Keadaan di hospital sangat sibuk apabila Boboiboy tengah critical.Akibat pedang yang menusuk ke perutnya membuatkan dia kehilangan banyak darah. Nasib baik Amato datang cepat selepas mendapat berita dari Tok Aba.
"Macam mana keadaan anak saya?",tanya Amato risau.
"Dia sudah selamat tapi mengambil masa untuk dia sedar....",jawabnya.
Hmm..
Yang mendengar hanya diam membisu.
"Apa yang dah jadi?"
Fang bangun dari duduknya lalu membuka langkah kearah Amato.
"Kami diserang....dua elemental Boboiboy telah..dipisahkan.",jawab Fang mewakili yang lain.
"Mana elemental tersebut?"
"Tak tahu...diorang dicampak dalam satu portal..."
Amato mengeluh berat. Lepas satu masalah muncul lagi masalah lain.
Sampai bila hidup mereka akan huru hara macam nih.
Kokoci mendekati Amato.
"Aku harap bukan kuasa cahaya yang dipisahkan..."
Mendengar sahaja kata-kata Amato semua terdiam.
Matanya terus melirik kearah Kokoci lalu kepalanya digeleng.
Terus berubah riak wajah Amato.
"Kuasa cahaya...dan angin dipisahkan.",kata Kokoci lalu menunduk memandang bawah.
"T-tak mungkin...."
Mukanya terlihat tertekan. Amato terus pergi kearah Ochobot.
"Memang tak dapat kesan langsung ke mereka berdua?"
"Saya langsung tak dapat nak kesan...cuma dua sebab..."
Mechabot melihat kearah Ochobot juga. Yang lain juga menunggu jawapan Ochobot.
"Satu diorang buang jam kuasa atau kedua jam kuasa mereka tidak berfungsi.",jelas Ochobot.
"Tapi bukan ke jam kuasa tuh penting bagi diorang?",tanya Fang.
"Diorang boleh guna kuasa tanpa jam kuasa...lagipun diorang adalah elemental yang terpisah dari tubuh Boboiboy. Jikalau jam kuasa milik Boboiboy dicabut jadi mereka berdua akan hilang.",jawab Ochobot.
Ini perkara yang tak boleh bawa main.
"Jadi kita kena pastikan jam kuasa Boboiboy selamat kan..."
"Itu korang tak perlu risau...hanya Boboiboy dan aku sahaja yang boleh buka jam kuasa dia.."
Fuh.
Keluhan lega dilepaskan.
Apa yang jadi pada diorang dua sekarang?
*****
Situasi Solar dan Taufan...
Mereka berdua berada di pasar sekarang sedang mencari makan.
"Erm..ini berapa ringit?",tanya Taufan kepada seorang penjual roti.
"Ringit? Maksud kamu ringa dia berapa?",tanyanya balik.
Taufan memandang Solar yang memegang perutnya. Lapar sangat tuh. Nak taknak dia kena pastikan adik dia makan.
"Ouh..ha ringa!",Taufan tersengih walaupun dia tak tahu apa itu ringa.
YOU ARE READING
The Light Of The Lost Cloud [Complete]
AdventureTerpisahnya dua elemental dari Boboiboy membuatkan keadaan menjadi huru hara. Hanya satu kesilapan dan Boboiboy terjatuh dalam perangkap musuh baru. Kuasa cahaya yang mempunyai fusion terkuat akhirnya hilang tanpa jejak bersama kuasa angin. "Kuasa t...