PROLOG

193 16 2
                                    


Hari tu.

Awan hitam menghias warna langit kala siang. Dengan bunyi dari derasnya air hujan yang turun ngan amukan dari halilintar yang menjadi satu.

Pada masa yang sama sekumpulan orang berkumpul untuk mengebumikan mayat seseorang. Ramai insan yang menangis sebab kepergian orang tu. Dan tak sikit dari diorang yang mendoakan orang tu supaya mendapat tempat terbaik kat sisi-Nya.

Ditengah ramai manusia yang berada kat dekat tempat lelaki tu dikubur, seorang insan hawa memilih untuk menjauh dari tempat tu dan bersendiri, berteduh kat bawah pokok beringin yang menjadi pusat tempat wilayah tu.

Dari kejauhan dia menatap macam mana lelaki tu dikubur dengan mata sembam, bengkak yang merah.

Banyak dari manusia yang tak pernah dia tengok muka diorang datang kat pemakaman ni membagi dia sokongan. Kau kene kuat, kau kene sabar terima semua ni, awak kene ikhlaskan dia.

Dia hanya boleh pasrah dan tersenyum tawar menjawab sokongan diorang.

Walau dah lebih dari 3 hari berlalu sejak dia dapat kabar tu, akhirnya diisi ngan suara isakan tangis sebab kepergian lelaki tu.Dia kene kuatkan hati tuk tetap sabar dan terima semua kenyataan ni.

Tapi isi hati dia yang terdalam masih je berharap semua ni hanya mimpi buruk, masih berharap lelaki yang kene kubur tu akan bangunkan dia bila - bila masa je dari mimpi terkutuk ni.

Heh, tapi sudah tentu semua tu hanya angan - angan dia sahaja. Nak suka ke tak ini nyata! Abang Az. Dia dah takde.

*****

Sehari dah berlalu lepas kepergian Abang Az.

Ye. Baru semalam diorang kubur mayat lelaki tu tapi rasanya dah lama sangat.

Masih berat lagi dia rasa. Macam tak percaya? Abang dia meninggal sebab dia kene satu kemalangan.

Tapi biar betul? Kenapa dia rasa pelik je ngan semua ni? Macam tak masuk akal je alasan yang dibagi polis tu.

Apatah lagi diorang tak membagi dia kesempatan tuk tengok mayat Abang dia. Dikata dia masih kecik lagi, takut tak kuasa tengok mayat tu. Biar betullah diorang ni?

Dalam satu bilik bernada hijau sage indah, bilik tu disusun ngan rapi. takde satu debu atau hal bersepah apapun yang wujud dalam bilik tu.

Rasa macam, takde yang pernah tinggal dalam bilik tu.

Untuk sekarang, memang bilik tu dah kosong.

Kat tepi katil dalam bilik tu, ternampak satu insan yang menangis sendu sampai hijab dan kasur tu ikut berair sebab tangisan dia. Di saat yang bersamaan, semasa mata dia sibuk mengeluarkan air mata.

Tangan dia sibuk meremas satu bingkai foto, yang menampilkan senyum seribu makna dari seorang lelaki dan seorang perempuan.

"A-awak, awak dah janji!" bisiknya di antara tangisannya, semakin memeras bingkai tu.

'Eh? Rileks ah, aku pasti akan balik lagi'

"Awak kata takkan tinggalkan saya macam umi ngan abba" bisiknya kembali memeras bingkai tu semakin kuat.

'I'm goin to miss ya kiddo! See you again'

'Yo sist! aku ada banyak gift buat kau!'

'Alololo, kau tak tahu ke abang kau ni hebat sangat!'

Beberapa ayat yang keluar dari mulut lelaki tu mula kembali muncul, terputar balik dalam memori dia.

Untuk kesekian kali dia kembali menangis sekuat - kuatnya, walau air mata dia sampai dah habis tak nak keluar lagi. Tapi apa dia kesah? Orang tengah berduka ni, takkan puas sampai menangis darah.

ORPHICTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang