• 09 •

65 10 1
                                    

Heh! Kau fikir kau tak izinkan aku pergi dari sini,aku hanya akan duduk diam? Cih..kau belum kenal aku siapa!!

Reii mengetap gigi .Meradang setiap kali mengenangkan bagaimana Kinn meninggikan suara kepadanya hanya kerana dia meminta kebenaran untuk pergi dari situ.Seperti yang dijanjikannya.Dia tidak akan memberitahu sesiapa tentang Menara Hitam dan Lembah Hantu .Dia akan membiarkan jalan cerita tersebut berjalan seperti apa yang telah dirancangkannya sebelum ini.Tidak lebih dan tidak kurang.

Apa yang dia perlukan sekarang ialah keluar dari situ dan mencari jalan bagaimana hendak melepaskan diri daripada dunia Paradoks Romance itu.Pada Reii,dia sangat yakin bahawa dia hanya boleh keluar dari dunia tersebut dengan cara yang sama seperti mana dia memasukinya.

Dilanggar kereta dalam keadaan hujan lebat dan kilat sabung menyabung!

Dia memegang kefahaman bahawa selagi dia terus berada di Menara Hitam,selagi itulah dia tidak akan dapat keluar dari dunia Paradoks Romance.Kilat memang selalu menyambar sebarangan waktu tetapi dari mana datangnya kereta? Mungkin boleh dikiaskan kepada kereta kuda tetapi bagaimana mungkin kereta kuda boleh muncul di anjung timur dalam keadaan dia diawasi dengan ketat begitu?

Berada di situ setelah beberapa hari,dia tidak dapat melepaskan diri daripada mencurigai semua orang termasuklah para pembantu istana.Bukan dia tidak tahu bisik-bisik aneh yang sudah tentu berlegar dalam kalangan para pembantu tentang kehadirannya di situ apatah lagi ditemui dalam keadaan sangat mencurigakan.Bahawa dia merupakan seseorang yang memiliki hubungan rapat dengan Tuan Isshin.

Eheiiii...memang mengarut.

Tahukah mereka jika benar sekalipun-seandainya dia merupakan seseorang yang diberikan pilihan untuk memihak sama ada kepada Jeneral Shuo ataupun Kinn,dia akan lebih memilih Jeneral Shuo? Katalah apa sahaja tetapi sememangnya dia cenderung memilih protagonis itu berbanding penjahat berhati kering itu.

Jeneral Shuo.Watak protogonis dalam Paradoks Romance yang dicipta Reii sebaik mungkin sebagai seorang pemuda yang punya tampang rupawan dan budiman.Anak daripada klan paling terkenal di ibu kota.Memiliki semua ciri yang sepatutnya ada pada seorang pemuda.Setianya juga bukan main-main dan hanya memandang kepada seorang gadis seumur hidupnya.Itulah Puteri Ammara.Watak yang bakal membuatkan cerita Paradoks Romance naik turun dengan konflik yang melibatkan pertembungan antara kata hati ataupun kesetiaan kepada negara.

Lalu,Kinn pula merupakan kebalikan kepada perwatakan Jeneral Shuo.Jika diibaratkan Jeneral Shuo merupakan sisi terang,Kinn adalah sisi gelapnya walaupun Reii tidak menggambarkan pemuda itu sebagai watak antagonis berwajah seperti hantu.Penjahat yang buta sebelah matanya dan menutupinya dengan secarik kain hitam,bergigi jongang dan berkarat,rambut panjang,berwajah hijau ataupun memiliki tangan berbentuk cangkuk -itu semua sudah biasa.

Maka Kinn adalah watak antagonis yang melawan arus.Lari daripada kebiasaan.Tampang luarannya hampir sekali menyamai Jeneral Shuo hanya sahaja Kinn lebih berhati kering dan kejamnya minta ampun walaupun secara asalnya dia bukanlah orang yang sedemikian.Lantaran keadaanlah yang memaksanya membesar sebagai seseorang yang kejam dan ditakuti.Kerana Reii percaya tidak ada orang yang semulajadinya jahat melainkan ada sesuatu yang berlaku membuatkan mereka mengubah sudut pandang terhadap persekitarannya.

Sekali jegil,para pembantu yang jelas cuba menghalangnya daripada memasuki ruangan yang menempatkan bilik khas untuk menerima tetamu itu segera berlalu.Pada masa-masa begitulah Reii berterima kasih kepada sesiapa sahaja yang memulakan rumor tentang hubungannya dengan Kinn kerana mungkin pada anggapan mereka,dia juga punya kejahatan yang setara dengan pemuda itu dan kerana itulah mereka memiliki hubungan yang istimewa.

Dan hal itu sekaligus membuatkan para pembantu istana gerun kepadanya barangkali kerana menyinggungnya sama juga seperti menyinggung sang penguasa Menara Hitam itu.Apakan daya.Untuk terus bertahan dalam dunia aneh itu,dia perlu sesekali menjadi watak yang jahat.Perduli apalah itu.Yang penting dia boleh keluar dari dunia Paradoks Romance dengan segera.

NEVER ENDING STORY:BOOK OF DESTINYWhere stories live. Discover now