Pagi itu, aku ditemani oleh Baba ketika bersarapan. Mama pula hilang entah ke mana. Eloklah! Aku pun tak nak hadap dia pagi-pagi ni.
"Ana ada kelas ke hari ini?" Soalan Baba memecahkan kesunyian di ruang makan itu.
"Tak ada, Ba. Next week kan dah nak exam. Jadi, minggu ni, study week dah bermula." Jawabku sambil menguis-nguis nasi lemak di pinggan.
Baba hanya mengangguk-ngangguk kepalanya.
"Lepas ni, teman Baba pergi office, eh?"
Aku membuat muka pelik mendengar permintaan Baba. Sebuah ketawa kecil kulepaskan."Kenapa pula nak berteman ni, Ba? Tak cukup ke bodyguard Baba?" Ujarku sambil bercanda.
"Adalah, Baba ada benda nak bincang dengan anak Baba yang cantik, comel macam bintang filem ni." Terang Baba sambil menyuapkan nasi lemak ke dalam mulutnya.
"Ya, ok. Ana ikut Baba nanti."
"Itulah Baba sayang puteri Baba ni!" Gurauan Baba aku sambut dengan tawa.////////////////////////\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\
[DANIEL]
Aku melihat penampilan diriku di cermin dalam tandas mewah itu. Hari ini hari pertama aku masuk bekerja. Dah setahun lebih aku 'berehat'. Ada baiknya aku ditawar bekerja di sini.
Setelah berpuas hati dengan penampilan sendiri, aku keluar melangkah ke tempat menunggu yang diarahkan oleh penyambut tetamu tadi.
Sedang aku sibuk memeriksa semula resume, suara riuh seseorang mematikan perbuatanku. Seorang lelaki dalam lingkungan 50-an dan seorang gadis yang mungkin sebaya aku atau lebih muda sedang bergurau mesra. 'Sugar Daddy' dia ke? Cun juga budak tu!
Malas hendak ambil tahu, aku menyambung kerjaku yang tertangguh tadi. Setelah beberapa ketika menunggu...
"Encik Daniel, sila ikut saya, sekarang."
Seorang lelaki yang bersut hitam memanggil namaku. Aku apa lagi, ikut sajalah ke mana dia nak bawa aku.Kami masuk ke dalam sebuah ruang yang aku sangka sebuah bilik mesyuarat. 'All Black' tema bilik ini! Sampai langsir pun warna hitam. Memang syarikat sekuriti betul-betullah ni!
Di dalam ruang itu, seorang lelaki dan gadis yang aku nampak tadi sedang berbual-bual. Perbualan mereka terhenti apabila lelaki yang menjemput aku tadi bersuara.
"Tuan Hairi, rekrut baru kita, Daniel." ujar lelaki itu.
"Ah, ya... terima kasih, Atiq." ujar lelaki separuh umur itu.
Dia menjemputku duduk berhadapan dengannya. Gadis tadi hanya mendiamkan diri di sebelahnya sambil bermain handphone.
"Boleh saya tengok resume kamu?"
"Boleh, tuan." Aku menghulurkan sebuah fail berwarna coklat cair kepadanya.Dia membelek-belek sebelum berkata,
"Daniel Hadier Lim Abdullah. 27 tahun, pernah bersekolah di Maktab Tentera Diraja, ya?""Ya, tuan." Jawabku pendek. Gugup sebenarnya. Setahun aku bercuti, semakin nervous pula nak interview ni.
"Selepas tamat maktab, awak terus masuk ke Universiti Pertahanan. Lepas tu awak training tentera dan direkrut selama 8 tahun." Tuan Hairi berjeda sebentar. Aduh, janganlah dia tanya kenapa aku berhenti setahun tu!
"8 tahun, ertinya awak berhenti waktu umur 25 tahun lah ya? And sekarang awak 27 tahun. Setahun lepas awak buat apa?" Soalan yang paling aku tak nak jawab akhirnya diutarakan juga.
"Err, sebenarnya, saya berhenti sebab err, masalah keluarga yang tak dapat dielakkan. " Jawabku lurus. Aku dah prepare awal jawapan yang aku rasa munasabah didengar.
YOU ARE READING
D A N I E L
Teen FictionHidup aku memang dikawal oleh Baba sejak dulu lagi. Sampai usia aku 22 tahun ni, aku masih dikawal. Kawal macam mana tu? Baba dah letak pengawal peribadi keliling pinggang aku. Bunyi macam hutang, kan? Tapi itulah, kasih seorang ayah. Pekerjaan Baba...