"Selamat pagi sayang," ucap Muaz dan memandang ke arah Ainul yang sedang mengikat rambut.
"You dah bangun. Jom breakfast sama. Lepas ni you kena masuk kerja awal kan," balas Ainul dan mengutip bajunya yang bertaburan di atas lantai.
"Urgh. I malas betul nak masuk kerja," bebel Muaz di atas katil.
"Kalau you tak pergi kerja, macam mana you nak sara I nanti. Cepat-cepat. Pergi mandi."
Muaz berjalan dengan malas ke arah tandas. Dia berasa malas untuk masuk ke pejabat. Kalau boleh, dia mahu meluangkan masa bersama Ainul sahaja.
Selesai membersihkan diri, Muaz hanya mengeluh apabila melihat sebuah kertas di atas meja.
'I terpaksa pergi. Ada hal. Sorry you '
Ayat yang tertulis di atas kertas itu dipandang kosong oleh Muaz. Dia juga sudah terbiasa dengan sikap Ainul.
Walaupun dia berasa sakit hati dengan perangai gadis itu, hatinya masih sayang dengannya.
Hubungan mereka juga sudah terbina sejak 5 tahun yang lalu. Disebabkan itu dia berasa sudah lali dengan perangai Ainul itu.
Hubungan mereka sedikit goyah apabila dirinya diarahkan untuk berkahwin dengan Eshal. Pada mulanya dia cukup memberontak kerana tidak mahu berkahwin, tetapi apabila diugut oleh ayahnya tentang harta syarikat, akhirnya dia menerimanya dengan hati yang berat.
Ainul juga ada menyalahkan dirinya kerana terlalu mudah mengikut kata orang tuanya. Tetapi hanya dengan cara itu sahaja, dia dapat memperoleh wang dengan mudah.
Dia juga sudah berjanji dengan Ainul untuk menceraikan Eshal suatu hari nanti. Walau macam mana sekalipun, hanya Ainul sahaja yang layak menjadi isterinya.
🌿
Eshal meletakkan lauk yang sudah dimasaknya di atas meja. Cukuplah untuk dirinya sahaja.
Sedang dia menjamu selera, kedengaran bunyi kereta di luar. Eshal lantas membasuh tangannya dan bergerak keluar.
Dia hanya memandang pelik ke arah Muaz yang pulang awal. Selalunya Muaz akan pulang lewat malam. Tetapi pada hari ni, jam 6 petang, Muaz sudah berada di rumah.
"Selamat pulang awak," sapanya dahulu.
"Mm..." balas Muaz dengan nada perlahan.
"Awak nak makan nasi? Saya ada masak lauk lebih dekat dapur,"
"Hmmm. Aku nak mandi dulu." Muaz lantas naik ke biliknya.
Eshal berasa lega kerana Muaz tidak memarahinya saat itu. Dia lantas menyediakan pinggan untuk Muaz di dapur.
Sewaktu makan, Muaz hanya mendiamkan diri dan menikmati sahaja lauk yang terhidang. Sesekali matanya melirik ke arah Eshal yang sedang berehat di ruang tamu. Dia berasa pelik kerana Eshal tidak bertanya di manakah dirinya tidur pada hari semalam.
"Eshal. Aku nak cakap sikit." Muncul Muaz selepas dia selesai membersihkan pinggan.
Eshal segera mematikan televisyen kerana mahu memberi ruang kepada Muaz untuk bercakap.
"Ya Muaz. Kenapa?"
"Next week aku takde seminggu dekat sini. Jadi aku nak kau pandai-pandai bagi alasan dekat mama."
YOU ARE READING
EPILOG ESHAL FAKHIRA [ TERBIT ]
RomanceSebuah pengharapan kepada seseorang yang tidak mungkin menjadi miliknya. Doakan dirinya dalam mencari kebahagian sebenar. "Aku hanya mampu berdoa kepada Allah supaya dikurniakan jodoh yang terbaik dan mampu memberikan aku sebuah kebahagiaan yang sel...