RAYZEEF ARYYAN 1 ✓

932 23 1
                                    

Selangkah demi selangkah aku berjalan demi menilik ke ruangan dapur. Suara dua orang yang berlainan jantina semakin kuat menusuk ke ruangan telinga.

      "Sweetlah you ni, tak pernah lagi tau I dapat suprise macam ni."

      "Anything for you baby."

      Siapa pula yang berbaby-baby dalam rumah aku ni? Suara perempuan yang ku dengar itu bukan suara mama tapi suara lelaki tu macam suara papa.

      Aku melihat sedikit di sebalik dinding. Benar sekali kata hatiku. Papa bawa balik betina lain masuk dalam rumah ini. Aku tak tahu lagi mahu memberi reaksi apa lagi. Sedikit terkilan dengan perbuatan papa ketika ini.

      Aku mengumpulkan kekuatanku untuk menghadapi situasi ini.

      "Papa!!! What are you doing? And you, what are you doing here?" naik satu oktaf suaraku.

      "Arisya, I can explain."

      "Nak explain apa lagi, pa? Dah terang lagi bersuluh kot. Oh, jadi inilah kerja papa selama ni? Tak kesian kat mama ke?"

      Tetap kelihatan tenang walaupun hati sedang sakit.

      "Ni kawan papa, Asya."

      "Kawan apa sampai baby-baby bagai? Papa ingat Asya ni bodoh sangat ke macam papa sampai bawa perempuan lain masuk rumah?"

      Kurang ajar tak kurang ajar. Siapa suruh bawa masuk perempuan entah mana-mana?

      Cepat-cepat aku memusingkan badanku dan melangkah laju meninggalkan tempat itu. Suara papa yang memanggil namaku tidak dihiraukan lagi.

      Bagaimana perasaan mama apabila mendengar semua ini sedangkan aku sebagai anak yang melihatnya sebentar tadi pun sudah sakit.

      Aku mengeluarkan telefon bimbit yang berada dalam poket seluar lalu jari menekan nombor mama yang tertera pada skrin.

      "Hai... Anak mama call ni dah rindu kat mama ke? Sabar ye... Esok mama dah naik flight balik ke Semenanjung. Nanti sampai boleh peluk mama puas-puas okay?

      Aku terdiam seketika. Patutkah aku memberi tahu mama? Suara ceria mama ketika ini membuatkan aku berasa serba salah ingin memberitahunya tentang hal yang sedang berlaku ketika ini.

      Ya, mama baru sahaja pulang dari outstation di Sarawak. Ada beberapa tugas di sana yang perlu diselesaikan. Isteri mencari rezeki di luar sana tapi suami?

      "I miss you mama... " aku meluahkan perasaanku.

      Fikiran yang masih teringatkan hal baru sahaja berlaku sebentar tadi membuatkan air mata aku mahu keluar dari kelopak mata. Apatah lagi mendengar suara lembut mama di balik telefon itu.

      "I miss you too, Asya. Oh ya, mama ada belikan kek lapis Sarawak kegemaran kamu."

      Mama memang tahu aku sangat menggemari kek lapis Sarawak. Sejak pertama kali mama menjejakkan kaki ke negeri yang digelarkan Bumi Kenyalang itu sehinggalah sekarang mama akan membeli kek tersebut untukku.

      "Papa kamu sihat ke?"

      Soalan tersebut membuatkan aku terdiam sehinggalah mama memanggilku.

      "Asya, mama tanya ni... papa kamu sihat dak?" mama bertanya sekali lagi.

      "Alhamdulillah sihat maa. Masih kuat lagi tu hahaha."

RAYZEEF ARYYANWhere stories live. Discover now