Bab 2

708 70 1
                                    

"Ada apa-apa info pasal dia?" Tanya Ah In kepada seseorang di corong telefon.

"Info? Kenapa cik masih tanya pasal info? Semua maklumat pasal Wu Yi Fan berlambak dalam internet tu. Saya rasa lepas ni cik dah tak perlu upah saya lagi dah" talian dimatikan.

Ah In melihat telefonnya. Aik!! Orang dah bagi job, bersyukurlah sikit. Menolak rezeki betullah.

…………………………………………………

"Oppa, jomlah pergi shopping" Se Ah merayu kepada Kris. Kris tidak mempedulikannya.

"Oppa!" Se Ah menghentak kaki persis anak kecil. "Se Ah please. Tak nampak ke Oppa ada kerja" Kris merungut. Perangai macam budak kecik.

Se Ah memeluk tubuh lalu memuncungkan mulutnya. Kris masih menghadap laptop. Suasana senyap seketika.

"Alololo. Jangan lah merajuk" Kris menarik manja hidung Se Ah. Se Ah memalingkan muka dari Kris.

"Janganlah buat muka macam tu. Sebijik macam cipan tertelan panadol" Se Ah tertawa mendengar lawak Kris.

"Ada cakap muka orang macam tu" dia memukul lembut bahu Kris. "Jom pergi shopping" ajak Kris.

"Aik! Dah tak nak buat kerja lagi?" Perli Se Ah. "Amboii, mulut" Kris mencubit pipi Se Ah.

"Oppa tak boleh kerja kuat sangat. Oppa nak kena belajar, konsert lagi,uruskan Urban Holdings lagi. Takut nanti Oppa jatuh sakit. Siapa susah? Se Ah jugak kan?" Bebel teman wanita Kris.

"Dah tu Se Ah nak suruh Oppa biarkan je syarikat ni?" Tanya Kris. Se Ah menggeleng. Mereka berdua keluar dari bangunan syarikat itu dan berjalan kaki ke shopping mall yang terdekat.

"Macam mana kalau Urban dan Mega jadi partner? Sekurang-kurangnya ayah Se Ah boleh bantu Oppa uruskan syarikat ni" cadangnya.

"Urban dengan Mega? Tak naklah. Saham Urban Holdings bukannya banyak sangat kalau nak di share kan. Baik Oppa jual terus pada Mega je. Terjamin sikit masa depan Urban Holdings" Kris terberhenti apabila Se Ah menghentikan langkahnya.

"Kenapa?" Kris bertanya. Se Ah menggeleng. "Takkanlah Oppa nak jual semua sahan Urban pada Mega?"

"Oppa dah fikirkan perkara ni lama dah. Oppa dah siapkan kertas kerjanya. Oppa tinggal tanda tangan je untuk serahkan Urban pada Mega" jelas Kris. Se Ah berjalan dengan gembiranya pada malam itu ditemani oleh Kris.

……………………………………………………
"Park Se Ah" nama itu serta merta muncul di ingatannya.

"Kenapa dengan anak dia?" Tanya PA ayah. "What?!" Ah In separuh menjerit. Semua mata tertumpu ke arahnya. Dia menunduk malu.

Apa yang aku fikir jadi kenyataan. Park Se Ah anak kepada keluarga Park. Dia juga teman wanita Kris. Habislah kalau macam ni!

Ah In meminta diri setelah perjumpaanya  dengan PA ayahnya tamat. Sebaik sahaja dia melangkah keluar dari pintu restoran, telefonnya berdering.

"Ayah" Ah In memulakan bicaranya.
"Ah In apa khabar?" Suara tua itu kedengaran di corong telefon.
"Baik ayah. Sorry sebab Ah In tak telefon ayah" Ah In sedikit risau akan keadaan ayahnya di sana. "Ayah faham. Ah In sibuk cari Wu Yi Fan kan?" Topik sebenar sudah pun muncul. "Jadi macam mana, dapat jumpa dia?" Sambungnya.
"Dah" jawabku sepatah. "Cepatnya dah jumpa? Macam mana rupa dia? Dah besar ke dia?" Suara ayah kedengaran ceria.
"Dia satu sekolah dengan Ah In. Mestilah dia dah besar. Dia sebaya dengan Ah In" balasku.
"Macam mana dengan keluarga Park?" Tanya ayah. Aku terdiam.
"Dah...dah...ayah, errr...nanti Ah In telefon balik" Ah In memasukkn telefonnya ke dalam kocek.

Dia berjalan ke suatu sudut bagi melihat dengan lebih dekat. Itu Kris dengan Se Ah. Apa diorang buat dekat sini? Datinglah! Apesal lah tanya soalan bodoh ni.

"Urban dengan Mega? Tak naklah. Saham Urban Holdings bukannya banyak sangat kalau nak di share kan. Baik Oppa jual terus pada Mega je. Terjamin sikit masa depan Urban Holdings" kata-kata itu dapat didengari oleh Ah in. No way!

Jangan buat kerja bodoh la Kris!!!

[C] My AngelWhere stories live. Discover now