RAYZEEF ARYYAN 5 ✓

245 13 1
                                    

Pagi yang begitu indah dengan bunyi burung yang berkicauan. Langit yang biru beserta awan yang pelbagai bentuk. Indah sungguh ciptaan tuhan. Aku berasa syukur padanya kerana masih diberi peluang untuk menikmati keindahan dunia yang indah ini.

Pada saat ini jugalah aku berasa rajin semacam untuk berjoging. Selesai mandi, sarapan, aku terus mencapai kasut sport berwarna hitam yang kelihatan masih bersih. Nampak sangat jarang bersenam. Badan pun sudah nampak sikit lemaknya.

Aku mencapai telefon dan tidak lupa kepada Apple airpods kesayangan aku supaya nanti tak adalah rasa bosan sangat semasa berjoging nanti.

Sebelum tu aku nak call si Rika dulu. Kot dia boleh teman aku ke hari ini.

tuttt
tuttt

" Ha ada apa call aku pagi ni? " belum sempat lagi aku bagi salam, dia dah sapa aku dulu. Bertuah punya budak.

" Ni aku nak tanya kau free tak pagi ni? Aku ingat nak ajak kau joging kat area rumah aku ni. Sambil tu boleh lepak taman. Segarkan minda. "

"Alamak Sya, aku tak boleh la teman kau. Sorry sangat-sangat. Aku nak kena kemas barang ni nak balik rumah mak aku. Saja nak jenguk dia sementara kelas tak ada dua hari ini. Hari itu kan aku tak dapat nak balik, rindu la jugak. Sorry dowh."

Dengar sahaja Rika berkata begitu terus aku teringat bahawa Rika sudah lama tidak pulang ke rumah mamanya cuti sem minggu lepas.

" Ah takpelah kalau macam tu. Aku pergi sorang je lah. By the way nanti kirim salam tau dekat Auntie Wina. "

Auntie Wina tu boleh kira rapat la dengan aku. Yelah, mak kepada bestie kan. Mana tidak rapatnya.

" Insyaallah... "

Setelah talian dimatikan, aku terus keluar kunci pintu rumah dan teruskan tujuan aku pada awalnya.

Hmm... risau la pula pada mama aku. Nanti balik dari joging aku nak call dia. Selepas itu terus siap-siap barang balik rumah. Selain rindu tuan badan, rindu juga nak rasa masakan mama yang sedap tu.

Akhirnya sampai juga aku ke taman setelah beberapa minit berjoging. Haa mantap ada kerusi. Duduk sekejap. Penat tau, ingat tak penat ke?

Tiba-tiba ada seseorang jejaka bertopeng hitam lalu di hadapan aku. Agak tinggi jugalah. Hensem? Heh, aku pun tak tahu lah sebab aku rasa semua lelaki sama sahaja. Muka hensem tapi perangai, Nauzubillah.

Tapi pelik juga aku dengan mamat itu. Tak sesak ke joging dengan muka bertutup macam tu? Betul-betul lelaki misteri. Entah-entah lelaki itu jadi pemburuan polis? Astagfirullah... apa benda aku fikir ini?

Ralit aku memandang kawasan taman tiba-tiba, eh? Lah, wallet siapa pulak dah ni? Aku tengok kiri kanan atas bawah depan belakang, aku rasa mana ada orang lalu tadi.

Kepala aku memikir dan terus memikir. Punya siapa ini dompet? Siapa lalu depan aku tadi? Entah-entah, mamat tadi yang lalu depan aku punya tak?

"Hmmm, mana nak cari dia eh? Dahlah taman ni luas. Kena cepat ni karang dia dah balik kang tak memasal . Tapi dia kat mana sekarang?" aku bercakap seorang diri.

Aku pun mulalah operasi untuk mencari tuan punya badan wallet berwarna hitam ni. Kemudian, aku melihat seorang lelaki yang sedang menunduk dibawah meja yang terletak tidak jauh dariku. Mungkin itu kot mamat tadi. Cari dompet la tu. Itulah cuai lagi.

Aku mendekati lelaki itu lalu memberanikan diri untuk menegurnya. Dahlah aku ni tak biasa bercakap dengan lelaki depan-depan. Nico? Nico tu lain. Dia tu dah lama dengan aku. Ini lelaki tak pernah jumpa langsung.

RAYZEEF ARYYANWhere stories live. Discover now