• 25 •

46 8 4
                                    

Anjung selatan Menara Hitam yang dijadikan ruang untuk majlis jamuan tersebut mendadak gempar dan suara mengarahkan itu ini bagi membantu Kinn yang terbaring kedengaran dari semua penjuru.

Manakala Reii yang tiba di hadapan pintu tepat ketika Kinn tumbang itu masih tergamam.Wajah Kinn yang mendadak pucat dengan bibir bertukar ungu kebiruan memenuhi pandangannya sementara Zeven yang tiba di situ bersama Reii pantas menerpa sang ketua lalu berteriak mengarahkan agar seseorang memanggilkan tabib istana untuk merawat Kinn.

Para pembantu yang melutut cemas dengan pengawal istana mengacu mata pedang ke leher mereka,para tetamu yang segera menjauhi meja jamuan serta pintu ruangan tersebut dikawal rapi  memberi gambaran yang jelas tentang kejadian tersebut kepada Reii.

Dengan tubuh yang basah kuyup,Reii menghampiri ruang utama sambil matanya menancap ke segenap arah lalu tertumpu kepada seseorang yang turut mempamerkan wajah cemas.Reii tanpa sedar menyepetkan matanya melihat raut wajah tersebut kerana dia tahu lelaki itulah dalang di sebalik kejadian malam itu.

Tidak ada sesiapa yang mengesyakinya kerana dia merupakan antara orang yang dipercayai Kinn tetapi bagi Reii yang tahu hatta cerita paling kejap disembunyikan  pun,dia sesekali tidak akan masuk campur.Lelaki itu adalah penyebab bertambahnya kedekatan Kinn dengan Puteri Ammara sesuai dengan perkembangan plot yang disiapkannya.

Hanya sahaja kesalnya semakin menjadi-jadi kerana jika bukan dengan bantuan Zeven yang muncul tiba-tiba,pasti dia sedang terbaring di dalam parit tanpa kepala.Belum cukup tangkas pergerakannya bagi menghalang para penyerang itu daripada mencederakannya dan hal tersebut membuatkan Reii sedar pasti ada orang lain yang mengetahui rahsia hubungannya dengan Kinn dan kerana itulah dia selalu menjadi sasaran.

Maka,walaupun Reii tidak mahu menyusahkan sesiapa- dia tidak ada pilihan lain selain daripada terus berada di Menara Hitam kerana hanya dengan berada di situ sahajalah dia selamat daripada serangan musuh yang mahu mencederakan Kinn melaluinya.Jika bukan itu,apa lagi alasan mengapa dia selalu benar menghadapi ancaman bunuh sedemikian?

Selepas selesai membersihkan diri,Reii segera menuju ke arah ruang yang menempatkan Kinn dan seperti dugaannya-ada Zeven,Puteri Ammara dan beberapa orang petinggi klan berada di situ.Asap dupa berbau ubat-ubatan menyengat rongga hidung.

"Reii tidak apa-apa?"

Zeven yang menyedari kedatangan Reii ke situ segera bertanya dalam nada yang rendah.Terkejut dengan keadaan yang menimpa Kinn membuatkan  dia seketika terlupa tentang Reii yang ditemuinya ketika dalam perjalanan menuju ke Menara Hitam awal malam tadi.

"Saya tak apa-apa,Guru.Bagaimana dengan Tuan Isshin?"

Pemuda itu jeda seketika dan dalam masa yang sama pandangannya hinggap pada susuk Tuan Isshin yang sedang terbaring di atas katil.Puteri Ammara setia menunggui pemuda itu dan sesekali menekapkan lipatan tuala kecil ke dahi dan pipi yang dipenuhi jejeran peluh.Lalu kepada Reii yang lebam pada pipi kirinya.Entah mengapa dia merasakan kejadian yang menimpa kedua-duanya bahkan secara serentak pula seakan-akan mempunyai kaitan.

"Tuan diracuni."

Reii hanya menggumam perlahan.Tatapannya hinggap pada Puteri Ammara di sebelah Kinn.

"Apa kata tabib?"

"Tabib istana sudah melakukan apa yang termampu untuk mengeluarkan racun tersebut.Sekarang ini,kita hanya perlu menunggu."

Tanpa bertanya sekalipun,Reii sudah tahu apa yang akan berlaku.Dia tahu masalah besar sedang menunggu Kinn tetapi seperti katanya,dia tidak akan masuk campur dalam urusan tersebut kerana dia tahu pemuda tersebut akan selamat juga walaupun keadaan bakal berubah menjadi sangat kacau-bilau.

NEVER ENDING STORY:BOOK OF DESTINYWhere stories live. Discover now