Seminggu sudah berlalu peristiwa baba dan mama tapi baba langsung tidak menyentuh perihal itu. Barangkali dia tidak mengetahui yang aku dan Putera tahu pasal tu.
Tidak mahu memikirkan soal itu, aku mengambil kesempatan yang ada untuk lari sejauh-jauhnya dan mengikut abang Irham pulang ke kampung. Putera pula menolak. Dia sudah awal menempah tiket untuk ke Sabah bersama rakan-rakannya. Jadi, hanya aku, abang Zidan dan Daniel yang pulang ke kampung abang Irham. Abang Atiq terpaksa mengikut baba yang tiba-tiba ada urusan di Australia.
Aku sentiasa kagum dengan baba. Walaupun masalah di rumah tidak berkurangan, baba masih steady menguruskan bisnesnya. Aku berdoa Allah permudahkan urusan baba di kerja mahupun hubungannya dengan mama.
Sedangku mengenang nasib di tepi anak sungai yang terletak betul-betul di tepi rumah nenek dan tok abang irham yang aku baru jumpa semalam, terdengar bunyi tapak kaki yang melangkah ke arahku. Aku malas hendak berpusing sebab menyangka abang Zidan atau Irham yang datang kepadaku.
Aku terus memerhatikan anak-anak ikan yang berenang bebas di anak sungai itu sehinggalah suatu suara yang garau dan macho menegurku.
"Boleh saya merenung anak ikan tu jugak?" Aku mendongak dan wajah kacak Daniel menjamu mataku. Pergh! Hensemnya. Kulit dia cerah, dipadankan dengan baju pagoda putih dan seluar warna khaki. Rambutnya terjuntai sedikit di dahinya. Cute! Allahu! Jiwa wanitaku bergetar dan aku terpanar sebentar.
Dia berdeham kerana aku asyik melihatnya. Aku menunduk menahan malu. "Er, jemput duduk, Daniel. Jomlah tenung anak ikan tu sama-sama," ujarku untuk membuang rasa gelora di hati.
Daniel tertawa kecil sebelum melabuhkan punggung di sebelahku. Kami duduk tanpa mengeluarkan sepatah kata. Aku merenung anak ikan, dia pun merenung anak ikan. Aku mengusap lenganku, dia pun mengusap lengan. Aku mencuri pandang ke arahnya, dia menjelingku juga. Akhirnya, aku termalu sendiri. Leher dalam tudung yang tidak gatal, aku garu. Tanda nervous aku dah mai dah! Anak ikan tadi aku kembali tenung. Tak tahu nak buat apa.
"Malu anak ikan tu kena tenung dengan awek cantik. Nak berenang pun segan," ucap Daniel memecahkan kesunyian. Wait, dia kata aku cantik? Huwa....baba! Ada orang puji Ana cantik! Jeritku dalam hati. Wajahku mula terasa bahang.
"Macam-macamlah awak ni, Daniel." Aku tersipu malu.
Sudah hampir 6 bulan Daniel bersama kami, dia semakin mesra dengan semua orang termasuklah Mak Tia dan anak buahnya. Dengan adik aku tak payah cerita. Tempoh hari, aku terjumpa dia dan adikku bermain Xbox di ruang tamu, ditemani abang Atiq dan abang Zidan. Lepas tu, aku pun ada tengok adik aku bermain bola di padang belakang rumah kami dengan Daniel dan bodyguards yang lain. Tapi, Putera rapat benar dengan Daniel siap peluk-peluk bahu lagi.
Dengan aku dia baru nak warm up tapi dah boleh bergurau. Semakin lama, aku berasa senang dengannya.
"Cik Ana okey ke?" Tanya Daniel setelah selang beberapa minit. Aku memandangnya sambil menjongketkan kening.
"Saya okey je. Kenapa, saya nampak tak okey ke?" Aku bertanya balik. Dia hanya tersenyum nipis. Dia menghela nafas sebelum kembali merenung anak ikan dalam sungai.
"Cik Ana dah beberapa hari ni asyik senyap je. Gurau-gurau dengan Zidan and the gang pun tak macam selalu. Lain sikit." Tuturnya. Aku menarik nafas yang terasa berat. Terlalu ketara ke perubahan aku?
Entahlah, semenjak kes baba dan mama hari tu, aku lebih banyak mendiamkan diri. Aku risau akan baba. Dia nampak je okey tapi aku tahu hatinya terluka. Setelah mendengar kata-kata mama, rasa kasihanku kepada baba semakin mendalam. Itu menyebabkan hatiku gelisah memikirkannya. Macam mana kalau masalah ini boleh menjejaskan kesihatannya? Itu yang paling aku risaukan. Beberapa bulan lepas pun baba pernah masuk ke wad kerana exhaustion. Doktor juga berpesan supaya baba tidak terlalu stres dan banyakkan berehat tapi itulah, baru sehari pulang ke rumah, dia dah kembali ke pejabat.
Sekarang ni bertambah pula masalah mama tu. Mesti stresnya semakin mencengkam. Tetapi aku harap dia bertabah dan aku tahu baba seorang yang kuat. Aku hanya mampu mendoakan kebahagiaan dan kesihatan buat baba.
"Cik Ana, kalau cik ada masalah, cik tak kisah nak meluahkan, saya boleh menjadi pendengar cik Ana. Zidan, Irham dan abang Atiq orang-orang yang paling cik Ana percaya pun sudi mendengar. Cik tak perlu pendam seorang diri sebab nanti cik Ana tertekan. So, better if you let it out. Kalau tak pun dengan kitorang, Allah sentiasa ada. Sentiasa mendengar luahan, permintaan hambaNya. Walau apa pun yang ada dalam fikiran kita, Allah tahu. Ini semua ujian saja, cik." Penuh lembut Daniel berbicara. Kata-katanya menyentuh jiwaku. Terasa seperti masih ada yang mempedulikan aku. Aku hanya memandangnya sayu. Tanpa kusedari air mataku mula memenuhi kelopak mata.
Daniel juga memandangku dengan pandangan yang aku tidak dapat tafsir. Tiada senyuman atau apa-apa di wajahnya kecuali wajahnya amat meyakinkan aku yang dia amat memaksudkan apa yang telah dituturnya.
"Thank you, Daniel. I appreciate your words." Dia tersenyum menangguk, menampakkan lesung pipitnya yang baru pernah aku perasan. Tidak tahu mengapa, setiap kali bersama Daniel, walaupun aku gemuruh bila dengannya, tapi aku tetap berasa selamat.
"Boleh tak, awak jangan panggil saya cik? Saya rasa sekarang masanya awak panggil saya panggil dengan nama saya sendiri." Tiba-tiba aku terfikir akan hal nan satu itu. Kadang-kadang aku tak suka la dengan panggilan 'cik' tu.
"Nak panggil apa? Nurana Azzera, Nur ke Ana? Ke Azzera?" Tuturnya dalam nada bergurau.
"Panggil Ana macam biasa."
"Nak panggil Nur boleh?" Permintaan luar biasa itu membingungkan aku. Tiba-tiba je. Daniel menantikan jawapanku sambil kepalanya memiring menilik wajahku. Janganlah buat macam tu Encik Daniel oi! Ponat la hati ni rasa macam maraton dari tadi.
"Er, apa-apalah. Asal tak panggil saya dengan 'cik'. Saya tak suka." Dia mengulum senyum.
"Okey....Nur." Tuturnya sambil tersengih panjang. Kemudian dia memandang jauh ke hadapan.
Aku terkesima melihat ketampanan Daniel petang itu. Kenapa eh dengan lelaki ni? Dia bagi aku sebuah perasaan yang aku tak pernah rasa sebelum ni. Hm, kenapa pula dengan aku?
Sedang aku melayan perasaan, kami diganggu sebuah suara yang aku amat kenal.
"Amboi, dating berdua tak ajak kita." Zidan sudah tercegat di tepi pangkin belakang aku.
"Huh, nak dating buat apa ajak kau!" Aku terkedu mendengar jawapan Daniel. Dia mengaku kitorang dating. Eh! Lain maciam ni! Pipiku memerah semula. Abang Zidan buat-buat terkejut sambil melopong. Tangannya dirapatkan ke mulut.
"Oh, my! Nanti aku repot kau kat abang Atiq and boss! Siap kau, nyah!" Zidan mengugut sambil berlagak seperti reporter 'sotong'. Ei! Geli aku! Badan sado buat perangai macam tu! Apo!
Daniel tersengih sebelum mengangkat punggung dan mula berkejaran dengan Zidan macam pasangan bahagia. Pecah perut aku ketawa. Ghisau aku dengan diorang ni! Tetapi, hatiku yang tadi gusar, berasa bahagia sedikit dengan melihat keletah mereka yang kebudak-budakan.
YOU ARE READING
D A N I E L
Teen FictionHidup aku memang dikawal oleh Baba sejak dulu lagi. Sampai usia aku 22 tahun ni, aku masih dikawal. Kawal macam mana tu? Baba dah letak pengawal peribadi keliling pinggang aku. Bunyi macam hutang, kan? Tapi itulah, kasih seorang ayah. Pekerjaan Baba...