RAYZEEF ARYYAN 9 ✓

190 13 0
                                    

Selepas seminggu pertemuan aku dengan Azarul di taman, fikiran aku tak keruan. Aku masih ingat kandung mesej yang dihantar olehnya beberapa hari yang lepas.

   "Aku akan pastikan kau jadi milik aku selamanya, Asya."

Bukan aku tidak menerima kehadiran dia kembali dalam hidup aku. Aku masih ingat kejadian di mana dia sendiri yang memilih kawan baik aku sendiri dan meninggalkan aku begitu saja.

Malam itu aku melihat dengan jelas sifat sebenar dua orang yang sangat aku percaya. Apa yang terjadi masih bermain di kepalaku.

      Aku membawa buku yang diminta oleh Azarul petang semalam. Aku memberitahu Azarul bahawa ingin berjumpa dengannya di kafe tapi sengaja aku membiarkan Azarul menungguku lebih awal kerana ingin membuat kejutan.

Aku membawa kek yang ditempah ke kafe itu dengan berhati-hati. Hari ini merupakan hari lahir Azarul. Jadi aku ingin meraikannya di sana. Meskipun sederhana, tapi semua ini amat bermakna. Namun, ada sesuatu yang terjadi pada masa ini menyebabkan kek yang dibawa jatuh di permukaan lantai.

Jantung aku seolah-olah ingin berhenti di situ. Kelihatan tangan Azarul menyentuh bahu seorang wanita di sebelahnya dan wanita itu ialah... sahabat aku sendiri?!

Aku menarik nafas panjang sebelum melangkah menuju ke tempat duduk mereka. Mereka berdua sedikit terperanjat melihat kehadiran aku di situ.

   "Apa semua ni, Ain? Azarul?!"  suaraku sedikit bergetar menahan tangisan yang hampir pecah.

Mata Ain tidak berani untuk memandangku. Dia tahu dia salah. Suasana gelak tawanya kini berubah menjadi sepi.

Mataku kini beralih ke arah Azarul. Air mataku tidak mampu untuk bertahan lagi. Hari yang sepatutnya membawa bahagia kini berubah serta merta menjadi sejarah yang paling sakit.

   "Sayang, saya boleh jelaskan."  Azarul kini berdiri di hadapanku dan mata kami bertentangan.

Sakit. Sakit sangat. Kenapa Ain? Kenapa kawan baik aku sendiri?

   "Asya, apa yang kau nampak tadi—" Ain mula mara ke arahku.

   "Jangan berani cakap walaupun satu ayat! Azarul, explain this. Why her?!" aku memandang ke arah Ain yang menundukkan wajahnya ke bawah.

Aku tahu selepas ini aku akan kehilangan dua orang yang aku sayang.

   "Aku sayang dekat kau separuh mati, Azarul. Kenapa kau sanggup buat aku macam ni? Dan kau, aku anggap kau sebagai sahabat Ain. Kenapa kau aniaya aku macam ni?"

Azarul cuba untuk mencapai pergelangan tanganku namun tanganku lebih pantas menolaknya.

   "Dengar dulu, Sayang. Saya boleh explain semuanya."

   "Stop call me, Sayang." mata aku tajam menatap matanya, menunggu alasan yang bakal dikemukakan. Tapi semakin dia berbicara, makin aku rasa jijik. Jijik dengan kebohongan dan pengkhianatan.

Aku mengambil langkah untuk pergi dari situ. Namun langkahku terhenti apabila Azarul akhirnya mengaku segala-galanya tentang hubungan dia dengan Ain.

    "Ya, memang aku ada hubungan dengan Ain dan aku rasa Ain jauh lebih sempurna daripada kau. Kau pun tahu kau cacat."

Kata-katanya bagaikan satu tamparan. Mulut aku ternganga, tidak percaya dengan apa yang aku dengar. Air mata yang ditahan sudah pun jatuh ke pipi.

    "Jadi, selama ini aku cacat dekat mata kau?"

Azarul hanya mengangkat bahu, seperti tidak peduli. "Apa nak buat? Aku cuma nampak apa yang ada depan mata. Ain lebih baik, dan kau hanya tempat aku hilangkan penat aku saja. Aku rasa Ain pun tak perlu nak minta maaf dekat kau."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 19 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

RAYZEEF ARYYANWhere stories live. Discover now