4 - Masalah

138 14 3
                                    


Dalam satu ruang legar, terdapat tiga Ejen muda dari teras kombat yang tengah termenung diam menatap lantai bilik tu.

Dua orang Mentor Ejen Kombat dengan tambahan dari tiga mentor dari teras lain terus menatap diorang ngan pandangan kecewa.

"Ini bukanlah sikap yang kami lihat daripada kamu semua" Suara kecewa tu akhirnya keluar dari mulut mentor teras tekno, Ejen Geetha.

Takde niatan menjawab atau membantah. Hati kecil diorang pon tau, kerja diorang tu memang salah.

Ejen Leon dari teras Neuro mula berjalan kat belakang diorang.

"Sikap kebudak - budakan. Terlalu terbawa emosi dan terlalu fikirkan marwah..!!" 

Lelaki berteras Neuro tu berhenti tepat kat belakang ketiga orang tu. 

"Apa guna jadi Ejen kalau dalam teras sendiri pon masih ada permusuhan. Bukan kesetiaan?"

"Prestase yang sungguh mengecewakan untuk hari pertama kamu semua dalam Akademi ni" Sekarang giliran Ejen Karya membagi suara.

Ejen Bakar menatap kecewa kepada ketiga murid dia tu.

"Baru berapa hari korang keluar dari padang latihan. Tiga dari korang dah terkena cedera parah sampai kena rawat kat ICU"

Memang betul ada yang kena sampai dibawak kat ICU tuk mendapat pengawasan ketat. Supaya pasien tu tak larikan diri tentunya.

"Ini bukan padang latihan. Dan sepatutnya korang pon tahu, semua latihan yang korang lalui satu ngan yang lain tu. Tak sepatutnya korang bawak kat luar padang latihan"

Sekarang suara yang keluar dari Ejen Raz, nampak betul - betul kecewa ngan murid - murid dia.

"Peraturan mutlak nombor satu padang latihan. Jangan sampai korang pakai cara kotor tu selain kat padang latihan" sambung lelaki tu, sekarang menatap tajam kat tiap wajah Ejen muda tu.

Ejen Bakar mengeluh. "Sampai hancur dinding - dinding bilik latihan kombat. Rasanya aku dah salah didik korang semua"

Rizka, Carlos ngan Iman masih je diam di tempat. Habis nak buat macam mane? Takkanlah diorang nak bantah perkataan menusuk dari kesemua Mentor tu.

Tapi memang diorang tak habis - habis lagi kena marah. Tadi semasa masih membawak Mika, Chris dan si satu bangang tu kat bilik rawatan.

Tak sampai satu menit tiba - tiba Ejen Bakar ngan Ejen Raz langsung datang ngan muka berpeluh tak percaya.

Habis diorang semua kena marah tadi tu.

Tapi tak sampai situ pon. Lepas dari bilik rawatan, diorang bertiga yang takde cedera parah tu kena pergi kat ruang legar tuk mendapat sesi kena marah dari para Mentor.

"Jadi korang nilah penyebab bilik latihan Kombat hancur dan membuat rekan satu teras cedera semua..?!"

Tiba - tiba Hologram General Rama muncul ngan wajah yang nampak tak boleh tahan emosi dia.

Diorang bertiga menelan ludah ngan kasar. Habislah diorang kena marah lagi, agaknya ada kena bonus denda lagi.

***

Bilik Infirmary terbuka, menampakkan dua orang perempuan yang habis kena marah.

"Eih..?! Lesu nampak..? Sembang apa tadi?" Soal Mika membenarkan posisi duduk dia sambil menatap hairan kat arah kawan - kawan dia.

Rizka membagi jelingan sinis. "Sembang konon. Kita habis dimarahin tau?!"

Mika menatap iba kat arah dua kawan dia. Kesian pulak ngan diorang yang kena tanggung semua amarah tadi tu.

ORPHICTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang