Viper berpaling tatkala telinga menangkap suara seorang perempuan menyebut namanya.
"Jadi... awaklah JL tu?" Pemilik suara yang berbunyi tegas bertanya.
Dia memakai pakaian jurulatih dengan seluar celoreng, bersama wajah yang agak ketat. Gadis yang memakai seluar celoreng memang nampak seksi pada matanya. Ditambah pula dengan tubuh badan yang sempurna seperti Kapten Thalia. Tapi, wajah ketat begitu, sangat tidak seksi.
"Ya, saya cik."
"Kapten." Thalia tekan perkataan 'Kapten'. "Saya, Kapten Thalia."
Jed hadiahkan sebuah senyuman kepada Kapten Thalia, dengan harapan ia akan membuang kerutan di keningnya. Gembira apabila gadis itu menegurnya, tidak kira apa alasannya, dia tersenyum.
"Saya nak pesan something kat awak, boleh tak?" Thalia berdiri tegak di hadapannya, langsung tidak membalas senyuman yang diterima.
"Apa dia?"
"Mind your own business." Kapten Thalia memberinya amaran dengan tegas.
Whoaa! Apahal ni, terjah dia macam ni?
"Kenapa ya?" Dia bertanya dengan sopan. Sekilas senyuman nipis dihadiahkan buat Kapten Thalia.
"Saya adalah jurulatih mereka. Saya harap, awak tak kacau rekrut saya."
Viper gosok dagu, tertanya-tanya sedikit, "Err... ada masalah ke?"
"Saya dengar awak ajar dia orang ilmu sesat."
Jed tersenyum sendiri apabila mendengar tuduhan daripada wanita itu. "Ilmu sesat yang mana tu? Setahu saya, saya tak pernah ajar ilmu sesat pada sesiapa pun..."
Minah ni, memang berlagak betul! Viper mendengus dalam hati. Sombong! Tahulah pangkat dia lebih tinggi dari pangkat aku! Viper masih sempat mengomel, tetapi dia cuba tunjuk sabar.
"Apa-apa pun, jangan pandai-pandai usik rekrut saya tanpa approval saya dulu."
"Awak bercakap tentang semalam ke?"
"Yes. Pandai..."
"Saya hanya tunjukkan mereka sesuatu yang menerujakan sahaja.""And... that something is really dangerous. Bukan level dia orang!"
Nafas dilepas dengan perlahan-lahan. Dia tak nak naik angin di situ. Wajah sombong Thalia dicerun.
"Saya... memang bertauliah untuk mengajar membuat bahan letupan. Itu memang bidang saya. Saya tahu apa yang saya buat. Dan... tentang semalam, saya memang dah diberi green light untuk buat demo tu. Sesiapa sahaja yang berminat, dipersilakan untuk menyertainya. Saya rasa, saya tak melakukan apa-apa kesalahan."
Kapten Thalia pandang Jed dari atas dan bawah, kerling mata sekilas lalu terus berlalu pergi. Jujur, dia sedikit terasa dengan syarahan Viper yang panjang lebar. Lelaki itu menyindirnya di dalam senyap.
Viper tidak puas hati. Dia mengekori langkah wanita itu yang memang terkenal dengan sikap garang, atau apa yang mereka kata - Singa Betina? Kapten Thalia mungkin memandang rendah padanya kerana pangkatnya. Itu adalah perkara biasa di dalam organisasi mereka yang mementingkan autoriti dan pangkat.
Dia sudah berdiri di hadapan Kapten Thalia. "Kalau awak tak kenal saya, jangan cakap apa-apa tentang saya, kapten." Sengaja Viper sebut pangkat Thalia.
"Step aside." Thalia memberi arahan. Pantang datuk neneknya lelaki yang cuba mengambil kesempatan ke atasnya hanya kerana dia seorang perempuan. Sudahlah tak sedar diri! Dia ingat dia siapa?
"Viper..." Thalia sebut nama Viper dengan satu tujuan. "Siapa pun awak, saya tak kisah."
"Saya kisah."
Kapten Thalia tersenget senyum sinis. Lelaki yang berpangkat lebih rendah daripadanya memang begini. Ego, apabila berhadapan dengan pegawai perempuan sepertinya. Mereka akan cuba untuk pandang rendah padanya atau pun berlagak bagus.
"So... siapa awak?"
"Saya... bukan sesiapa pun," jawab Viper tanpa memberitahu identiti sebenar dirinya. "Saya hanya jurulatih yang kerjanya, sama dengan awak. Don't you think that we need to be coorperative, captain?"
"No, I don't."
"Saya suka nak kenal dengan awak. Tukar-tukar pendapat..." Jed berkata. "Saya dengar awak jurulatih yang bagus. One of the best here. Boleh kita berkenalan?" Jed mengumpan, namun reaksi yang diterima langsung tidak dijangka.
"Terima kasih. Saya tak berminat."
Sombong! Jed mengutuk dalam hati. Nampaknya, betullah kata dia orang. Jurulatih yang seorang ini memang memilih bulu. Garang. Tak pandang lelaki biasa-biasa.
"Saya akan berada di sini selama empat minggu. Masih ada 24 hari lagi. Takkanlah awak tak nak berkenalan dengan saya? Nanti, kita akan adakan latihan bersama."
"But... I don't like you."
"Kenapa?"
"I just don't like."
"Awak mesti ada sebab untuk tak sukakan seseorang."
"No. I don't. I do what I want to." Kapten Thalia berkata dengan tegas tanpa mempedulikan perasaan lelaki itu.
"Kalau saya insist?" Viper mencabar. Dia sudah dengar banyak perkara tentang jurulatih yang seorang ini. Mungkin, ini masanya untuk dia menguji.
Kapten Thalia pandang jurulatih di hadapannya. Dengarnya dia dijemput khas ke situ. Suraya yang selalu memberi maklumat terkini kepadanya setiap kali mereka bertemu. Sejak hari pertama lagi, mulut Suraya menyebut nama Viper. Pot-pet-pot-pet dengan cerita lelaki bertubuh sasa di hadapannya ini.
Suraya mengorek apa-apa sahaja tentang lelaki itu selagi boleh. Suraya juga tahu yang lelaki itu hebat bermain dart dan snooker. Kerana terlalu kagum dengan skil bermain dart dan snooker lelaki itu, Suraya mula berjinak-jinak untuk bermain snooker.
Yang dia tahu, Viper sentiasa bersama-sama dengan jurulatih-jurulatih lain. Selalu buat bising yang entah apa-apa. Dia tak suka. Dia lebih tidak suka pada lelaki itu apabila dia cuba memandai-mandai. Sepatutnya rekrut baru takut pada jurulatih, tetapi Viper menjadi kegemaran rekrut di situ. Rupa sahaja garang, badan otot berketul-ketul, tapi dia menjadi kegemaran rekrut pula!
Tambah-tambah lagi setelah Viper menunjukkan skilnya membuat bom. Semua teruja dan kagum dengannya. Nama Viper telah mengatasi populariti Singa Betina. Ini tak boleh berlaku!
YOU ARE READING
VIPER
ActionViper, iaitu salah seorang ahli Alpha Team telah digantung dari tugasnya kerana telah melanggar perintah di dalam satu operasi. Dia telah didenda dan dihantar untuk memberi latihan ketenteraan kepada perajurit dan kadet. Di sana, dia bertemu dengan...