Farhan kembali ke rumah yang tadi. Dia kembali dengan french fries di tangannya. Aayan yang melihat Farhan terus pergi ke lelaki itu. Dia terus merembat french fries di tangan Farhan. Kawan ke tak makanan nombor satu.
"Oi aku punya setan!" suara Farhan meninggi. Aayan memandang dengan senyuman yang selamba.
"Ala abe, tite intak itit je" balas Aayan dengan membuat muka comelnya. Aayan ni comel je tapi tulah annoying dan hyper terlebih. Masa kecil makan gula lebih agaknya.
"eww. Amik lah amik" balas Farhan. Aayan yang mendengar itu berasa pelik. Selalunya kalau dia berbuat seperti itu dia akan di hempuk tapi kali ini tak pula. Rafiq yang sudah lama berdiri di depan Farhan dan Aayan hanya memerhati. Dia juga sebenarnya pelik dengan perangai Farhan.
Setelah beberapa minit berdiam diri, Rafiq mula bersuara. "Han. Kau ok tak? asal macam pelik sangat kau harini. Apa yang ganggu fikiran kau ni?"
Farhan yang mendengar soalan dari Rafiq hanya berdiam diri. Dia tidak tahu hendak memberikan jawapan apa kepada dua kawan baiknya itu.
"Han, kau nampak serabut dho. Kalau pasal minah tadi tu nanti aku dengan Rafiq boleh cari latar belakang dia" Aayan turut bersuara juga. Rafiq hanya mengangguk
Aayan dan Rafiq sebenarnya risau terhadap Farhan. Farhan tidak pernah memberitahu masalah yang dia hadapi. Tahu tahu sahaja Farhan datang ke mereka dengan muka yang tidak cukup tidur, tangannya yang penuh luka dan banyak lagi.
Sejujurnya mereka tidak mahu persahabatan mereka runtuh disebabkan sesuatu. Cukup lah salah seorang dari sahabat mereka meninggal kerana bunuh diri disebabkan keluarganya yang tidak utuh.
"Han? kau betul betul ok?" tanya Rafiq dan Aayan. Farhan hanya mengangguk sekali. Cukup lama Rafiq dan Aayan merenung wajah Farhan. Setelah itu mereka menyerah. wajah Farhan tidak memberikan reaksi apa apa disebabkan itu Rafiq dan Aayan menyerah.
Rafiq Aayan mengajak Farhan masuk untuk menenangkan dirinya. Walaupun Farhan tidak memberitahu masalahnya tapi Rafiq dan Aayan tahu bahawa sahabat mereka sedang dalam masalah.
YOU ARE READING
Farhan & Alexa
Teen FictionHati farhan yang terlalu beku dan tiada sesiapa dapat mencairkan hati bekunya termasuk keluarganya sendiri. Suatu hari dimana tempat Farhan melepak dengan kawan kawannya, dia berjumpa dengan gadis yang tak pernah dia kenali selama ini. Tetapi kenapa...