PROLOG 🌿

7.6K 241 9
                                    

-You're the moon, she the star and I'm just a telescope watching you both shine -

🌿

🌿

Eshal terduduk di atas lantai. Dia tidak tahu bagaimana mahu menerimanya lagi.

"Maaf. Walau macam mana sekalipun, dekat hati aku cuma ada Ainul," ujar Muaz.

"Lepaskan saya Muaz. Jangan biarkan Ainul bersedih," balas Eshal dengan air mata yang ditahan.

"Aku tak akan lepaskan kau selagi aku tak berkahwin dengan Ainul. Kau jalankan sahaja tugas kau sebagai isteri aku," ujar Muaz dan berlalu pergi.

Air mata yang jatuh ke lantai. Itulah perasaannya saat itu. Dia mengharapkan sesuatu yang bukan miliknya dan dia sedar dia perlu kuat untuk menerimanya.

🌿

"Terima kasih Eshal. Tanpa awak, saya dengan Muaz tak mungkin dapat bersatu," ujar Ainul.

Tangan Eshal dipegang lembut sebagai tanda terima kasih dan bersyukur.

"Asalkan Muaz bahagia, saya juga begitu. Saya harap awak dapat bahagiakan Muaz."

Melepaskan dengan ikhlas adalah satu titik di mana hati kita sudah redha dengan segalanya.

🌿

"Mama kecewa dengan Muaz. Muaz nak sangat kan dekat Ainul. Pergilah bernikah dengan dia. Menantu mama hanya seorang. Eshal Fakhira. Ingat tu Muaz," ujar Puan Sharifah.

"Mama. Maafkan Muaz. Muaz salah," rayunya sambil bersujud di kaki Puan Sharifah.

"Dah tak ada guna Muaz. Kau pergi uruskan majlis kau sendiri. Mama tak nak terlibat sama. Hati mama kuat merasakan yang Ainul tu bukan yang terbaik buat kamu."

Puan Sharifah lantas naik ke biliknya. Dia tidak menyangka anak tunggalnya itu sanggup membuatnya seperti itu.

🌿

Ehsal duduk termenung di sebuah bangku di tepi pantai. Angin pantai yang menyapa pipinya membuatkan dirinya terasa nyaman.

"The sunset is beautiful isn't it," ucapnya perlahan.

"Yes. But the moon is beautiful isn't it," balas seseorang.

Eshal hanya tersenyum apabila mendengarnya. Dia tahu maksud disebalik ayat itu.

EPILOG ESHAL FAKHIRA [ TERBIT ]Where stories live. Discover now