Eshal duduk di ruang tamu sementara menunggu kepulangan Tan Sri Badrul. Dia juga mula berasa tidak senang apabila Puan Sharifah menghubunginya untuk datang ke rumah mereka.
"Eshal duduk rehat dulu ya. Kejap lagi papa sampai." muncul Puan Sharifah dengan beberapa kuih.
"Mama tahu ke sebab apa papa nak jumpa Eshal?"
"Mama pun tak pasti Eshal. Rasanya dia nak berbual dengan Eshal je."
Eshal mengangguk faham dan hanya mendiamkan diri. Dia berharap Tan Sri Badrul tidak bertanya tentang Muaz. Dia berasa bersalah untuk menipu Tan Sri Badrul tentang sebab Muaz ke Bali.
"Macam mana dengan kerja Eshal? Semuanya okay?" Soal Puan Sharifah.
"Alhamdulillah. Semuanya baik-baik sahaja mama."
"Baguslah kalau macam tu. Selagi kamu tak mengandung, kerja kamu tak de la letih sangat kan."
Eshal hanya tersenyum kekok apabila mendengar perkataan mengandung. Tidak mungkin Muaz akan menyentuhnya.
Tidak lama selepas itu, muncul Tan Sri Badrul yang baru tiba ke rumah. Eshal sudah berasa berdebar apabila melihat Tan Sri Badrul duduk di sebelah Puan Sharifah.
"Eshal sihat?" Soalnya sambil menanggalkan tali leher.
"Alhamdulillah. Sihat papa."
Eshal sudah berasa pelik dengan soalan-soalan Tan Sri Badrul.
"Macam ni Eshal. Papa panggil ke sini sebab nak tanya tentang Muaz."
Saat nama Muaz disebut, perasaan Eshal sudah berubah. Adakah dia berjaya memanipulasi Tan Sri Badrul saat itu?
"Kenapa papa?"
"Ada pekerja papa beritahu yang dia ternampak Muaz dengan seorang perempuan dekat mall hari itu. Eshal tahu siapa perempuan tu?"
"Tak tahu papa. Mungkin client Abang Muaz. Sebab Abang Muaz cakap, client dia kali ni perempuan." Saat itu Eshal berasa mahu lari dari situ. Dia berasa bersalah kerana berbohong.
"Oh. Kalau macam tu tak apa lah. Papa cuma risau dia ada perempuan lain. Hubungan Eshal dengan Muaz okay?"
"Okay je papa. Semuanya baik-baik sahaja."
"Papa harap kamu dapat jaga si Muaz tu baik-baik. Muaz tu kadang liar juga. Tapi kalau kamu reti nak pikat hati dia, pasti dia akan melekat dekat rumah."
"Baik papa."
Eshal hanya mengunci mulutnya. Hatinya terhiris dengan kata-kata Tan Sri Badrul. Seolah-olah dia bersalah dalam membiarkan Muaz keluar sesuka hati.
"Sudah-sudah. Kita makan sama-sama ya Eshal. Kalau Eshal nak tidur sini pun boleh" celah Puan Sharifah. Dia juga tidak senang apabila mendengar kata-kata suaminya.
"Tak apa lah mama. Esok Eshal ada kelas pagi. Jadi nak kena gerak awal ke sana."
"Kamu masih kerja dekat universiti tu?" Soal Tan Sri Badrul.
"Ya la abang. Eshal kan pensyarah. Kenapa?" Puan Sharifah mula berasa geram dengan cara Tan Sri Badrul.
"Okay ke kerja tu Eshal? Tak cukup ke duit yang Muaz bagi ke kamu sampai kamu perlu bekerja."
Eshal tersentak apabila mendengar ayat Tan Sri Badrul. Sejak dia berkahwin dengan Muaz, tidak pernah sekali pun Muaz menghulurkan duit padanya. Salahkah dirinya untuk mencari rezeki bagi dirinya sendiri.
"Alhamdulillah. Okay je papa. Eshal suka mengajar dekat universiti tu. So tak jadi masalah dekat Eshal untuk bekerja dekat situ."
Eshal hanya mampu memendam rasa sakit hatinya. Tidak mungkin dia akan membidas Tan Sri Badrul di situ. Dia juga perlu mengawal air mukanya.
YOU ARE READING
EPILOG ESHAL FAKHIRA [ TERBIT ]
RomanceSebuah pengharapan kepada seseorang yang tidak mungkin menjadi miliknya. Doakan dirinya dalam mencari kebahagian sebenar. "Aku hanya mampu berdoa kepada Allah supaya dikurniakan jodoh yang terbaik dan mampu memberikan aku sebuah kebahagiaan yang sel...