BAB 4 🌿

2.2K 142 3
                                    

Eshal berjalan laju ke arah kelasnya. Disebabkan jalan yang sesak pada pagi itu, dia terlewat sampai ke fakultinya.

Semua student lantas memberi salam kepada Eshal selepas melihat Eshal duduk di kerusinya.

Mujurlah pada hari itu, hanya sesi pembentangan sahaja yang berjalan. Semuanya berjalan dengan lancar. Pelajarnya juga memberi kerjasama yang baik.

Selesai kelas, Eshal mengemas buku dan bagnya untuk pulang. Tetapi telefonnya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.

Buku yang berada di tangan lantas jatuh ke atas lantai. Jantung berdegup laju apabila melihat isi gambar itu. Dia berasa sebak saat itu.

Gambar itu menunjukkan Muaz dan Ainul yang berjalan berpelukan di tepi pantai. Dia tidak tahu siapa yang menghantar gambar itu kepadanya. Tetapi dia sering mendapat gambar-gambar Muaz daripada nombor yang sama.

Eshal mengutip semula buku yang jatuh ke atas lantai. Dia cuba menenangkan dirinya saat itu. Baginya tiada guna bersedih kepada seorang lelaki yang tidak pernah menghargai seorang isteri.

Tanpa membuang masa, Eshal lantas beredar daripada kelas dan menuju ke pejabatnya. Dia malas untuk berfikir lebih tentang perkara itu. Biarlah mereka menikmati nikmat dunia itu.

🌿

Di dalam kereta Eshal menangis semahu-mahunya. Dia baru sahaja mendapat panggilan telefon daripada orang kampungnya yang menyatakan ibunya telah meninggal dunia.

Eshal cuba mencari kekuatan yang ada sewaktu memandu pulang ke kampung. Dia tidak sangka ibunya pergi secepat itu.

Sampai di rumahnya, kelihatan ramai penduduk kampung yang sudah berkumpul di situ. Eshal segera memanjat tangga untuk naik ke ruang tamu.

Kakinya berasa lemah apabila melihat sekujur tubuh milik ibunya yang sudah dibalut dengan kain kafan. Butir-butir air mata tidak berhenti mengalir sejak dia masuk ke dalam rumah.

"Ibu..." Eshal memegang lembut wajah ibunya yang sudah tiada.

Beberapa orang makcik yang duduk berhampiran dengannya cuba menenangkan Eshal. Mereka juga merasakan benda yang sama dengan Eshal. Tetapi kesedihan Eshal lagi tinggi kerana hanya Eshal seorang sahaja di situ. Tiada adik-beradik yang lain kerana dirinya yang tunggal.

🌿

Eshal duduk termenung di tepi pusara ibunya. Mereka baru sahaja selesai mengebumikan ibunya.

"Eshal. Mari balik. Hari dah senja ni," pujuk Makcik Tipah.

Eshal bangun perlahan-lahan dan memandang sayu pusara yang baru sahaja ditimbus. Berat hatinya untuk meninggalkan ibunya di situ.

🌿

Malam itu, ada beberapa makcik yang menemani Eshal di rumah. Mereka risau jika meninggalkan Eshal seorang diri di rumah. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku dan terjadi tanpa dipinta.

Eshal duduk di dalam bilik ibunya sambil memeluk lembut kain batik ibunya. Dia rindukan ibunya. Dia berasa bersalah kerana tidak pulang dengan kerap untuk menjenguk ibunya.

"Maafkan Eshal, ibu. Maafkan Eshal..." rintihnya perlahan. Air mata masih mengalir laju.

Makcik-makcik yang menemani Eshal di rumah itu hanya mampu berduka. Mereka juga terkejut dengan pemergian Puan Aisyah.

EPILOG ESHAL FAKHIRA [ TERBIT ]Where stories live. Discover now