BAB 1 🌿

3.8K 186 3
                                    

You're the moon, she the star and I'm just a telescope watching you both shine

🌿

🌿

"Aku keluar dengan siapa, bukan hal kau. Aku dah cakap banyak kali kan. Jangan masuk campur urusan aku," ucap Muaz dengan nada yang agak kasar.

Eshal hanya mengunci mulutnya. Salahkah dirinya untuk bertanya kemana suaminya pergi. Perkara itu sering dihadapnya apabila menunggu suaminya pulang.

"Saya hanya bertanya. Saya risau jika berlaku sesuatu yang buruk pada awak," jelas Eshal.

"Tak payah nak caring sangat. Aku bukan ada hati dekat kau pun. Jangan kacau aku nak tidur," ucapnya dan lantas menuju ke biliknya.

Eshal mengeluh perlahan. Dia sedar sejak dari mereka berkahwin, Muaz tidak pernah bersikap lembut dengan dirinya. Muaz juga pernah memberitahunya tentang kekasihnya.

Walaupun perkahwinan mereka adalah aturan keluarga, dia juga berharap supaya Muaz dapat menerimanya. Tetapi sayangnya hati Muaz sudah berada di tangan perempuan lain.

🌿

Eshal menunggu sementara studentnya masuk ke dalam kelas. Dia merupakan sebuah pensyarah di sebuah institusi yang agak terkenal.

Semua pelajarnya mengambil tempat duduk masing-masing apabila melihat Eshal membuka slide di hadapan.

Pembelajaran pada hari itu berjalan dengan lancar. Eshal berusaha sehabis mungkin untuk memberi kefahaman kepada mereka semua. Itulah ilmu yang harus dia kongsikan kepada mereka sebagai seorang pengajar.

Selesai kelas, dia mendapat panggilan telefon daripada Muaz. Dengan segera dia mengangkat telefon tersebut.

"Assalamualaikum Muaz," ucapnya dengan lembut.

"Kau kat mana hah? Aku dah cakap kan pergi teman mama harini. Kau lupa ke?" Jerkah Muaz tanpa menjawab salam.

Eshal mengurut dadanya kerana terkejut. Dia tahu bagi Muaz, segalanya adalah salahnya. Semuanya akan dipersalahkan kepadanya.

"Kan saya dah cakap, harini saya ada kelas. Awak lupa? Awak juga cakap yang awak akan teman mama harini," balasnya.

"Kau tak buka whatsapp ke? Aku dah cakap kan, aku kena teman Ainul harini. Haish. Kau pergi rumah mama sekarang. Jangan sampai aku kantoi keluar dengan Ainul," ucap Muaz dan menamatkan panggilan telefon itu.

Eshal terkedu buat seketika. Dirinya yang terkejar kerana kelas pada pagi itu tidak sempat untuk membuka whatsappnya lagi

Dia mengeluh perlahan apabila membaca chat daripada Muaz pada pagi itu. Hanya kerana Ainul mahu pergi ke sebuah butik, Muaz sanggup meninggalkan kerjanya.

Malah dirinya dipaksa untuk mengantikan temujanji bersama mamanya. Dia tahu semua itu tidak adil bagi dirinya. Tetapi dia tidak berani untuk mempertahankan haknya itu. Semuanya akan ditengking dan dijerkah oleh Muaz semula.

🌿

Eshal berlari anak masuk ke dalam rumah. Mujurlah petang itu, dia tidak mempunyai kelas.

Puan Sharifah yang baru melihat Eshal muncul sendirian berasa pelik. Kemana perginya anaknya itu?

"Eshal? Kenapa kamu di sini? Muaz dekat mana?" Soal Puan Sharifah selepas Eshal menyalami tangannya.

"Oh. Abang Muaz cakap dia ada meeting penting. So dia minta Eshal gantikan tempat dia," jawabnya dengan nafas turun naik.

Puan Sharifah mula berasa tidak sedap hati. Dia tahu Muaz pasti mencari alasan untuk tidak bertemu dengan dirinya. Dia berasa kasihan apabila melihat Eshal yang tercungap-cungap kerana berlari.

"Eshal kan ada kerja juga. Kenapa paksakan diri untuk datang."

"Tak apa mama. Eshal tak de kelas petang ni. Jadi Eshal boleh teman mama pergi rumah Maklong."

"Hmm. Okay la kalau macam tu Eshal teman mama ya. Jom kita pergi."

Eshal hanya tersenyum dan menuruti langkah Puan Sharifah ke arah kereta. Mujurlah Puan Sharifah menyuruh pemandunya untuk memandu, dapatlah dia berehat seketika.

Sampai di sebuah rumah, Puan Sharifah menggerakan tubuh Eshal yang terlena. Berkali-kali Eshal meminta maaf kepada Puan Sharifah kerana terlena. Mujurlah Puan Sharifah tidak mengambil pusing akan hal tersebut.

"Cantiknya menantu kau Iffah," puji Datin Huda.

"Alhamdulillah. Rezeki aku dapat menantu cantik baik macam si Eshal ni." Puan Sharifah juga berasa bangga apabila kakak sulungnya itu memuji menantunya.

"Mana Muaz? Tak nampak pun dia?"

"Dia ada meeting petang ni. So dia tak dapat datang," balas Puan Sharifah. Dia tidak selesa untuk menjawab pertanyaan tersebut.

Eshal yang mengunci mulut dengan mempamerkan sebuah senyuman sahaja. Jika Puan Sharifah mengetahui bahawa Muaz keluar dengan Ainul, sudah pasti Puan Sharifah akan mengamuk.

"Tak apa la kalau macam tu. Eshal jemput la makan ya. Jangan segan-segan." Datin Huda segera mempelawa mereka berdua ke dalam.

Puan Sharifah menarik lembut tangan Eshal supaya mengikutnya masuk ke dalam. Itu lah kali pertama Eshal pergi ke rumah maklong Muaz itu.

Seorang isteri kepada seorang Dato' yang terkenal. Cukup gah hiasan rumah tersebut. Sama tanding dengan rumah Puan Sharifah.

Sedang Eshal makan di meja itu, telefonnya berbunyi nyaring. Dengan segera dia menjawab panggilan itu apabila berada di kawasan yang agak sunyi daripada orang lain.

"Ya Muaz," jawabnya dengan nada perlahan.

"Macam mana? Kau dah ada dekat situ belum?" Soalnya dengan nada tinggi.

"Ya. Saya dah ada dekat sini."

"Bagus. Kau pandai-pandai la bawa diri dekat situ. Aku tak balik malam ni. Jadi jangan tercongok dekat ruang tamu." Muaz lantas menamatkan panggilan tersebut.

Sebuah rasa sakit mula menerpa diri Eshal. Kasarnya bahasa seorang suami kepada seorang isteri. Tidak bolehkah Muaz bercakap dengan nada lembut kepadanya.

Air mata yang mula keluar dikesat lembut oleh Eshal. Dia tetap perlu menghadap perkara itu selagi dirinya mampu. Saat Muaz menceraikan dirinya kelak, dia akan bebas dari luka tersebut.

Tanpa membuang masa, dia meletakkan semula telefonnya ke dalam bag dan masuk ke dalam. Majlis tahlil pada malam itu juga sudah hampir bermula.

🌿

Tahlil tersebut dipimpin oleh seorang lelaki. Suara lelaki yang lunak itu menarik perhatian Eshal yang duduk di bahagian belakang.

Dia juga tidak tahu kenapa hatinya berasa tenang saat lelaki itu mengalunkan bacaan Yasin.

Terasa semua masalahnya lesap saat itu. Dan fikirannya hanya di majlis tahlil yang diberkati itu sahaja.

"Sedap sungguh suara anak Datin Halwa," puji seorang aunty yang duduk berhampiran dengan Eshal.

"Dengarnya baru balik dari New Zealand. Tapi bacaan dia masih sempurna," tambah rakannya pula.

Eshal yang memasang telinga mengangguk perlahan. Dia juga bersetuju dengan suara sang pemilik itu. Lunak dan bacaan yang lancar.

Walaupun sudah berada di luar negara, pegangan lelaki itu terhadap agamanya masih kuat. Eshal memuji sikap lelaki tersebut kerana berjaya mempertahankan imannya walaupun berada di negara luar.

Majlis tahlil itu selesai selepas jamuan makan. Puan Sharifah sempat memperkenalkan Eshal kepada rakannya yang lain. Eshal sudah berasa mahu meletup kerana terasa segan dengan semua orang.

Tanpa dia sedar, ada satu mata yang memerhati setiap gerak gerinya dari awal.

EPILOG ESHAL FAKHIRA [ TERBIT ]Where stories live. Discover now