Bab 7

526 61 0
                                    

"Mana janji Se Ah?" Suara itu menerjah masuk ke telinga ku sebaik sahaja aku masuk ke rumah. Papa sedang duduk di kerusi memandang aku yang baru pulang dari sekolah.

"Sabarlah. Kita tak boleh tergopoh-gapah. Nanti dia kesan" aku memberi alasan. "Kenapa Se Ah tak goda dia supaya bagi Urban Holdings cepat sikit?" Suara tua itu bertanya lagi.

Apa nak jawab ek? Aduhai..."Se Ah tak dapat nak goda dia lagi. Dia bukan boyfriend Se Ah lagi" aku berterus terang. Mukanya nampak terkejut. "What are you doing Park Se Ah?!" Marahnya. Aku tergamam. "Papa jangan risau. Kris akan tepati janji. Se Ah kenal dia" walaupun menggeletar satu badan kerana tengkingan sulong papanya, dia tetap menggagahkan diri berkata-kata.

"Pastikan betul" suara papa kembali tenang dia kemudiannya berjalan mendekati aku. Dia berbisik. Aku menelan air liur. Senyuman orang tua itu menemaniku sehingga dia menaiki tangga terakhir.

"Kalau Urban Holdings tak jatuh ke tangan aku, nyawa kau akan tergadai. Faham?" Ugutan itu terngiang-ngiang di telingaku. Tanpa sedar, air mata aku mengalir. Sedih sebab kena tinggal dengan Kris? Tak lah!

.......................................
"Sejuknya" Ah In mengerang kesejukan. Apesallah diorang ni keluar time musim sejuk. Aigoo!

"Hachoo!" Dia bersin buat kelima kalinya. Dahlah tinggalkan aku sorang kat luar kedai ni. Dia memandang Exo yang berada di sebuah kedai baju berhampiran dengannya. Bukan tak nak ikut, tapi dia tidak gemar shopping-shopping bagai ni. Leceh!

Seseorang menghulurkan tisu kepada ku. Kyungsoo. Aku mengambil dan menghadiahkan sebuah senyuman kepadanya. Dia duduk di sebelah aku.

"Kenapa tak masuk dalam?" Tanya D.O. "Tanya saya pulak. Awak tu, apesal tak ikut diorang shopping?" Soalku kembali. "Orang tanya dia, dia soal kita balik pulak. Orang kata kalau soalan dibalas dengan soalan maksudnya orang tu suka kat kita" guraunya.

"Buat lawak pulak" aku sekadar gelak kecil dengan lawak tak jadinya tu. Dia tersengih. "Saya tak suka shopping" jawabnya. Aku memandang D.O dengan pandangan 'seriously'. D.O mengangguk.

"Samalah kita" aku menjerit gembira. Tak sangka ada jugak orang yang sekepala dengan aku ni. Ramai kawan-kawan aku cakap aku ni pelik sebab tak suka shopping. Diorang kata aku ni satu dalam dunia je yang tak suka shopping. Tapi diorang silap sebab Kyungsoo pun tak suka shopping. Yehet!! (Semenjak aku kenal Sehun aku selalu cakap perkataan ni)

"Ah In..." panggil D.O. Dari suaranya aku dapat rasakan yang dia ni sedih. "Kenapa?" Aku bertanya. Dia membuka mulut tetapi macam sukar diluahkan.

"Awak...Kris... err...ada apa-apa ke? " tanyanya gagap. Lah, itu je ke? Aku ingatkan masalah ekonomi yang dia nak cakap. "Tak..." aku mahu menjawab tetapi lenganku ditarik dari tepi.

"Kris?" Muka aku dan mukanya hanya dekat seinci. Aku mula cuak. Apa yang dia nak buat ni? Kris tersenyum membuatkan aku bertambah pelik. "Jom!" Dia menarik aku ke gelanggang luncur ais. Aku dapat melihat perubahan pada air muka D.O bila aku ditarik oleh Kris.

Kenapa ni D.O? Janganlah macam ni. Cuba senyum sikit.

[C] My AngelWhere stories live. Discover now