Bab 17

372 47 0
                                    

"Mana janji kau pada Se Ah?!!" Mukanya ditumbuk buat kesekian kalinya. Matanya terpejam, seolah-olah tidak mahu melihat kematian.

"Janji apa?" Tenaganya dikumpul dan akhirnya keluarlah soalan bodoh itu. "Janji apa kau kata?!" Sekali lagi perutnya ditumbuk. Cecair merah mengalir dari mulut.

"Kenapa kau buat aku macam ni?" Soalan itu membuatkan lelaki itu tergelak. "Sebab kau bodoh. Kau dah berjanji pada adik aku nak bagi Urban holdings pada kami, tapi kau tak serahkan" halus suara itu memasuki telinganya.

"Kenapa kau nak sangat Urban holdings yang dah nak lingkup tu?" Suaranya. "Kenapa? Bapak kau tak cerita kat kau ke? Opps! Sorry. Bapak kau buang kau dekat rumah anak yatim waktu kau masih hingusan lagi. So, kau tak tahu cerita sebenar" jawapan itu membuatkan Kris terpempan. Buang? Bukan diserahkan ke rumah anak yatim sebab parents aku mati?

"Kris...Kris...aku malas nak cakap pasal sejarah silam keluarga kita. Sekarang ni, baik kau tunaikan janji kau nak bagi Urban holdings pada Mega holdings sebelum aku hancurkan muka kacak kau ni" suara lelaki itu mula menurun tapi kedengaran sinis.

Ya, Kris yang ditumbuk dan ditendang seperti binatang di tengah-tengah gudang kosong itu.

Seingatnya, dia ke sekolah sedikit awal daripada rakan-rakannya untuk bertemu Ah In. Tapi sayangnya, dia tiba-tiba ditahan oleh abang Se Ah, Gi Tae. Dia kemudiannya di bawa ke sini, diperlakukan seperti binatang.

"Aku dah sediakan dokumennya" jawab Kris termengah-mengah. "Bagus! Jadi mana dokumennya?" Soal Gi Tae. "Dekat ofis aku" jawab Kris sambil terbatuk-batuk. "Tak pe. Aku bawak kau pergi ofis kau. Tapi bukan sekarang. Malam nanti. Sekarang ni office hour. Bahaya kalau pekerja kau nampak kita" Gi Tae cuba untuk berkompromi.

Gi Tae mula melangkah keluar dari gudang tersebut. "Nanti!!" Kris menjerit dalam kesakitan. Gi Tae menoleh. "Kau nak apa lagi?"

"Ceritakan pada aku semuanya" Gi Tae mahu menolak permintaan Kris, tapi kemudiannya dia mengambil kerusi dan air dan diletakkan di hadapan Kris. Dia duduk lalu meneguk air itu dengan rakus di hadapan Kris yang sememangnya kehausan.

"Haus?" Tanyanya. Kris mengangguk. Dia menuangkan air tersebut ke dalam mulut Kris.

"Dulu, Mega dengan Urban bersaing. Tapi Urban yang selalu dapat tender besar" Gi Tae memulakan cerita.

"Jadi, disebabkan tak puas hati, keluarga aku ugut bapak kau untuk serahkan Urban holdings pada kami. Kalau tak serahkan, keluarga aku akan cederakan mak kau. Kebetulan waktu tu mak kau tengah sarat mengandungkan kau. Bila bapak kau setuju nak serahkan Urban, kami semua happy. Tapi...bapak kau pandai. Dia tipu kitorang hidup-hidup. Dia tukar nama pemegang Urban kepada kau. Kami pun tak boleh buat apa-apa sebab kau belum lahir lagi. Bila kitorang tahu kau dah lahir, bapak kau cakap yang kau mati waktu kelahiran kau. Then, bapak kau lari dari Korea dan pindah ke luar negara. Kitorang terpaksa cari bapak kau dekat luar negara sana untuk dapatkan syarikat kau. Tapi kitorang tak jumpa bapak kau. Jadi kitorang tunggu. Tunggu punya tunggu sampai kau muncul. Kitorang pasti yang kau adalah pewaris Urban holdings. Yelah, tetiba je muncul, memanglah kitorang syak yang kau anak dia. Time kitorang dah bersiap-sedia nak bunuh kau, kitorang dapat tahu yang kau ni artis. Dan sekali lagi rancangan nak bunuh kau tak boleh nak diteruskan. Kalau kitorang bunuh artis, mestilah polis siasat kes kau sampai lubang cacing. So, kitorang guna cara halus" dia berhenti bercerita. Nafasnya ditarik sebelum menyambung.

"Kitorang hantar Se Ah yang entah dari mana bapak aku kutip pun aku tak tahu, untuk pikat kau. Bila dia dah berjaya buat kau berjanji nak serahkan Urban holdings, kau pulak tak serah-serahkan. Tu yang kitorang panas je dengan kau ni" Gi tae berhenti bercerita. Jantung Kris seakan terhenti. Se Ah pun turut sama terlibat? Aku memang tak sangka. Maksudnya selama ni dia cuma mainkan perasaan aku? Punyalah aku cinta mati dekat dia.

"Aku dah habis cerita. So, kau boleh berehat sebelum kita bertolak malam ni" arah Gi Tae.

[C] My AngelWhere stories live. Discover now