Chapter 3

427 46 12
                                    


2 hari sudah berlalu...

Mereka berdua makan sarapan yang dimasak oleh Taufan.

"Apa kita nak buat erk? Aku bosan lah..",kata Taufan dengan muka cemberut.

"Aku pun...takde kedai buku ke..aku nak membaca...",balas Solar.

Otak dia boleh beku kalau tak membaca sekarang.

Sesudu nasi goreng disuap ke dalam mulut Solar.

"Ermm jom keluar...sepertinya ada bandar tidak jauh dari sini...",ajak Taufan.

"Siapa nak bawa kereta?",soal Solar.

"Hmm...entah..",jawab Taufan.

Mereka berdua pun menghabiskan sarapan.

....

Baju yang dibeli dua hari lepas dipakai.

(Cuaca dekat planet tuh sejuk waktu pagi dan panas waktu petang)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Cuaca dekat planet tuh sejuk waktu pagi dan panas waktu petang)

Di dalam kereta...

Solar memandang stereng kereta dengan wajah bingung.

"Tanpa persetujuan aku..kau suruh aku pandu kereta..",dengan pasrah Solar berkata.

"Ehe...kau kan bijak takkan takleh nak pandu kereta kot...",perli Taufan dengan sengihan.

Kalau bukan abang memang dah kena campak keluar kereta dah.

"Yelaa.."

Kereta dihidupkan dan buku panduan dilihat sekilas.

"Ok faham...jom!"

"Oho adik aku memang genius!"

Solar terus memandu kereta seperti ada 10 tahun pengalaman.

"Woho!!!",jerit Taufan sambil mengeluarkan kepalanya dari tingkap kereta.

HAHAHAHA

Kereta memecut laju ke bandar. Mereka berdua terlihat seronok sangat.

.

.

.

.

Di bandar...

Tangan Solar dan Taufan sudah penuh dengan beg plastik.

Seronok diorang berlanja sakan.

"Tinggal 100 emas...",kata Taufan.

"Jual jelah jam tangan kau tuh...bukan berguna pun..",balas Solar lalu meminum kopi ais yang dibelinya tadi .

"Betul juga...tapi duit banyak lagi nih cukup untuk sebulan atau dua bulan...",jelas Taufan.

"Ikut kau lah labu.."

Selesai beli barang mereka pun balik semula ke rumah.

Sampai sahaja di rumah hari sudah gelap.

"Penatnyaa..."

Tiba-tiba beg plastik yang dipegang Solar terlepas dari tangannya.

Taufan terus memandang kearah Solar.

Ergh..

Kepalanya terasa sakit sangat sakit.

Argh!!!

Beg yang dipegang Taufan terus dilepaskan lalu dia menyambut badan adiknya.

"Kau kenapa?"

"K-kepala aku s-sakit..argh!"

Taufan terus memicit kepala Solar lembut.

Tap.

Akhirnya Solar pengsan tak sedarkan diri.

"Solar? Solar!!"

*****

Amato berlari laju menuju ke bilik Boboiboy. Dia dapat berita yang Boboiboy dah sedar.

Pintu wad dibuka kasar dari luar.

"Boboiboy!?"

Anaknya terus mengalihkan pandangan memandang kearah Amato.

"Ayah?"

Badan Boboiboy dipeluk erat.

"Baguslah kau dah sedar..."

"Solar...Taufan.."

Ochobot mendekati Boboiboy dan memberitahu keadaan dua elementalnya.

"Jadi kau tak dapat cari lokasi mereka?",soal Boboiboy risau.

"Tak...jam kuasa Solar sudah dimatikan hanya tinggal jam kuasa Taufan. Dia kena hidupkan jam kuasa tersebut kalau tak kita takkan dapat jejak lokasi mereka..",jelas Ochobot.

"Tapi macam mana jam kuasa diorang dua boleh dimatikan?"

"Mungkin kesan dari portal yang diorang berada sekarang..."

Keluhan berat dilepaskan.

"Kenapa Taufan....memang takde harapan macam nih...haishh kenapa si bijak Solar tuh tak terfikir apa-apa dengan jam kuasa dia...haihhh bala betul..",rungut Boboiboy sendirian.

Dia memang tak berharap apa-apa dekat Taufan. Tapi Solar yang diharap pun musnahkan harapan dia.

"Aku harap si angin tuh jadi pandai tiba-tiba..."

Amato hanya mampu mengusap lembut belakang Boboiboy.

Ochobot hanya mampu menunggu signal dari jam kuasa Taufan.

Ergh..

Jam kuasa Boboiboy mula berkelip berkali-kali. Simbol cahaya muncul dan hilang.

"Kenapa nih Ochobot??"

"Kuasa cahaya dah mula tidak stabil!"

Apa!?

...

Berbalik pada Taufan...

Solar sudah dibaringkan di atas katil. Badannya berpeluh dan panas.

"Tiba-tiba je kau demam..kenapa nih...jangan buat aku risau doh..",bisik Taufan sambil meletakkan kain basah di atas dahi Solar.

Ergh..

Adakah ini disebabkan dia tak pakai jam kuasa?

Bersambung..
Vote dan coment 😘

The Light Of The Lost Cloud [Complete]Where stories live. Discover now