BAB 7

378 10 0
                                    

Kapten Puteri Thalia Amanda. Namanya pun secantik tuan empunya badan. Dia cuba biarkan, namun sukar untuk melupakan wajah itu. Sentiasa datang menari-nari di hadapan matanya.

Tak apa, belum cuba, belum tahu. Dia dah tak lena tidur malam. Termimpi-mimpi akan gadis itu. Mana boleh berputus asa sebelum mencuba. Motonya yang berbunyi, 'Nothing is Impossible' itu akan dipakai untuk mengorat gadis itu, bukan untuk mematikan bom.

Alah... segarang seekor singa, masih boleh dijadikan haiwan di sarkas. Inikan pula seorang perempuan. Viper cuba yakinkan diri. Dia akan cuba jinakkan Singa Betina itu!

"Hebat, kan?" Zahri menegurnya. Lelaki berusia pertengahan 30-an itu berkata, dengan rasa kagum. "Lelaki pun boleh kalah dengan dia."

"Hmm, memang hebat." Viper turut kagum dengan ketangkasan dan kekuatan Thalia beraksi di gelanggan tinju. Ini bukan calang-calang wanita! Segarang singa, setangkas cheetah.

"Dia ialah antara jurulatih yang terbaik yang kita ada. Masih muda, tapi segala jenis tali pinggang dia ada. Memang hebat!" kata Zahri lagi, dalam nada yang tak kurang kagum biarpun dia sendiri pun hebat.

"Ouch!"

Viper berkata perlahan, sebaik sahaja tubuh lawan Thalia menghentak lantai gelanggang tinju. Dia tersengih. Masih berdiri di satu sudut dengan kedua tangan berlipat ke dada. Dalam santai dan kagum dia menonton adegan Thalia mengganyang pegawai lelaki yang menjadi lawannya.

Mereka ketawa dengan perlahan, lebih kepada tawa yang terpendam di dalam perut, yang cuba ditahan. Seronok melihat pegawai lelaki yang tubuhnya lebih besar dari tubuh Thalia ditumpaskan. Wajahnya merah menahan malu.

"Kau tak nak try ke? Buat malulah, kita asyik kalah je..." Zahri bertanya. 'Kita' bermaksud golongan lelaki.

"Perempuan tu..."

"Kat sini, tak kisah perempuan ke lelaki. Pergilah, tunjuk power sikit." Zahri mengekek. Dia dah bosan melihat golongannya dikalahkan oleh Kapten Thalia. Buat malu kaum je!

Viper geleng dan tanpa berkata apa-apa, dia sudah melangkah perlahan ke arah gelanggang. Dia menunggu Thalia keluar dari gelanggang sebelum menegurnya.

"Hi!"

"Hi." Kali ini Thalia membalas, namun dalam cara tidak acuh. Tuala yang telah tersedia diambil lalu muka dan leher dilap. Rambut hitam yang ditoncang tinggi lembab dengan penuh yang merenik. Botol air dibuka penutupnya, lalu air mineral diteguk senafas.

"Awak memang hebat," puji Viper dalam nada santai.

"Thanks." Sekali lagi balasan gadis itu kepada Viper sekadar berbasa-basi sahaja. Tiada rasa 'terima kasih' yang sebenarnya dari ucapannya.

"Saya suka tengok awak bertinju..."

"Are you hitting on me?" tanya Thalia dengan berani, secara tiba-tiba, mencantas ayat Viper.

Sepasang mata yang tajam menusuk dengan berani ke dalam anak mata lelaki yang menegurnya. Ini kali kedua lelaki bertubuh kekar itu menyapanya. Nampak sangat nak mengorat!

Terkedu, namun dia sempat mengawal keadaan, lalu jawapan diberi. "Yes," jawab Viper dengan lebih berani.

Satu senyuman yang kelihatan nekad bersama dengan pandangan mata yang tidak mengalah melawan mata gadis itu. Mata mereka beradu buat beberapa saat sebelum Thalia melarikan pandangannya dengan meletakkan botol air ke dalam beg gim.

"Forget it."

"Kenapa?"

"Awak dah gagal."

"Kenapa?" Soalan 'kenapa' kali ini ditanya dengan nada bersalut sedikit provokasi. Langsung tidak menunjukkan bahawa dia terasa hati atau tergugat. Ia hanya satu soalan semata-mata.

VIPERWhere stories live. Discover now