RAYZEEF ARYYAN 6 ✓

221 11 1
                                    

" Mama!!! " aku menjerit sambil berlari anak ke arah mama.

Aku mendapatkan tubuh yang sedikit kecil itu dan memeluknya dengan erat. Melepaskan rindu la katakan.

" Eh anak bertuah ni dah sampai? Kenapa tak bagi salam masa masuk rumah tadi? " kata mama sambil mengurut dadanya kerana sedikit terkejut aku terjah.

" Alaaa.. sorry maa. Asya saja nak surprise mama. Ni Asya ada belikan ole-ole untuk mama. " kata aku pula .

Aku mengeluarkan ole-ole yang telah aku beli semasa perjalanan menuju ke rumah mama tadi.

" Dekat tepi jalan tu ada lah seorang akak tu jual kuih peneram. Teringat pula mama suka kuih peneram ni. So, Asya belilah sebungkus. Khas untuk mama. " kata aku lagi.

" Wahhh, sedap ni. Ingat juga ya kamu dekat mama ni. " ujar mama sambil tangannya membuka bungkusan plastik.

" Siapa je yang tak ingat kat buah hati saya yang comel ni? " kata aku sambil memeluk tubuh mama.

" Elele saja la tu nak ambil hati mama. Eh jomlah kita makan . Ni nasi goreng cina favourite kamu. " Kata mama sambil menyedok nasi goreng cina ke atas pinggan untuk dihidang kepadaku.

" Wah mesti sedap ni. " kata aku pula.

Selesai kami berdua makan, mama mengajakku untuk keluar melawat halaman rumah yang penuh dengan bunga. Sejujurnya aku tak suka bunga. Tak tahu lah. Dah tak suka nak buat macam mana kan?

Aku tengok semua pokok mama kelihatan subur. Rajin mama jaga semua pokok ni. Ibarat pokok itulah yang jadi peneman mama setiap hari.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana Dia memberikan kesihatan yang baik kepada mama. Walaupun papa tinggalkan mama, mama tetap kuat hadapi semua benda. Aku kagum dengan mama. Aku pun nak jadi kuat macam mama.

"Asya? " mama mematikan lamunanku.

" Ye mama. "

" Asya boleh janji satu benda dengan mama? " mama menanyakan soalan kepadaku.

" Janji apa tu mama? " lantas aku melabuhkan punggung disebelah mama.

Janji apakah yang bakal diberikan oleh mama? Mampukah aku untuk menunaikannya? Dari sudut hati, aku tertanya-tanya.

" Kalau mama dah tak ada kat dunia ini nanti, Asya jagakan pokok-pokok ini ya? " kata mama. Suaranya sedikit muram.

" Mama, mama cakap apa ni? Asya tak suka tau mama cakap macam ni. Asya jadi sedih, Asya tak mampu lagi nak hadap semua tu, mama. " kata aku pula. Tiba-tiba sebak pula hati.

Yelah, siapa saja yang tak sebak bila orang tersayang cakap pasal mati ni semua?

" Asya, ajal dan jodoh ini semua di tangan tuhan. Kalau tuhan nak tarik mama dari pelukan Asya sekarang pun boleh. " ujar mama lagi.

Memang ajal ni tak kira waktu ma, tapi Asya belum bersedia untuk hadapi semua benda itu. Asya tak kuat lagi mama.

Tanpa ku sedari, air mataku sudah mengalir ke pipi. Mama yang melihat reaksi aku pada waktu itu terus mendekatiku dan memelukku.

" Shhhh jangan menangis, sayangg. Mama janji, selagi diri ini masih bernafas mama akan usaha berikan semua kasih sayang mama kepada Asya. " kata mama lagi.

RAYZEEF ARYYANWhere stories live. Discover now