Farhan yang sudah berada di hadapan gadis itu hanya memandangnya. Gadis itu mendongakkan kepalanya ke arah Farhan.
"Oi perempuan. kau siapa?" tanya Farhan dengan selamba badaknya. Gadis itu hanya memandang sahaja wajah Farhan. Mukanya masih tertutup dengan rambut panjangnya.
"Kalau orang tanya tu jawab bodoh bukannya diam." Nada suara Farhan sedikit tinggi. Rafiq dan Aayan yang mendengar suara Farhan meninggi sudah cuak.
Farhan menarik nafas panjang. "sekali lagi aku tanya. Kau siapa." Nada suara Farhan sudah meninggi.
Gadis itu meniup rambutnya ke atas. Terlihat sedikit mata yang berwarna hazel milik gadis itu.
"Tak payah lah nak marah marah. Baran betul kau jadi jantan." Jawab gadis itu. Rafiq dan Aayan masih lagi cuak. Berani betul gadis itu tidak mengendahkan soalan Farhan.
Farhan sudah bengang. Lain yang disoal lain yang di jawab. Dia hanya menatap gadis dengan mata dinginnya. Gadis itu tidak mengendahkan pandangannya sama sekali.
"Btw siapa yang pergi heret aku keluar tadi. panas kau tau tak kat luar tu." bebel gadis itu.
"aku fikir kau mayat tu yang aku letak kat luar." balas Rafiq dengan selamba. Farhan yang ada disitu di endahkan.
"kepala otak kau mayat. tak boleh check nafas dengan nadi ke bodoh?" marah gadis itu. cantik cantik macam ni dia panggil mayat.
Aayan menepuk bahu Rafiq. Dia menunjuk ke arah Farhan yang dari tadi memandang rafiq dan gadis itu tidak puas hati. Rafiq yang memandang Farhan terus mengalihkan pandangannya ke tempat lain.
"mati lah kau." bisik Aayan kepada Rafiq. Rafiq menyiku perut Aayan dengan kasar. Aayan sudah memegang perutnya yang sakit kerana disiku Rafiq tadi.
'Kenapa lah dia orang boleh jadi kawan aku. Kalau aku tau perangai dorang macam ni, dah lama aku campak dalam gaung.' bisik hati Farhan dengan penuh kegeraman
"Apa apa cari aku kat luar." Farhan bersuara setelah lama mendiamkan diri. Dia terus pergi ke luar.
Rafiq dan Aayan berasa pelik tetapi mereka bersyukur kerana tidak di hempuk oleh Farhan.
Gadis yang berani melawan Farhan tadi juga turut keluar dari situ. Rafiq dan Aayan hanya mampu menggaruk kepala mereka yang tidak gatal itu kerana pelik dengan sahabatnya sendiri.
YOU ARE READING
Farhan & Alexa
Teen FictionHati farhan yang terlalu beku dan tiada sesiapa dapat mencairkan hati bekunya termasuk keluarganya sendiri. Suatu hari dimana tempat Farhan melepak dengan kawan kawannya, dia berjumpa dengan gadis yang tak pernah dia kenali selama ini. Tetapi kenapa...