Minggu exam sudah bermula, hari ni, paper yang mencabar keimanan dan kecerdasan otak aku akan aku hadapi, Microbiology and Immunology! Stress mak!!!
Dari minggu lepas aku study susah betul nak masuk! Apa taknya, aku pergi library Daniel yang 'temankan', aku study dengan Faqihah pun, dia ikut sekali. Rimas aku dibuatnya! Bukannya rimas apa pun, cuma dup dap dup dap jugalah hati perempuan aku ni!
Dia punya aura tu lain macam tau! Bukan dia ada bela saka ke apa ke, cuma entahlah! Keseriusan dia dalam bekerja dan menjaga aku ni, membuatkan aku terkedu, tergamam dan macam-macam 'ter' lagilah! Uish, ayat tak menahan betullah, Ana ni!!
Aku melihat sekelilingku dalam Dewan Tengku Asmadi Jaya itu, tempat peperiksaan bagi pelajar perubatan. Ada yang tergamam, ada yang menggaru-garu kepala, ada yang melopong tengok paper macam nak tembus dan ada juga yang dah melentokkan kepala atas meja. Kejap lagi mesti kena sound tu! Tidur pula masa exam penting macam ni.
Aku pula dah hampir habis, cuma ada dua soalan terakhir ni aku bengong sikit nak menjawabnya. Macam mana ni, eh? Aku mengetuk-ngetuk pen di dagu. Jam di tangan di pandang sekilas, 12.30 pm, ada 20 minit lagi! Wahai otak, tolonglah berfikir! Berbulan-bulan, berminggu-minggu belajar takkanlah tak ada satu pun yang bersangkut-paut dengan dua soalan ni.
Hesy! Ini semua Daniel punya pasal! Eleh, nak salahkan Daniel pula, kau yang tak fokus! Dia berdiri sebelah kau je, bukannya bergesel pun dekat kau! Hatiku mengutuk diri sendiri. Aku tersengih kecil. Hehe! Memanglah dia tak kacau tapi, aku ni ha! Nervous semacam.
Tik tok tik tok waktu berdetik, akhirnya tamat juga peperiksaan yang hampir meragut nyawaku! Chait!!
Aku keluar daripada dewan dengan langkah yang lemah. Sambil itu tanganku memusing penutup botol mineral lalu air kutelan dengan rakus. Haus sangat! Exam tadi memang betul-betul menyerap air yang terkandung dalam badan aku ni."Nurana, wait for me!" Siapa pulak yang panggil nama sedap aku ni! Aku toleh ke belakang, seorang gadis berbaju kurung dan bersneakers berlari-lari anak ke arahku. Aku menutup tudung botol mineralku tadi. Oh my God! Terlupa pulaklah sahabat baik aku ni!
"Kenapa kau tinggalkan aku?" Dengan nada sedih cik Faqihah ni bertanya kepadaku. Peluh di atas dahi yang terselindung oleh tudung bawalnya dikesat dengan tisu.
"Sorry, beb. Aku lupa tadi! Paper susah punya pasal, semua benda aku lupa." Ujarku sambil memaut lengannya.
"Ek eh, aku ni benda ke?" Dia menjegilkan matanya kepadaku. Aku hanya tersengih. Kalau dengan minah ni susah nak bertekak. Huhu!
"Dahla, jom pergi solat lepastu kita mamam. Laparlah!" Pujukku manja sambil menggosok-gosok perutku. Dia mencebik ke arahku.
"Huh, nak pujuk aku le tu! Jomlah!"
Aku menayangkan gigi putihku kepadanya. Kami berdua pun lalu bergandingan tangan untuk ke surau. Lagak macam pasangan bahagia je! Hahaha!Sedang kami elok menjamu selera di kafe setelah menunaikan kewajipan kepadaNya, bunyi suara yang amat tidak mahu didengari mengisi ruang kafe itu.
" Girls, hari ni, you all order je anything, I yang bayar, ok?" Salina aka Sally and The Gurls membuatkan seisi kafe menyampah. Ada jugalah yang tangkap leleh dengan mereka tapi lebih banyak yang mengutuk dan meluat! Hahaha!
"Huh, menunjuk saja kerjanya! Macam takda life je!" Faqihah menunjukkan riak menyampah. Dia mengacau air laici dengan kasar sampai terpecik ke arah aku.
"Hesy, kau ni! Biarlah diorang, buat tak tahu je. Kacau air tu baik-baikla sikit, habis kena baju aku ni!" Ujarku bernada geram. Bukan geram apa, aku tak naklah baju aku ni terpecik air laici dia tu. Kang ada bekas, tak vogue lah! Haiks!
YOU ARE READING
D A N I E L
Teen FictionHidup aku memang dikawal oleh Baba sejak dulu lagi. Sampai usia aku 22 tahun ni, aku masih dikawal. Kawal macam mana tu? Baba dah letak pengawal peribadi keliling pinggang aku. Bunyi macam hutang, kan? Tapi itulah, kasih seorang ayah. Pekerjaan Baba...