Chapter 4

385 43 6
                                    


Sudah 2 minggu berlalu dan keadaan Solar masih sama. Demannya tidak kebah malah menjadi lagi teruk.

Dia batuk darah dan asyik muntah je setiap kali dia makan.

Badannya terlihat kurus terlampau kurus sehingga boleh nampak rangka perutnya.

"Aku tak tahu apa lagi boleh buat....Solar cepatlahh sembuh...",bisik Taufan sambil mengusap lembut rambut Solar.

Selesai semua kerja Taufan membuat keputusan untuk keluar beli barang dapur.

"Solar! Aku nak keluar kejap!"

"B-baik!"

Pintu rumah dikunci dan Taufan pergi ke pasar dengan berjalan kaki.

.

.

.

Di pasar...

Taufan sekarang berada di gerai penukaran duit sebab duit diorang dah habis beli ubat untuk Solar.

Baru sahaja jam dibuka,tangannya tertekan satu punat. Sekelip mata jam tersebut menyala.

"Eh? Masih boleh hidup?"

....

Situasi di stesen Tapops...

Lepas sembuh Boboiboy terus ke stesen Tapops untuk membantu mencari lokasi elemental dia.

"Boboiboy!!!! Jam kuasa Taufan telah dihidupkan!!!",jerit Ochobot.

Semua berlari kearah Ochobot.

"Dimana lokasi dia!?"

"Planet Milda!"

"Semua bersedia untuk planet Milda!",arah Kokoci.

Mereka terus masuk ke dalam kapal angkasa dan menuju ke planet tersebut.

Kuasa telepotasi!

Zup!

Sekelip mata mereka sudah berada di depan planet Milda.

"Aku harap diorang selamat...."

"Jangan risau diorang takkan apa-apa..."

Kapal angkasa mula masuk dalam atmosfera planet Milda.

....

Berbalik kepada Taufan...

"Jadi apa yang kamu mahu jual?",tanyanya setelah sekian lama Taufan berdiri di depan gerainya.

"Ouh...saya nak jual nih.."

Jaket yang dipakai Taufan dibuka dan terus diberikan kepada pakcik tersebut. Jam tangan tadi dipakaikan pada tangannya semula.

"Ini dia...20 silver.."

Ucang kecil tersebut diambil dan Taufan terus menggunakan duit tersebut untuk beli makanan.

Selesai membeli dia segera pulang ke rumah.

Punyalah terkejut apabila dia melihat satu kapal angkasa mula mendarat tidak jauh dari rumahnya.

"Apa benda pulak tuh? Eh Solar!"

Dengan langkah yang laju Taufan terus lari masuk ke dalam rumah dan melihat Solar yang masih tidur di atas sofa.

Makan yang dibeli diletakkan di atas meja.

Tok! Tok! Tok!

Dengar sahaja bunyi ketukan pintu Taufan terus mengambil sebilah pisau  dari dapur dan membuka langkah perlahan menuju ke pintu rumah.

"S-siapa tuh!?",tanya Taufan sambil memegang tombol pintu.

"Ini aku! Boboiboy!!"

"Boboiboy mana!? Aku tak kenal!! Boyot aku kenal lah!!",jerit Taufan.

Boyot tuh budak yang jaga kedai baju dekat pasar.

"Buka pintu nih dulu Taufan!",pinta Boboiboy.

"Macam mana kau tahu nama aku!?"

Tiada jawapan dari Boboiboy. Disebabkan Taufan ingin tahu dia pun membuka pintu perlahan.

Krek...

Matanya bertembung dengan mata milik Boboiboy.

"K-kau siapa?",soal Taufan terkejut dengan wajah Boboiboy yang sama dengannya.

"Aku tuan kau...mana Solar?"

Taufan terus lari kearah Solar lalu menghalakan pisau kearah Boboiboy yang berada di depan pintu rumah.

"Kau jangan dekat dengan adik aku! Dah lah ciplak muka kami!",dengan marah Taufan berkata.

Kawan Boboiboy yang mendengar hanya mampu menahan ketawa.

"Biar aku bantu Solar..."

"Kau...boleh bantu adik aku?"

Anggukan diberi. Jam kuasa Solar yang dijual telah dibeli semula oleh Fang.

Jam kuasa tersebut dikeluarkan dari poket seluar lalu ditunjukkan pada Taufan.

"J-jam tuh!"

Taufan meletakkan pisau diatas meja dan membiarkan Boboiboy mendekati Solar.

"Solar...cahaya aku...maafkan aku sebab gagal lindungi kau dan Taufan...",matanya melirik kearah Taufan.

Taufan hanya diam di tempatnya.

Jam kuasa dipakaikan semula pada tangan Solar dan Boboiboy mensalurkan sedikit tenaganya kepada Solar.

Ting!

Jam kuasa menyala terang.

Ergh..

Badannya juga kembali normal dan demam sudah hilang.

"Abang..."

Dengar sahaja panggilan tersebut Taufan terus memeluk Solar erat.

"Aku rindu kau! Huwargh!!!",tangis Taufan.

"M-maaf..."

Boboiboy hanya melihat Taufan dan Solar.

Matanya melihat sekeliling dan keluhan lega dilepaskan.

"Korang hidup dengan baik disini..."

Solar memandang kearah Boboiboy yang tersenyum.

"Kau siapa?"

"Aku Boboiboy...tuan kepada korang atau lebih tepat korang adalah elemental aku yang terpisah dari aku..."

Keboom!

Bunyi letupan di luar mengejutkan mereka semua.

"Dia sudah datang.."

Bersambung...
Vote dan coment 😘

The Light Of The Lost Cloud [Complete]Where stories live. Discover now