BAB 1

550 15 0
                                    

Suasana di dalam bilik itu terasa tegang, sama ketat dengan riak wajah lelaki di hadapan mereka. Tuan Zain pandang wajah di hadapannya satu persatu, silih berganti. Sedang berdiri tegak dengan kedua tangan berada di belakang dan wajah lurus ke hadapan, adalah Jed 'the Viper' dan Zaf 'Citiboy'.

Viper pandang sahaja wajah Tuan Zain yang sedang berapi-api, menyala dengan kemarahan. Sejak dari tadi lagi mereka berdiri tegak, 'chest up', tanpa bergerak waima seinci pun. Skala kemarahan Tuan Zain meningkat untuk setiap jarum saat berdetik, dengan setiap patah perkataan yang diucapnya.

Sebentar tadi, Komander Alpha hanya menunjukkan paras rupa kecewa dan marah dengan memberi sorotan tajam. Sekarang ini, laporan di atas meja diambil, dibelek dan dihentak-hentak pada dada Viper, kemudian dicampak ke atas meja lalu jatuh bertaburan ke lantai.

"Tuan..." Viper memberanikan diri untuk bersuara. Dia masih rasa bahawa keputusan itu tidak adil. "Saya buat apa yang perlu sahaja."

"Kau tak ikut arahan! Itu masalahnya!" Sekali lagi suara Tuan Zain melengking.

"Saya tahu... tapi, saya buat macam tu untuk selamatkan anggota-anggota lain. Nyawa mereka lebih berharga, tuan!"

"Aku hantar kau orang untuk pergi recon sahaja! Nothing less, and nothing more!"

"Which is which more important, sir? The chopper or..."

"Shut up!!!"

Tuan Zain telah senyapkan Viper tanpa memberinya peluang untuk membela diri. Dia dipanggil mengadap untuk memberitahu akan keputusan orang atasan.

"Kau orang ada penjelasan lain yang lebih munasabah?"

"Viper?" Soalan itu ditujukan kepada Viper, dengan mata menyorot dan kening terangkat.

Tiada satu perkataan yang terbit dari mulut Viper. Seusai mereka berdebat tadi, kali ini dia memilih untuk diam.

"Kamu berdua tahu kan, kamu dah langgar arahan?"

"Tapi ia dah selamatkan banyak nyawa." Viper masih cuba untuk membela diri.

Tuan Zain lepas nafas geram.

"Tuan, apa yang kami buat tu... perlu." Viper membela diri sekali lagi. "Lagipun mereka tak boleh campur urusan kita. Kan, Tuan Zain?" Viper lembutkan suaranya sedikit. Dia memang pandai bab begini. Rupa sahaja nampak ganas, tapi Viper pandai ambil angin.

"That's not the issue." Tuan Zain menjeling ke arah Viper. Jika dia berterusan marah-marah, tidak mustahil jika dia akan kena tekanan darah tinggi. "You knew what the issue was."

"Time was against us, sir! We had to make fast decision."

Zaf pula cuba meyakinkan Tuan Zain sekali lagi. Namun sia-sia sahaja apabila Tuan Zain buat tanda 'Tidak OK' dengan matanya sambil kepalanya digeleng perlahan. Riak serius di wajah Tuan Zain itu bermaksud, mereka perlu tutup mulut.

"Masalahnya... sekarang ni, kedudukan kita hampir terdedah. Aset yang musnah tu ialah milik ATM. Mereka pasti akan siasat habis-habisan."

Tuan Zain berdiri di hadapan Viper, dengan mata tajam seperti harimau yang ingin membaham mangsa.

"Yang kau pergi sentuh bom tu, apahal? Kau orang punya kerja... recon je!" Tuan Zain masih tak puas hati tentang kejadian tersebut. Tentang hobi Viper yang satu itu.

"Recon!!!"

Sekarang dah beroktaf-oktaf tahap kenaikan nada suara Tuan Zain, menekankan kemarahannya. Tidak pasal-pasal dia terpaksa membuat laporan kerana perkara itu. Ia bukan sekadar laporan biasa. Ia mungkin akan mendedahkan kedudukan mereka yang penuh rahsia.

"Berapa kali aku nak pesan, jangan memandai! Yang kau pergi bom tu, kenapa? Sekarang ni, apa yang lagi penting? Kita... atau... mereka???" Berdentum-dentum luahan suara Tuan Zain menghentam gegendang telinga.

Tuan Zain memang sangat melindungi Alpha Team, satu pasukan rahsia yang ditubuhkan beberapa tahun lalu yang disertai oleh beberapa orang komando dari pasukan khas dan elit tentera dan polis. Mereka telah dilatih khas untuk menjalankan misi-misi tertentu, di bawah penyeliaan Tuan Zain. Operasi yang dilakukan selalunya sangat berbahaya dan penuh rahsia.

Jed kerling Zaf, meminta bantuan. Namun Zaf masih berdiam, kerana setiap apa yang keluar dari mulutnya akan memberi implikasi. Dia perlu fikirkan alasan yang terbaik.

"Sebenarnya Tuan Zain, kami..." Viper mencuba lagi.

"Kau orang hanya perlu tinggalkan tempat tu tanpa jejak. I thought you guys were good at it?" Kemarahan Tuan Zain sudah masuk pakej menyindir. Selalunya Tuan Zain tidak begitu.
"Kami terpaksa, tuan. It was really necessary."

Zaf rasakan dia perlu mencelah kerana ia adalah keputusan bersama mereka.. Mereka yang membiarkan helikopter tersebut musnah. Mereka tahu yang ATM pun kekurangan aset. Dengan musnahnya Nuri, bermaksud ATM akan kekurangan sebuah helikopter mereka.

"Kau, Citiboy?" Zaf pula yang menjadi sasaran. Mata Tuan Zain menyorot tajam ke arah Zaf, dengan wajah yang semakin ketat dan serius.

"You tell me, how necessary? Aku suruh pergi intip je. Jangan ambil perhatian sesiapa! Ini, satu dunia pun dah tahu!" 

Tuan Zain menggumam sendiri dengan perangai anak-anak buahnya. Tetapi disebabkan skil mereka, mereka telah terpilih. Mereka bukan sahaja dipilih kerana skil dan jati diri yang luar biasa, ada sesuatu di dalam diri setiap ahli unit tersebut yang buat mereka sebagai Alpha.

Namun dia terpaksa bertegas begitu kerana dia tidak mahu apa yang berlaku sebelum ini berulang. Dia tidak ingin kehilangan orang-orangnya seperti yang berlaku sebelum ini. Bukan mudah untuk dia mengumpulkan mereka semua. Selagi dia ada, perkara itu tidak akan berlaku. Tidak buat kali kedua!

"Viper!"

"Ya, tuan!"

Jed sudah bersedia untuk menghadapi hukuman. Tiada apa lagi yang dia boleh cakap. Semuanya telah jelas. Mungkin kali ini dia terpaksa hadapi hukuman yang berat. Silap-silap, kena court marshal. Tak pun, kena buang dari tim tersebut. Atau, Return To Unit, dengan amaran supaya berkelakuan baik?

"Aku rehatkan kau orang sebentar sementara mereka siasat perkara ni."

Awal pagi semalam, Tuan Zain mendapat panggilan telefon daripada 'Orang Atas' yang bertanyakan sama ada orang-orangnya terlibat dalam kejadian tersebut. Dia telah diberi amaran, sebelum perkara itu mendapat perhatian.

"Apa maksud tuan?"

"Kau orang berdua aku gantung tugas dulu..." Tuan Zain masih ber'aku-engkau' dengan Jed dan Zaf. Begitulah cara Tuan Zain apabila mereka bersemuka di dalam bilik begitu. Terutama apabila kemarahannnya dijentik. 'Aku-kau orang' lah jawabnya.

"Tuan..." Jed cuba membantah. Dia sudah mula rasa gementar. Ia satu perkara yang memalukan!

"Tuan... pasal Nuri tu..." Namun Jed tak sempat untuk menghabiskan ayatnya kerana telah dicantas oleh Tuan Zain.

"That, had cost the Government millions of dollars." Dalam keadaan kerajaan tiada bajet untuk membeli aset baharu, Viper dengan suka hatinya memusnahkan helikopter tersebut.

'Alah... Nuri tu dah boleh jadi skrap dah...' Namun ayat itu hanya terdetik dalam hati Jed sahaja. Mahu mati? Jangan sesekali cuba berani memperkotak-katikkan besi buruk yang dah banyak berjasa pada negara. Biarpun banyak juga nyawa yang telah terkorban akibat kemalangan serta pendaratan cemas yang terpaksa juruterbang Nuri lakukan. Serta nyawa-nyawa anggota yang telah terkorban atau cedera akibat kemalangan tersebut? Bukan sedikit! Tapi, jasa Nuri tetap diagung-agungkan. Tidak akan dilupai.

Baginya, helikopter Sikorsky S-61 yang merupakan helikopter enjin berkembar dengan pelbagai kegunaan tersebut sudah terlalu tua, dan patut diganti baru. I'm doing a favour. Jadi, bolehlah TUDM dapat helikopter baru. Desis Jed nakal.

"Mereka nak lihat balik sama ada kita masih relevan atau tidak. Tapi, aku dah negotiate, dan minta kau orang direhatkan sekejap." 

VIPERWhere stories live. Discover now