RAYZEEF ARYYAN 2 ✓

312 16 0
                                    

Dari jauh aku melihat Rika sedang berbual dengan salah seorang lelaki daripada dua orang sekawan. Hanya seorang sahaja yang kelihatan ramah manakala seorang lagi ralit bermain telefon. Mesej girlfriend mungkin?

Elok sahaja aku sampai, mereka berdua pun sudah berlalu. Aku mencuit bahu Rika yang tersenyum mengintai dua orang lelaki yang sudah semakin jauh dari pandangan.

"Tak sengaja bertemu jodoh hari ini. " jawab Rika tersipu malu.

"Yang mana satu? Baju hitam ke Baju kuning?"

"Baju hitam... nama dia Nico. Perghhh aesthetic siak! By the way diorang berdua tu belajar sama kolej dengan kita. Course pun sama dengan kita. Tapi macam tak pernah nampak pun diorang dalam kelas." Rika menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

Aku yang tidak tahu apa-apa hanya mengangguk dan menghirup hot chocolate yang baru dibeli tadi. Memang tak pernah dengar nama lelaki yang disebut oleh Rika sebentar tadi. Mungkin ada nama samaran lain.

"Aku rasa macam nak try dia lah." kata Rika secara tiba-tiba.

Kata-kata Rika itu membuatkan aku tersedak. Perempuan? Try lelaki???

"Engko dah kenapa minah? Crush salah sebut nama ka?" kelihatan Rika cemas seketika.

"Wehh serius ka hang ni nak pi try dia? Baru sehari jumpa kot. Itu pun tak sampai sehari. Nama kucing dia pun kau belum tahu." aku mengambil tisu yang berada dalam beg dan menyapu mulutku.

"Haaa itu yang kau tak tahu. Inilah yang dipanggil cinta pandangan pertama."

Ceh, pandangan pertama lah sangat. Nanti yang pandangan pertama jugalah yang jadi tangisan paling lama.

"Yang duduk sebelah dia tu kau tak tanya pulak namanya?"

"Ohhh, itu namanya Ray. Nico cakap dia kurang fasih berbahasa Melayu ni disebabkan dia dari Sarawak." jelas Rika.

"Faham..." aku mengangguk. Patutlah asyik tengok telefon saja.

Perbualan kami berdua terhenti seketika apabila telefonku berdering tanda ada panggilan masuk. Aku melihat skrin terlebih dahulu sebelum mengangkat. Tanganku lantas menjawab panggilan tersebut apabila tulisan yang bertulis tertera pada skrin tersebut adalah mama.

"Amboi rancak sangat borak tu kat dalam sampai mama sampai depan pintu rumah pun tak perasan. Tak nak sambut ke?" percakapan mama membuatkan dahi aku berkerut. Bukankah aku sudah beritahu mama yang aku keluar dengan Rika petang ini?

"Errr.. Asya kat luar ni dengan Rika." aku mula berasa tidak sedap hati. Adakah betina itu ada di dalam?

"Tapi mama nampak ada heel warna hitam depan pintu rumah. Bukan Rika punya ke?"

Sah! Memang perempuan simpanan papa ada dalam rumah.

"Er Asya balik sekarang. Mama jangan masuk dalam lagi." aku mematikan panggilan.

"Rika, kita kena balik sekarang. Urgent." pantas tanganku menarik tangan kanan Rika.

Kami berdua masuk ke dalam perut kereta dan aku terus memecut laju tanpa memikirkan Rika yang masih tertanya-tanya. Dalam fikiran aku hanya pada mama. Bagaimana mama nak terima semua benda ini?

"Boleh tak kau bagitahu aku apa yang terjadi sebenarnya? Tiba-tiba sahaja. Bawa kereta pun macam orang dah tak nak hidup." kata Rika sambil menutup mata.

Aku terus mendiamkan diri. Selang beberapa minit, kami tiba di hadapan rumah dan aku melihat mama terduduk manakala papa sedang memeluk pinggang perempuan simpanannya itu.

RAYZEEF ARYYANWhere stories live. Discover now