Chapter 1

586 45 25
                                    


Hari yang sangat ngeri dengan darah di merata tempat.

Hujan turun dengan sangat lebat di bumi sekarang.

Ramai pasukan bantuan dari Tapops datang untuk membantu tapi mereka semua sudah mati dibunuh.

Boboiboy termenung jauh dengan bajunya yang sudah basah kuyup.

"Kemana dia menghilang...",soal Boboiboy sendirian.

Tiba-tiba kain tuala dipakaikan dari belakang.

"Yang pasti dia akan muncul semula...dan kau perlu lindungi kuasa kau.",kata Fang.

Topi dibuka dan Boboiboy terus mengelap rambutnya yang basah dengan tuala yang diberi oleh Fang.

Kokoci mendekati mereka berdua.

"Kau perlu balik ke markas tempur nanti diorang akan lindungi kau disana..",arah Kokoci.

"Tapi saya perlu lindungi semua...disebabkan arahan komander ramai yang terkorban!",suara Boboiboy mula meninggi.

"Kalau musuh dapat kuasa kamu...apa yang aka terjadi? Bukankah lagi ramai yang akan terkorban?",soal Kokoci dingin.

Mereka terkorban disebabkan Kokoci melarang Boboiboy untuk melawan musuh atau lebih tepat muncul di depan musuh tersebut.

"Saya ada fusion! Saya yakin semuanya akan baik sahaja!",dengan keras Boboiboy menjawab.

"Tak semuanya akan berjalan seperti yang kita mahukan...ada masa kita perlu berundur diri.",kata Kokoci.

Tch.

Belum sempat Boboiboy pergi tiba-tiba kapal angkasa musuh muncul semula.

Dengan gagah dia terjun dari kapal angkasa dan berdiri tidak jauh dari tempat Boboiboy.

"Pergi sekarang Boboiboy! Kami akan lengahkan masa!",arah Kokoci.

Tapi...larangan itu adalah arahan baginya.

"Aku takkan berundur!!!!"

Boboiboy Halilintar!!

Hali terus menyerang musuh tersebut tapi dengan mudah serangannya ditempis.

"Kau bukan tandingan aku.",katanya dingin.

Satu tumbukan diberi tepat pada perut Hali sehingga dia tercampak jauh dari situ.

Akibat impak yang kuat Hali terus berubah menjadi Boboiboy.

Kawannya yang menyerang terus dicampak jauh olehnya.

Langkahnya mula mendekati Boboiboy yang cuba untuk bangkit semula.

"Kalau kau dengar arahan komander kau...mungkin kau akan selamat.."

Leher Boboiboy dicengkam kuat lalu diangkat.

"L-lepaskan aku! Apa yang kau nak ha!?",tengking Boboiboy.

"Aku taknak kau fusion. Kuasa cahaya bila fusion terlampau kuat...",dengan dingin dia berkata.

"A-apa maksud kau?"

"Supra. Aku takkan bagi kau fusion walau apa pun caranya...jadi...."

Satu power sphera sebesar bola pingpong dikeluarkan dari poket seluarnya.

"Aku akan pisahkan dan hilangkan memori mereka.",sambungnya sambil tersenyum sinis.

Permisahan Kuasa.

Argh!!!!!

Boboiboy menjerit kesakitan sebelum dua elementalnya tersungkur ke tanah.

Ergh.

The Light Of The Lost Cloud [Complete]Where stories live. Discover now