Farhan & Alexa ♤

34 3 1
                                    

farhan melangkah keluar dari biliknya dengan masih berbaju tidur sedangkan jam sudah menunjukkan 5.30 pm.

"T-tuan muda, puan suruh tuan muda m-mandi." Ucap seorang pembantu dirumah itu. Farhan menatap pembatu rumah itu dengan mata dinginnya. Lutut pembantu itu sudah menggeletar kerana takut dengan tatapan dingin mata itu.

"hm." Ucap farhan. Ringkas tapi mudah di faham. Farhan terus berlalu pergi ke bilik air. Selepas Farhan pergi ke bilik air pembantu itu jatuh tersungkuh kerana lututnya tidak kuat untuk menampung berat badan sendiri.

Puan Bella yang melihat itu terus pergi ke pembantu tersebut. "Yani awak ok tak ni? kenapa macam pucat je muka?" Soal puan Bella.

"Tidak ada apa-apa lah puan. Lutut saya cuma sakit sahaja. Ermm saya pergi sambung kerja saya ya?" Jawab Yani. Tidak lepas senyum dari mukanya yang manis itu.

"Iyalah. Kalau sakit bagitahu saya. Saya bagi awak cuti." Puan Bella turut berbalas senyuman kepada Yani.

"E-eh tidak apa lah. Saya takut gaji saya dipotong kerana tidak melaksanakan kerja saya dengan baik." Yani berbicara kembali.

"Jangan risau Yani, saya tak akan potong gaji awak. Lagipun awak dah buat kerja awak dengan baik." Puan Bella menepuk bahu Yani perlahan. Senyuman masih tidak pudar dari mukanya. Begitu juga dengan Yani.

♠️♠️♠️♠️


Farhan hanya duduk di ruang tamu sambil menukar siaran television yang membosankan baginya.

"Bapak lah. Tak ada ke cerita best yang boleh aku tengok." farhan mengeluh sendiri. Puan Bella yang mebdengar itu hanya menggelengkan sahaja kepalanya. Dia pergi ke Farhan dan duduk di sebelah Farhan.

"Kiki sayang, kiki tak nak ke cari pasangan? Mommy tengok kamu ni duk terperap je dalam bilik main game. Tak pun melepak je dengan kawan kamu tu. Cubalah cari pasangan." Tegur puan Bella.

"Malas lah Mommy. Kalau Kiki cari pasangan bukan terlayan pun dia. Lagipun Kiki muda lagi." balas Farhan

"Yelah. Tapi kalau dalam masa seminggu Kiki tak dapat pasangan mommy yang carikan." Puan Bella berbicara kembali. Farhan yang mebdengar kata kata mommynya itu tidak memberikan reaksi apa apa tapi didalam fikirannya sudah seperti orang gila.

'what seminggu?! Dia pikir beli lembu untuk raya korban ke seminggu boleh dapat terus?'

'Siot! aku tak nak dapat pasangan yang mommy pilih. Kang ada dia bagi aku perempuan yang pisau cukur pula. Bukan boleh percaya mommy ni'

Bermacam pikiran yang ada di otak Farhan. Dia tidak boleh dapatkan pasangan dalam seminggu je. Gila. Ya sangat gila baginya.

Farhan & AlexaWhere stories live. Discover now