BAB 6 🌿

2.3K 146 11
                                    

Muaz meletakkan begnya di dalam bilik penginapan itu. Eshal juga melakukan perkara yang sama.

Mereka berdua hanya berdiri kaku apabila melihat katil di dalam bilik itu yang dipenuhi dengan kelopak bunga ros dan dua swan putih.

"Geli la aku," ucap Muaz dan mengambil swan putih itu dan dicampak ke dalam almari. Kelopak bunga ros di atas katil juga ditolak ke tepi.

Eshal hanya mengeluh perlahan. Perit hidupnya jika perlu melayan sikap Muaz seperti itu di situ.

"Aku nak rehat. Kau pergi la buat apa yang kau nak. Asalkan jangan ganggu aku," halau Muaz dan berbaring di atas katil.

Eshal hanya mengangguk dan mengeluarkan pakaian untuk ditukar. Dia mahu membersihkan dirinya dahulu.

Selesai membersihkan dirinya, Eshal mengelengkan kepalanya apabila melihat Muaz yang sudah lena. Dia juga berasa tidak selesa kerana Muaz tidak menunaikan solat asar.

Malas untuk bertekak dengan Muaz, dia memilih untuk pergi ke pinggir pantai seorang diri. Muaz juga bukannya kisah tentang dirinya.

🌿

Eshal membuka sebuah buku. Ditemani dengan angin pantai, fokusnya kepada buku itu adalah yang utama.

Dia berasa lega kerana dapat berehat di situ. Walaupun dirinya masih bersedih dengan pemergian ibunya, hatinya sering memujuk supaya menjadi lebih kuat. Dia juga sentiasa ingat dengan kata-kata Ibunya yang mahu dirinya sentiasa kuat dalam seluruh perkara.

Sedang dia membaca buku di buaian itu, dia terdengar bunyi suara orang menjerit dari arah pantai.

Terbeliak mata Eshal apabila melihat seorang remaja perempuan terkapai-kapai di situ. Tanpa membuang masa dia berlari ke arah pantai. Bukunya juga diletakkan di atas buaian itu.

Beberapa orang yang turut mendengar jeritan remaja itu juga berlari ke arah pantai.

Eshal sedaya upaya cuba menyelamatkan remaja perempuan itu. Mujurlah dia cekap dalam berenang. Eshal juga hampir dibawa arus ombak yang agak kuat itu.

Mujurlah muncul seorang lelaki yang membantu menarik mereka berdua ke pinggir pantai.

Ayah kepada remaja itu segera melakukan cpr kepada anaknya. Suasana menjadi agak kalut kerana wajah remaja itu hampir memucat.

Akhirnya, remaja itu menyembur air laut yang ditelan. Menangis-nangis si bapa apabila memeluk anaknya yang sudah sedar.

Eshal memeluk tubuhnya kerana berasa sejuk. Mujurlah dia sempat memegang remaja itu daripada pergi lebih jauh.

Lelaki yang membantu mereka sebentar tadi bergerak ke arah Eshal. Sebuah tuala dihulurkan kepada Eshal. Eshal mula bingung dengan situasi itu.

"Saya rasa better awak tutup dada awak. Baju awak agak nipis," ucapnya dan memandang ke arah lain.

Eshal yang mendengar ayat lelaki itu segera mengambil tuala yang dihulur. Dengan pantas dia menutup bahagian dada dan punggungnya. Wajahnya juga sudah merah kerana melihat lelaki itu yang menggaru kepala kerana malu.

"Terima kasih adik. Terima kasih sebab selamatkan anak pakcik," muncul bapa kepada remaja itu.

"Sama-sama pakcik. Tugas kami juga dalam membantu orang yang memerlukan," ucap Eariq.

Eshal yang mendengar hanya mengangguk. Dia bersetuju dengan kata-kata Eariq.

Pakcik itu lantas berasa lega. Dia sempat meminta izin untuk membawa anaknya pulang ke penginapan mereka. Beberapa pengunjung yang lain juga mula beredar dari situ.

Kini, hanya Eshal dan Eariq sahaja di situ. Suasana kekok mula menerpa mereka berdua.

"Errr. Saya balik tempat penginapan saya dulu ya. Nanti saya pulangkan tuala ni," ucap Eshal dan mahu membuka langkah.

"Kejap awak. Saya nak tahu nama awak....Silap..saya nak tahu dekat mana awak nak bagi tuala tu nanti."

Eariq mengeluh sedikit apabila tersalah cakap.

"Dekat buaian tu boleh?" Balas Eshal dan menunjukkan ke arah buaian yang di duduk sebentar tadi.

Eariq yang melihat buaian tersebut lantas mengangguk.

"Okay. Bila ya?"

"InsyaAllah pagi esok boleh?"

Dia risau Muaz akan memarahinya jika dia keluar pada waktu malam.

"Boleh boleh. Esok saya ke situ."

"Terima kasih ya. By the way, nama saya Eshal," ucap Eshal dan berlalu pergi.

Eshal juga sempat melemparkan senyuman kepada Eariq.

Eariq terpegun seketika apabila melihat senyuman Eshal.

"Eshal..." Ucapnya dengan nada lembut.

🌿

Eshal menutup pintu perlahan-lahan. Risau jika Muaz terjaga. Tetapi nasibnya agak malang kerana Muaz sudah bangun.

"Kau dari mana ni ha?! Basah habis baju? Nak cakap hujan, kemain cerah dekat luar," marah Muaz.

"Err. Saya pergi ke pantai tadi. Tadi ada orang..." belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Muaz sudah memotong.

"Ouh. Kau pergi mandi dengan jantan dekat pantai tu eh? Makin galak kau sekarang," sindir Muaz. Pedas.

"Ya Allah awak. Saya tak habis cakap lagi kan. Cuba dengar saya jelaskan dulu."

Eshal juga terkejut apabila Muaz menuduhnya seperti itu. Seolah-olah dirinya itu murah.

"Tak payah. Mentang-mentang aku tidur dalam bilik boleh la kau pergi goda lelaki lain kan. Baguslah kalau macam tu. Prepair awal untuk calon suami kau seterusnya. Tak la kau merana nanti," balas Muaz dengan nada sindiran.

"Muaz. Sampai hati awak cakap macam tu dekat saya. Saya cuma pergi selamatkan orang lemas je tadi. Tak pernah terdetik nak pikat lelaki lain. Saya masih tahu nak menjaga maruah saya," ucap Eshal untuk mempertahankan dirinya. Dia cukup terasa dengan kata-kata Muaz saat itu.

"Tak payah nak raih simpati daripada aku. Kau nak buat apa pun. Ikut suka hati kau la. Aku bukannya hamak sangat dengan tubuh kau. Aku nak kau keluar dari bilik ni. Pergi check in dekat bilik lain. Menyemak je."

Eshal terkedu saat itu. Air mata yang ditahan akhirnya tumpah juga. Dengan rasa berat hati dia mengambil beg pakaiannya dan keluar daripada situ.

Muaz mendengus kasar. Dia berasa geram kerana Eshal yang menjawab setiap bicaranya. Dia berasa sakit hati apabila melihat Eshal yang keluar daripada bilik tanpa meminta izin darinya dahulu. Makin besar kepala. Itu andaiannya.

🌿

Eshal membuka matanya apabila alarm telefonnya berbunyi. Dia sudah berpindah ke bilik penginapan yang lain. Biarlah dia duduk di situ daripada memandang wajah Muaz yang ketat.

Lama Eshal merenung matanya yang sembab di cermin bilik air. Disebabkan hal semalam, dia menangis sepuas-puasnya. Hatinya cukup terasa apabila disindir oleh Muaz. Orang yang disukainya berkata seperti itu. Terasa ditoreh hatinya.

Selesai memakai mekap di muka, Eshal mengemaskan tudungnya. Dia masih ingat dengan janjinya semalam.

Tuala yang diberi oleh seorang lelaki yang menolongnya pada hari semalam, diambil oleh Eshal. Dia sudah melipat dengan kemas tuala itu. Dia tidak sangka tuala itu milik lelaki itu kerana berfikir tuala itu kepunyaan pihak hotel sahaja.

Tetapi selepas melihat ukiran nama di tuala itu dia yakin tuala itu cukup bermakna bagi si pemilik.

"Thaqif," ucapnya perlahan.

Eshal tersenyum apabila membaca nama itu. Sesuai dengan si pemegang nama.

Tanpa membuang masa, Eshal lantas keluar dari biliknya. Dia mahu memberikan tuala itu dengan segera. Dia tidak mahu berurusan tentang hal kecil itu dengan lelaki lain.

EPILOG ESHAL FAKHIRA [ TERBIT ]Where stories live. Discover now