B A B 6

10 0 0
                                    

"Time's up. Please stop writing." Suara Profesor Anthony memecahkan kesunyian. Bermakna tamatlah peperiksaan semester kedua aku. Tapi ada lima semester lagi yang aku kena hadap. Owu...No!!!

Dengan pantasnya aku meninggalkan dewan peperiksaan setelah kertas dikutip. Kakiku melangkah laju menuju ke kafeteria. Faqihah yang sudah tamat dahulu peperiksaannya sedang menanti aku di hujung kafeteria sambil berborak dengan rakan-rakan sekelasnya.

"Assalammualaikum," sapaku mesra. Mereka menjawab salamku lalu mengajak aku untuk duduk bersama.

"Cuti ni, korang pergi mana?" Tanya Elisa sambil mencicip air sirap bandungnya. Kecur liur aku tengok. Aku tak order air atau makanan memandangkan sebentar sahaja lagi abang Atiq akan menjemputku. Kalau tak, dah lama aku minta Nasi Lemak Mak Dara yang tiada tandingannya itu!

" Aku balik kampung akulah di Sabah sana. Kalau ndak balik, kena marah aku nanti." Tutur Wahdina dengan slang Sabahnya.

"Aku pun balik Kedah. Lama dah aku tak jumpa tok wan aku! Rindu!" Iman pula bersuara.

"Kau, Qihah?" Soalku kepada Faqihah pula yang asyik sangat makan aiskrim Milo.

"Kak Ina nak bawa aku pergi Pulau Pinang. Nak holiday sana. Aku ikut jelah." Jawabnya bersahaja. Aku mengangguk faham. Bestnya! Getus hati kecilku.

"Kau pulak?" Serentak mereka berempat bertanya kepadaku. Aku hanya menyengih sambil menggeleng-gelengkan kepala.

"Kau pergi Maldives ke? Ke Paris or New York? Ke kau nak pergi Korea?" Berbagai-bagai soalan keluar dari mulut Elisa. Macam machine gun!

"Tak adalah. Aku stay at home je." Ujarku lurus. Baba pun busy, jadi memang takkan pergi bercuti mana-mana pun. Jawabnya aku bercuti dalam bilik sajalah.

"Wei, takkanlah! Cuti sem lama kut! Kau punyalah banyak duit nak fly sana sini, tak ada pergi mana-mana pulak. Peliknya?" Ujar Iman dengan laju. Sambil melayang-layang tangannya. Eh, minah kedah ni! Laju je mulut dia tukan!

"Baba aku busy la, Man. Dia banyak kerja. Mungkin aku pergi jumpa Tok Ma dan Tok Aba aku saja kut." Terangku perlahan.

"Takpelah, Ana. Kau bila-bila saja dapat pergi bercuti. Aku ni kena kerja pulak cuti ni." Elisa berkata-kata. Dia menunduk sambil memintal tudungnya.

"Kerja untuk menambah ilmu, takkan rugi, El." Pujukku kepada Elisa sambil menggosok lengannya. Aku faham dia penat untuk bekerja tetapi dia terpaksa untuk menanggung perbelanjaannya.

Tambahan pula, Elisa ni dari kecil yatim piatu. Dia tinggal dengan ibu saudaranya. Setahu aku, ibu saudara dia tu baik orangnya. Tak pernah sekali pun dia membeza-bezakan Elisa dengan anak-anaknya sendiri. Tetapi Elisa yang berkeras mahu cari pendapatan sendiri. Segan hidup menumpang katanya.

Beberapa minit kemudian, sebuah kereta Subaru Impreza berwarna hitam metallic parkir di tepi kafeteria, berhampiran tempat kami sedang melepak. Seorang jejaka keluar daripada perut kereta itu. Wajah adikku, Putra menjamu mata. Eh, buat apa budak ni datang sini?

Dia menanggalkan kaca mata hitamnya sebelum melambai ke arahku.
"Akak!" Dengan cerianya dia menyapa aku yang sedang pending sekarang ni.

"Kau buat apa datang sini?" Soalku laju sambil memeluk tubuh.

"Adik ditugaskan untuk jemput akak. Arahan daripada Baba dan abang Atiq." Terangnya sambil tersengih-sengih kepada kawan-kawanku. Kawan-kawan aku kecuali Faqihah yang tak pernah jumpa adik aku yang seorang ni pun langsung terpinga-pinga.

"Kenapa pula kau yang jemput aku. Daniel mana?"

"Huh? Daniel? Who's Daniel? Baru dua minggu lebih adik hilang, akak dah ada boyfriend? Lajunya."

D A N I E LWhere stories live. Discover now