah kau dapat kuasa fusion...",kata Ying.

"Itulah tuh susah juga nak kalahkan si Retakka tuh...liat betul nyawa dia..",dengan selamba Fang berkata.

Oi!

Boboiboy terus mengalih pandangan memandang Gopal.

"Dah dua minggu kau tak berpecah...",kata Gopal.

"Lebih tepat langsung tak guna kuasa elemental..",sambung Fang.

Haih..

"Komander suruh aku berehat tanpa gunakan kuasa elemental...bosan gila kau tahu...selalunya aku dah bersembang dengan elemental lain buat kecoh dekat stesen Tapops dengan prank TTM..",keluh Boboiboy. Rindu pula dengan elemental dia.

"Patutlah tenang je dua minggu nih..."

Yang lain ketawa kecil kalau tidak setiap hari mesti kena prank dengan TTM.

Senang cite hidup diorang tak pernah tenang.

Boboiboy tersengih nakal. Bukan salah dia stesen Tapops huru hara sebelum nih.

"Eh aku dengar komander nak jumpa kau lepas nih.."

"Haah...katanya diorang nak berbincang sesuatu dengan elemental cahaya.."

"Elemental cahaya?"

Mereka semua memasang muka pelik.

Apa pula akan jadi?

....

Di bilik mesyuarat....

Satu hologram muncul dan terpampanglah wajah Amato.

"Semua persediaan  sudah selesai?"

"Sudah...sistem baru sudah di update pada Ochobot."

Ochobot yang dibaiki selama seminggu hanya duduk di ceruk dinding.

Dia tidak mahu melakukannya tetapi demi kebaikan Boboiboy dia terpaksa terima arahan komander.

Pintu dibuka perlahan dari luar lalu muncullah Boboiboy disebalik pintu.

"Ayah pun ada.."

"Ye ayah nak bercakap dengan kuasa cahaya.."

Boboiboy hanya mengangguk faham.

Boboiboy Solar!

Solar memandang mereka semua yang berada di depannya.

Suasana menjadi sedikit dingin.

"Ada apa korang nak jumpa saya?",tanya Solar penuh tanda tanya.

"Selepas melihat Boboiboy menggunakan kuasa cahaya kami membuat keputusan untuk dia berhenti menggunakan kuasa cahaya buat seketika.",jawab Komander.

"Tapi kenapa? Saya dah selamatkan Boboiboy beberapa kali...kenapa hanya saya yang kena??",soal Solar tidak berpuas hati.

Laksamana menepuk meja kuat sehingga Solar tersentak.

"Memang betul kamu dah selamatkan Boboiboy bila dia hampir hilang harapan tapi kesan selepas tuh yang perlu kamu ingat semula..",kata Amato.

"Aku yang selamatkan dia! Boboiboy pun takde cakap apa-apa pasal tuh! Apahal korang pula yang sibuk nak buat keputusan untuk dia!?",bentak Solar yang mula hilang sabar.

"Sebab nih lah kuasa kamu susah dikawal!! Emosi tak stabil! Pentingkan diri! Kamu kena ingat nih...",suara Amato mula meninggi.

Dia menarik nafas lalu menghembus nafasnya semula sebelum menyambung ayatnya.

"Kau hanya satu kuasa yang berbahaya."

Terkejut Ochobot selepas mendengar kata-kata Amato. Boboiboy sendiri selalu anggap semua elemental adalah kembar dia.

Ini ayahnya sendiri kata sebegitu dekat salah satu elemental dia.

Solar tergamam. Tangannya mula menggigil.

"Memang Boboiboy tak pernah kata apa pun bila kuasa kau hampir bunuh dia...tapi aku tahu dia dalam ketakutan...sebab dia anak aku.",dengan dingin Amato berkata.

"K-kau tipu! Boboiboy anggap semua elemental sebagai kembar dia sendiri! Dia tak-

Kata-kata Solar terus dipotong laju oleh Amato.

"Kecuali kau."

Solar terkedu. Hatinya hancur. Jadi selama nih semua hanya anggap dia satu kuasa yang berbahaya?

"Tahap satu memang boleh dikawal tapi tahap kedua Boboiboy asyik hilang kawalan apatah lagi kalau kuasa cahaya masuk tahap ketiga? Adakah kau akan terus ambik alih badan Boboiboy?"

"A-aku takkan buat macam tuh.."

"Kami dah buat keputusan untuk membuat satu uji kaji terhadap kau supaya kau boleh kawal kuasa sebelum Boboiboy gunakan kau..",kata Kokoci lalu menyuruh Ochobot untuk berdiri di depan Solar.

"M-maafkan aku... ini demi kebaikan Boboiboy..",dengan serba salah Ochobot berkata.

"Jadi apa kebaikan untuk aku? Kau sama macam yang lain...",perlahan suara Solar berkata.

Tanpa membuang masa Ochobot terus menggunakan sistem tersebut.

Permisahan Elemental.

Solar terus tersungkur ke lantai manakala Boboiboy masih berdiri di belakangnya.

"Apa yang korang dah lakukan!?"

Belum sempat Boboiboy memegang tangan Solar beberapa pengawal masuk ke dalam bilik tersebut.

"Boboiboy ketepi! Ini demi kebaikan kau!",arah Kokoci tegas.

Cermin mata yang dipakai Solar dicampak ke lantai sehingga pecah dan matanya ditutup dengan perlindung besi serta tangannya digari seperti seorang banduan.

"Lepaskan elemental aku!!!!!!",jerit Boboiboy tetapi satu jarum disuntik tepat pada lehernya.

Argh!

Badannya rebah ke lantai sebelum matanya tertutup dia dapat melihat Solar mengalirkan air mata lalu dibawa pergi.

"S-solar.."

Bersambung...
Vote dan coment 🥺

The Lost Light[Complete]Where stories live. Discover now