Bab 16

381 46 0
                                    

"Apesal lembab sangat?!" Suho memarahi Kai dan Chanyeol. "Kai ni hah yang lembab!" Chanyeol marah Kai balik. Kai tarik muka.

"Dah! Dah tahu lambat, lagi nak bertekak. Kau ingat aku ada masa nak dengar korang bertekak?!" Suara Ah In meninggi. Semua terkejut dengan perubahan Ah In. Mungkin dia tengah risau pasal boyfriend dia.

"Sekarang kita nak cari dia dekat mana?" Lay cuba menenangkan keadaan. "Boleh tak kau jangan tanya soalan yang aku tak ada jawapan?!" Sekali lagi mereka semua terkejut dengan watak Ah In.

"Ah In...rileks. Kau marah-marah sekali pun, kita tak akan jumpa Kris" D.O mula memecahkan suasana. Sebenarnya semua Exo dah tak mahu bercakap tapi tiba-tiba boleh pulak si kyungsoo ni bukak mulut.

Tangan Ah In mula terketar-ketar. Dia terduduk di atas jalan. Air mata mula membasahi pipinya. "Aku tak tahu nak buat apa. Tolong aku cari dia. Aku kena lindungi dia. Ini amanah" Ah In bersuara dengan nafas yang tersekat-sekat.

Exo berpandangan sesama mereka. Mereka tak faham apa yang diperkatakan Ah In mengenai amanah. Tapi yang pasti, Kris juga merupakan tanggungjawab mereka. Kris ialah ahli Exo.

"Macam ni, kita call sesiapa yang terdekat dengan Kris ataupun tempat yang selalu dia pergi. Ok?" Suho melakukan tugasnya sebagai ketua. Ah In sekadar mendengar. Kau cari lah Kris tu macam mana sekali pun, kau tak akan jumpa. Aku tahu yang kehilangan Kris ada kena mengena dengan keluarga Park. Jap! Yes, keluarga Park!

Ah In berlari menuju ke keretanya. "Ah In!" D.O menahan pintu kereta sebelum ditutup. "Awak nak pergi mana? Emosi awak tak stabil. Macam mana kalau apa-apa jadi pada awak? Saya ikut" D.O terlebih caring.

"Tepilah!" Ah In menolak D.O menyebabkan D.O terjatuh. Dia kemudian keluar dari kawasan sekolah menuju ke suatu tempat.

Siapalah aku dalam hidup kau kan, Ah In? Sekadar memenuhi ruang watak sampingan kisah percintaan kau dan Kris.

"Nak follow dia dari belakang ke?" Tanya Kai. Suho menggeleng. "Kita cuba call kawan-kawan dia or tempat yang dia selalu lepak" arah Suho. "Tapi bukan ke kawan-kawan Kris tu kita? Tempat-tempat yang selalu dia lepak pun dengan kita?" Ujar Tao yang tiba-tiba jadi cerdik.

"Tao, kita hidup dalam dunia ni bukan 12 orang je tau. Selain daripada kita ber12, mesti ada orang lain jugak yang dia pernah berkawan" tiba-tiba Luhan membuktikan yang dia lebih cerdik daripada Tao.

"Dah, jom gerak" Suho sudah pun menghidupkan enjin MPV mereka.

"Hai Se Ah ..." manja suara Kai di corang telefon. Memandangkan Kai duduk di belakang, jadi semua orang memandang ke belakang untuk melihatnya.

"Woi! Kita nak call orang yang Kris rapat. Bukannya orang yang kau rapat!" Kan dah kena tengking dengan Chen. Kai menutup sikit telefonnya agar Se Ah tidak mendengar apa yang dijerit Chen. "Se Ah pun rapat denan Kris lah!" Chen dapat tengkingan balik. Semua diam.

"Kenapa dengan Kris?" nampaknya Se Ah dah dengar. "Dia tak datang sekolah hari ni. Kitorang pun tak tahu dia kat mana. Dia ada call awak?" Tanya Kai lembut. Dia tak mahu Se Ah risau.

"Tak..tak...dia tak ada call saya. Awak nak saya tolong cari dia?" Se Ah menjawab dengan terketar-ketar. "Tak payah. Awak duduk je dekat rumah Ah In. Kedudukan awak sekarang ni pun dalam bahaya. Serahkan je pada kitorang" Kai memberi arahan sejurus kemudian talian dimatikan.

Se Ah terduduk di sofa buatan itali di ruang tamu rumah Ah In. Tangan kanannya yang memegang telefon menggigil kuat. Dia meraup muka beberapa kali. "Takkanlah abah yang buat?" Persoalan itu membelenggu dirinya.

"Bang!!" Bunyi pintu dari luar dihempas kuat mengejutkan Se Ah.

"Kak...kak Ah In...kenapa ni?"

[C] My AngelWhere stories live. Discover now