Bab 21

380 47 0
                                    

Dia terbangun. Wajahnya basah disirami air. Matanya menangkap seraut wajah yang sangat dia kenali.

"Rindu aku?" Tanya Gerrald. Mata Se Ah menjadi segar bugar. Dia melihat Ah In di sebelahnya yang masih tidak sedarkan diri. Tengkuknya sakit. Barangkali sebab dipukul tadi. Se Ah menyiku Ah In menyuruhnya bangun. Ah In tersentak. Dengan kepala yang sakit dan keadaannya yang dalam bahaya.

"Se Ah...Se Ah..." panggil Park Han Go, abah kepada Se Ah. Pembetulan, abah angkat. "Kau nak apa orang tua?" Suara Se Ah meninggi.

"Wah! Bukan main kurang ajar kau sekarang eh? Buang duit je aku didik kau selama ni" tangannya hinggap di pipi Se Ah. Se Ah terpelanting namun disambut oleh Ah In.

"Kalau kau didik aku tinggi macam mana sekali pun, kalau kau tak beri kasih sayang, tak jadi apa!" Se Ah melawan. Ah In cuba untuk menghentikan perbuatan Se Ah namun dia tak berkuasa melawan keinginan Se Ah memberontak. Jadi Ah In membiarkan. Dia sendiri tak tahu bagaimana Se Ah dibesarkan dengan segala kemewahan tapi bukan kasih sayang. Perasaan bersalah membelenggu dirinya kerana tidak menyayangi adiknya.

"Kau tak payah nak ajar aku pasal kasih sayang. Dalam hidup ni, tak perlu ada kasih sayang. Konsep hidup aku, siapa cepat dia dapat. Faham?" Tangan tua itu menggenggam rambut Se Ah. Se Ah melirih kesakitan. Ah In menepis tangan tua itu.

"Kau ni siapa? Apa kena mengena kau dengan urusan keluarga kami?" Kali ini tangannya beralih ke muka Ah In. Ah In memberikan jelingan yang tajam terhadapnya.

Se Ah mahu menolong Ah In tapi dia dia tahan oleh konco abahnya. "Jangan apa-apakan dia!" Kris meronta di atas kerusi.

"Hahaha...awek kau ke Kris?" Gi Tae tiba-tiba mencelah. Park Han Go turut ketawa. "Anak muda...biasalah tu. Cinta monyet katakan" dia ketawa mengejek.

"Gi Tae, kau dah dapat tandatangan dekat dokumen tu?" Tanya Park Han Go. Gi Tae mengangguk. "Kalau macam tu, kau bunuh je semua orang dekat sini!" Arah lelaki tua itu. Dia mula menapak ke belakang memberi laluan anak lelakinya dan konco-konconya membuat kerja.

"Kita nak mula dari siapa dulu?" Gi Tae menghuskan pistol ke udara. Dia mengacah-acah pistol itu ke muka Kris, Ah In dan kemudiannya Se Ah.

"Aku rasa, aku tak sabar nak pecahkan muka kacak kau dulu, Kris!" Gi Tae menghalakan pistol ke muka Kris. Pada bila-bila masa saja picu akan di tarik dan peluru boleh dilepaskan.

"Nanti!" Ah In menjerit. Gi Tae memandang ke arahnya. "Kenapa dengan kau?" Tanyanya pelik. Tahulah pakwe kau nak mati, tapi bukan ke sepatutnya cakap 'stop!!!'

"Kau tak tahu siapa aku?" Pernyataan Ah In lebih kepada soalan. Gi Tae menjongkit bahu. "Someone not important, maybe" jawabnya. Ah In tersenyum sinis. Semua memandangnya pelik.

"Aku akak Kris" semua terpempan. Kris yang paling terkejut. Takkanlah selama ni dia bercinta dengan akaknya sendiri? Tapi kalau Ah In adalah kakaknya, kenapa dia bersetuju untuk jadi girlfriend aku?

"Tipu..." tak semudah itu Gi Tae akan percaya. Setakat cakap kau tu akak dia, aku pun boleh cakap aku ni perdana menteri.

"Bukan ke Kris dah mati?" Ah In mengungkit kisah silam. Semua sudah tahu kisah itu kecuali Se Ah. Dia kelihatan terpinga-pinga. Selama ni dia disuruh bertindak tanpa mengetahui kisah yang sebenarnya.

"Jadi?" Park Han Go mula merapati Ah In. "Kris dah mati, tapi...akak kembar dia belum" semua tercengang.

"Kembar?!" Suara Park Han Go meninggi. "Lepas Kris mati, hak syarikat Urban jatuh ke tangan aku. Kris yang depan kau tu, bapak aku upah PA dia untuk cari mana-mana budak dari rumah anak yatim untuk gantikan tempat aku sebagai pengurus Urban. Tapi sebenarnya, Kris yang kau nak bunuh tu bukanlah pewaris syarikat yang kau impikan" bersungguh-sungguh Ah In bercerita.

"Gi Tae! Kau ambil tandatangan perempuan ni!" Arah Park Han Go. Gi Tae menurut. Sebaik saja ikatan di tangannya dilepaskan, Ah In mengangguk kecil. Dia seakan-akan memberi hint.

"Hiyaaa!!!" Suara riuh rendah membuatkan Gi Tae menoleh ke belakang. Kelihatan konco-konconya sedang berlawan dengan beberapa orang lelaki.

Sepantas kilat Ah In menendang 'hotspot' lelaki. (Tahukan kat mana?). Gi Tae mengerang kesakitan. Ah In membuka ikatan Se Ah dan Kris.

Ah In dan Se Ah ingin membawa Kris keluar dari gudang itu kerana keadaan Kris terlalu lemah. Tapi pergerakan mereka di halang dengan konco-konco Gi Tae. Jadi, Ah In meninggalkan Se Ah bersama-sama Kris untuk bertarung di tengah-tengah gudang.

"Sepatutnya dari awal lagi aku patut bunuh kau!!!" Teriak Park Han Go.

[C] My AngelWhere stories live. Discover now