Bab 22

400 46 0
                                    

"Sepatutnya dari awal lagi aku dah bunuh kau!!!" Teriak Park Han Go. Ah In menoleh. Pedang samurai dalam tangan Park Han Go boleh di hunus pada bila-bila masa sahaja. Se Ah dalam bahaya!

"Jangan kau berani nak apa-apakan dia!" Ah In menendang belakang Park Han Go. Dia terjatuh dan pedang itu terlepas dari tangannya. Ah In menyepak pedang itu ke tengah gudang.

Kini, Ah In berlawan dengan Park Han Go. Tak sangka tua-tua pun hebat berlawan. Exo yang lain bertungkus lumus berlawan di tengah-tengah gudang.

"Orang macam kau tak sepatutnya hidup!" Ah In menikam perut Park Han Go. Nafas lelaki itu tidak dihembuskan lagi.

"Abah!!!" Jerit Gi Tae. "Tak guna kau pompuan!" Dia meluru ke arah Ah In dengan pedang samurai di tangannya.

"Ah In!" Kris melindungi Ah In. Namun bila derap kaki Gi Tae sampai di tempat mereka, Kris tidak rebah. Langsung tiada kesan hunusan pedang di badan Kris.

"Se Ah!!!" Jeritan Kai dan Ah In berpadu. Serentak dengan itu, tubuh Se Ah rebah di belakang Kris.

Kai berlari ke arah Se Ah. Perjalanan yang hanya berjarak 300 meter terasa jauh baginya.

Ah In mencempung Se Ah dalam dakapannya. Tusukan pedang di perut Se Ah hanya mampu dibiarkan.

"Jangan tinggalkan akak, Se Ah..." lirih Ah In. Kini Kai tiba. Dia mengambil alih untuk meriba Se Ah. "Sayang..." panggil Kai terketar-ketar.

Se Ah mencelikkan matanya sedikit. Dia tersenyum sedikit ke arah Kai. Kemudian dia memandang Ah In. "Terima kasih akak...sebab...sebab bagi Se Ah rasa kasih sayang dari ahli keluarga Se Ah sendiri" senyuman yang diberikan Se Ah cukup bermakna buat Ah In.

"Se Ah cakap apa ni? Akak belum cukup bagi kasih sayang akak pada Se Ah" Ah In menggoncang bahu Se Ah.

Se Ah tidak mempedulikannya. "Kai...terima kasih sebab jadi cinta terakhir saya" air mata Se Ah mula mengalir. Begitu juga dengan Kai. Air mata mereka berabung di pipi mulus Se Ah.

"Kris...jaga akak baik-baik eh?" Kali ini pesanan buat Kris pula. Kris tak tahu bagaimana untuk memberi respon, jadi dia hanya mengangguk.

Perlahan-lahan mata Se Ah tutup. Nafas terakhir dilepaskan. "Se Ah!!!" Kai dan Ah In menjerit bersama.

"Se Ah, jangan tinggalkan saya! Awak dah janji nak sehidup semati dengan saya. Se Ah!" Kai memeluk tubuh Se Ah yang tidak lagi bernyawa.

Ah In pergi di samping Kris. Dia memeluk lutut dan menekupkan mukanya di bahu Kris. Dia menangis teresak-esak. Kris sedaya upaya menenangkannya.

"Se Ah!!" Sekali lagi Kai meraung. Ah In merenung Se Ah dalam pelukan Kai. Dia terlihat kelibat Gi tae yang cuba melarikan diri. Sepantas kilat dia berlari ke arah Gi Tae.

Pertarungan dalam gudang itu telah selesai. Tapi bukan untuk Ah In dan Gi Tae. Mereka dapat melihat kehebatan Ah In berlawan dengan Gi Tae.

"Jangan ingat kau boleh hidup lepas kau dah bunuh adik aku!" Jerit Ah In. "Adik kau? Padan muka" Gi Tae menaikkan kemarahan Ah In. Pedang samurai di lantai diangkat oleh Ah In. Dia melibas-libaskan pedang itu seperti seorang profesional.

"Erghhh!" Gi Tae mengerang kesakitan bila pedang itu tepat menikam jantungnya. Wajah Ah In tak beriak. Tiada sedikit pun penyesalan membunuh orang di wajahnya. Mukanya dipenuhi dengan kemarahan yang membuak-buak. Kris dan yang lain tak mampu bercakap dengannya. Semuanya takut.

Tapi dalam diam-diam, D.O perasan ada air mata yang mengalir di pipi Ah In. Dia mahu meredakan api kemarahan Ah In, tapi tiada ayat yang sesuai untuk diatur bagi menyedapkan hati gadis itu. Biarlah dia reda sendiri...

[C] My AngelWhere stories live. Discover now