Bab 1

1.2K 83 4
                                    

Siapa Wu Yi Fan ni? Penting sangat ke dia ni sampai nak kena lindungi dia? Keluarga Park ni siapa pulak? Aduhai, lecehlah macam ni!

"Nama saya Yoo Ah In" pagi-pagi buta aku dah tercegat dekat sekolah ni. Dah namanya pun sekolah, mestilah datang pagi-pagi.

"Awak boleh duduk dekat belakang sana" arah cikgu Matematik baru aku itu. Aku pergi ke belakang dan duduk di situ. Aku menoleh ke meja di sebelah aku. Apesal dia tidur? Tak nampak ke cikgu tengah mengajar dekat depan tu?

"Biarkan je dia tu. Dia memang selalu tidur dalam kelas" seorang pelajar lelaki menyapa aku.

"Nama saya Do Kyungsoo. Panggil D.O" D.O tersenyum ke arah ku. Aku membalas senyumannya.

"Awak buat latihan ni. Saya ada mesyuarat. Jangan bising" suara cikgu matematik yang aku masih belum kenal menghentikan perbualan aku dan D.O.

"Erkk..kenapa ni?" Aku terkejut apabila semua pelajar lelaki mengerumuni ku.

"Hai beauty"
"Boleh kenal?"
"Nak nombor phone?"
Dan macam-macam sapaan lagi.

Haih!!

Ni bukan kali pertama orang cakap aku cantik. Tapi takkanlah dekat Korea ni langsung tak ada perempuan yang lagi cantik daripada aku? Diorang kan banyak artis perempuan yang cantik lagi seksi.

Aku tersenyum kekok.

"Maaf tapi.." belum sempat aku menjawab tiba-tiba aku terdengar ngauman singa. Hiperbola je tu. Ngauman singa lah sangat. Macam lah aku sekolah dekat hutan. Lelaki sebelah aku yang tidur ni menjerit macam singa. Sakit woi telinga.

"Nak bising dekat tempat lainlah. Aku nak tidur!!" Semua tersentak. Dalam hati aku rasa lega jugak sebab dia ni dah tolong menghalau langau-langau tadi tu.

"Eh, awak nak bawak saya pergi mana ni?" Tiba-tiba pelajar lelaki yang mengerumuni aku menarik tanganku. Dari sudut pandangan aku lah, diorang bawak aku pergi belakang sekolah.

"So, kita boleh cakap dengan aman sikit dekat sini" kami berhenti di tepi padang sekolah. Aku menjeling mereka.

"Macam ni eh awak semua layan budak baru?" Tanya ku sinis.

"Tak. Kami layan budak cantik je macam ni" balas mereka sambil tergelak.

"Layan budak cantik sepatutnya dengan lemah lembut. Bukannya gunakan kekerasan" Ah In sendiri tak sedar yang dia mengeluarkan kata-kata itu.

"Aduhai bro, kalau dah namanya perempuan mesti kerjanya membebel je kan?" Mereka tergelak.

"Ni bukan kekerasan. Ni namanya maskulin" mereka membuat gaya macho. Rasa macam nak muntah pink pulak kat sini.

"Korang ingat korang hensem? Muka macam jalan raya tak siap, ada hati nak mengurat anak dara orang. Pi da!" Ah In mencebik.

"Amboi kau punya ayat. Habis tu siapa yang hensem? Group Exo tu? Yang duduk sebelah kau tu? Siapa nama dia, Wu Yi Fan?" Nampaknya aku dah naik kan angin diorang.

"Apa yang korang cakap ni? Exo? Wu Yi Fan? Eh kejap. Wu..Wu..Yi Fan?" Ah In seperti teringat sesuatu. Dia ingin bertanya jika mereka mengenali Wu Yi Fan.

"Woi!!" Jerit sekumpulan pelajar lelaki dari arah kiri.

Ah In terkesima. Siapa diorang ni? Kenapa semua hensem-hensem?

"Dia dah datang dah!" Jerit salah seorang di situ.

"Ah In, jom balik kelas" D.O menarik tanganku. Aku
terpinga-pinga. Aku mahu bertanya mereka mengenai Wu Yi Fan.

"Dah, Hyung. Jom balik kelas" ajak seorang lagi ahli kumpulan D.O. Sekolah ni ada kumpulan apa? Kongsi gelap ke?

"Ni Kai" D.O memperkenalkan ahli kumpulannya.

"Saya Suho. Ketua kumpulan" jadi ni bukan kumpulan D.O, tapi Suho.
(Dan lain-lain kecuali Kris)

"Group kami namanya Exo" Sehun memberitahu. Aku mengangguk-angguk. Patutlah diorang jelous dekat group ni. Semua memang hensem belaka.

"Ada lagi seorang ahli kami. Nama dia Kris. Yang duduk sebelah awak tu" Suho menyambung.

Jap! Tadi diorang kata nama budak sebelah aku Wu Yi Fan. Kris ni siapa pulak?

"Wu Yi Fan?" Nama itu terpacul di mulut ku. Mereka memandang sesama sendiri.

"Awak dah tahu pasal kitaorang ke?" Tanya Baekhyun. "Umph...maksud awak?" Aku bertanya.

"Awak tahu ke yang kami ni artis?" Bulat mata aku mendengar apa yang dicakapkannya. "Awak semua artis?"
"Nampaknya dia baru tahulah" bisik Sehun.

"Awak baru tahu kami artis?" Tanya D.O. Aku mengangguk.

"Serius lah. Perempuan ni baru keluar dari hutan ke apa?" Chanyeol seakan tak percaya.

"Saya memang asal Korea. Tapi saya tak membesar dekat sini" balasku perlahan. Mereka terdiam.

"Habis tu macam mana awak boleh tahu pasal Wu Yi Fan?" Soal Xiumin. "Apa kena mengena Wu Yi Fan dengan group korang" soal ku kembali. Aku tak dengar pulak ada ahli nama Wu Yi Fan.

"Wu Yi Fan tu adalah Kris" jawab Suho.

"What???!" Ah In berlari ke dalam kelas dan mencari Kris a.k.a Wu Yi Fan. Tak ada!

"Awak cari siapa?" Tanya D.O pelik.

"Kris, bukan Wu Yi Fan. Ah! Apa-apa je lah nama dia" Ah In melihat muka D.O.

"Pergi dating lah tu" umpat Tao. "Dating?"

"A'ah, dating. Dengan Park Se Ah" jawab Chanyeol.

Park Se Ah. Park? Keluarga Park? Iye ke? Habis tu Park Chanyeol? Park jugak kan?

Ah!! Serabut!

[C] My AngelWhere stories live. Discover now