Reii diam sahaja ketika dia dihenyakkan ke atas permukaan kerusi lalu sehelai kain dicampakkan kepadanya sehingga menyerkup kepala bukan kerana dia tidak protes kepada perlakuan Kinn kepadanya melainkan kerana dia masih sangat tekejut dan otaknya bagaikan terhenti seketika untuk mencerna kejadian yang baru sahaja berlaku.
Apakah dia yang salah dalam melihat tanda-tanda begitu? Bulan purnama,kelopak bunga yang berguguran,bunga api ditembakkan dan watak utama wanita yang diselamatkan ketika terjatuh ke dalam sungai oleh watak utama lelaki.Mana mungkin?? Dia cukup jelas dengan hal itu.
Yang sepatutnya diselamatkan oleh Jeneral Shuo ialah Laia yang berada di sebuah rumah tumpangan berdekatan.Dengan baju sebiru awan tinggi,rambutnya,cucuk sanggul dan wajah indah milik khusus watak utama Paradoks Romance itu.Bukan dia si penjual kayu bakar yang terdampar ke situ entah mengapa dan bagaimana.
Atau mungkin ia berlaku pada bulan purnama yang akan datang?
Tidak.Sebenarnya bukan itu isu utama.Isu paling penting ialah dia sudah terlepas peluang untuk keluar dari dunia Paradoks Romance disebabkan oleh Kinn dan....
● ● ●
Kinn menatap dingin tampang pemuda yang sedang duduk di hadapannya itu sambil sesekali dia menghirup teh dari dalam cawan yang dituangkan Zeven kepadanya.
Dia yang lelaki sahaja harus mengakui bahawa pemuda di hadapannya itu tampan bukan buatan.Keningnya teguh dan rapi memayungi sepasang mata yang bersinar tegas.Hidungnya,pipinya dan dagu membingkaikan satu wajah yang melengkapi rambut bersanggul kemas di atas kepala dengan pendakap daripada perak.
Bajunya biru gelap,berjubah luar warna hitam dengan tali pinggang yang mendakap kemas menyerlahkan rangka tubuhnya.Berbahu tegap dan tinggi lampai.Postur duduknya tegak menghantar karisma yang tidak dimiliki sebarangan orang.
"Maaf kalau kedatangan saya mengganggu tuan."
Tidak ada apa yang kurang dalam bahasa pertuturannya.Jelas dan sopan.
"Yang jelasnya bukan untuk menikmati teh."
Jeneral Shuo hanya tersenyum.Tidak terkejut jika dia menerima jawapan begitu kerana sedikit sebanyak dia merasakan dia sememangnya tidak patut mencampuri urusan keluarga orang lain tetapi sedikitpun dia tidak menyesali tindakannya malam tadi.
"Saya Shuo dan sekali lagi saya minta maaf kerana mencampuri urusan keluarga tuan.Saya datang cuma ingin memastikan yang cik puan malam tadi tidak apa-apa."
Tidak perlu memperkenalkan diri,sesiapa sahaja yang melihat ornamen daripada jed hijau yang terlekat pada cekak sanggul berbentuk kuntuman bunga teratai yang sedang mekar pasti sudah mengetahuinya.Tanda pengenalan yang menjadi simbol klannya.Klan Teratai Putih.
"Sememangnya lazimkah untuk Klan Teratai Putih suka mencampuri urusan orang lain?"
Kinn sama sekali tidak menyembunyikan rasa jengkelnya dan tidak juga berusaha untuk membuatkan perkataan-perkataannya kedengaran sopan kepada pemuda tersebut.
"Saya tetap akan melakukan hal tersebut walaupun dengan orang lain.Nyawa setiap orang adalah berharga dan tidak sepatutnya ia dipersia-siakan begitu sahaja"
Mendengarnya,kemarahan Kinn mendadak meruap tetapi ditahannya kerana tidak mahu menimbulkan sebarang keributan apatah lagi kerana dia cukup kenal susuk pemuda di hadapannya itu.
YOU ARE READING
NEVER ENDING STORY:BOOK OF DESTINY
FantasyKetika fantasi bertembung dengan realiti.Mampukah dua paradoks yang bertentangan itu wujud secara bersamaan? Akan wujudkan pembolehubah yang memungkinkan keajaiban tersebut berlaku? Reii seorang penulis novel web entah bagaimana terdampar ke dalam d...