Chapter 10

764 67 12
                                    


Malam tuh hujan turun dengan lebat. Bunyi guruh berdentum kuat sehingga bekalan elektrik terputus.

Solar sudah memeluk Boboiboy erat seperti taknak melepaskannya.

"Shushh...aku ada.."

"K-kau benci aku ke? Kau takut dengan kuasa aku ke? A-aku bukan seperti kembar kau ke?"

Terkejut Boboiboy mendapat soalan bertubi-tubi dari Solar.

Semua soalan yang ditanya berkait dengan apa yang ayahnya pernah berkata.

"Hey...apa yang ayah aku cakap semua tuh tak betul...aku tak pernah terfikir macam tuh pun...",dengan lembut Boboiboy berkata sambil mengusap lembut rambut putih Solar.

Dia melihat lama rambut Solar. Ochobot bagitahu rambut dia berubah putih disebabkan trauma. Seksaan yang diterima olehnya adalah salah satu penyebab rambutnya berubah warna.

"Gelap...macam dalam makmal waktu mata aku kena tutup...aku hanya dengar bunyi mesin seperti gerudi...kuku jari yang dicabut dan dipatahkan...aku hanya dengar tuh...",dengan perlahan Solar bercerita. Senyuman tipis kelihatan pada wajahnya.

"Solar..."

Matanya memandang kearah Boboiboy lalu tersenyum tapi Boboiboy tahu itu senyuman palsu.

Ochobot mendekati mereka berdua dengan lampu suluh yang dijumpainya tadi.

"Rasanya sampai esok takde elektrik..",ujar Ochobot.

Hmm..

Solar masih menggigil ketakutan. Matanya tidak pejam.

"Kau tak ngantuk?",tanya Boboiboy.

"Aku takut...bila aku pejam mata terasa macam berada dalam makmal tuh.....",jawab Solar dengan suara ketakutan.

Boboiboy kuasa enam!

Solar melirik kearah Gempa yang berada di tempat Boboiboy tadi.

"K-kau marah aku?"

Gempa memandang pelik kearah Solar.

"Aku tak pernah marahkan kau..."

Senyuman terukir di wajahnya.

Dengan perlahan Blaze duduk disebelah Solar.

Haba yang keluar dari badannya memberi keselesaan kepada Solar.

"Aku dah bentang toto untuk korang tidur...Gempa dengan Boboiboy boleh tidur atas katil...yang lain boleh tido atas toto...",kata Ochobot.

Belum sempat Blaze pergi tangannya ditarik oleh Solar.

"Sejuk..."

"Kau boleh tidur sini lagipun muat untuk sorang lagi..."

Tanpa bantahan Blaze terus baring disebelah Solar.

Solar berada di antara Blaze dan Gempa manakala yang lain sudah tidur di atas toto.

Tapi Solar masih terjaga. Dia takut untuk tidur.

"Jangan risau kami ada dengan kau...",bisik Gempa.

"T-tapi.."

"Takde tapi...pejamkan mata kau dan aku akan pastikan kau mimpi indah..",kata Blaze.

Akhirnya Solar memejamkan matanya.

.


.


.



.

Di stesen Tapops...

Mereka masih lagi tidak dapat menjejak Solar.

Jam kuasa dia juga telah dimatikan. Kalau nak minta bantuan Ochobot nanti kantoi dengan Boboiboy pula.

"Jadi apa rancangan seterusnya?", Kokoci memandang kearah Amato yang berada di depannya.

"Hmm....minta tolong dari kawan Boboiboy....mungkin diorang dapat mencarinya...",jawab Amato.

"Tapi Boboiboy mesti curiga dengan tindakan kita nih..."

Amato membuat gaya berfikir. Apa dia perlu buat untuk pastikan Boboiboy tak tahu pasal hal nih.

"Ouh sebelum lupa kau ada urusan dekat bumi kan esok.."

"Haah urusan kerja sikit.."

Dia bolehlah singgah jumpa Boboiboy sekejap.

*****

Boboiboy memandang ayahnya yang tersenyum kekok di depannya.

Dahlah kali terakhir diorang berjumpa bergaduh besar.

Tiba-tiba ayahnya berada di depannya atas alasan singgah jumpa anak.

Nasib baik Amato datang ke kokotiam bukannya rumah Tok Aba. Kalau tidak kantoilah Solar ada dengan dia.

"Apa ayah nak?",soal Boboiboy sedikit dingin.

Dia asyik terbayang keadaan Solar semasa berjumpa di hospital.

"Saja nak jumpa anak ayah nih...",jawab Amato dengan senyuman seperti tiada apa yang berlaku sebelum nih.

"Dah alang-alang ayah ada dekat sini...cuma nak bagitahu Boboiboy akan berhenti jadi ahli Tapops."

Terus membulat mata Amato mendengar kata-kata anaknya itu.

"Apa yang kamu merepek nih!?",dengan nada marah Amato berkata.

Senyuman diwajah terus hilang dan hanya pandangan dingin diberi kepada ayahnya.

"Boboiboy nak berhenti jadi ahli Tapops."

Bersambung...
Vote dan coment 😘

The Lost Light[Complete]Where stories live. Discover now